7 Homestay Murah Merlimau Beserta Gambar Featured Image

7 Homestay Murah Merlimau Beserta Gambar

By [email protected] - Nov 16, 2018 (Last Updated Feb 24, 2021)

Anda sedang merancang percutian di dalam negara? Namun, terlalu banyak pilihan sehingga kan anda rambang mata dan tidak tahu mana satu destinasi percutian untuk anda sama ada di Ipoh? Terengganu? Sabah? Cameron? Atau di Melaka? Haa bercakap mengenai Melaka, apa kata kalau kami cadangkan untuk anda singgah melawat satu kota kecil di Melaka ini yang diberi nama Merlimau sebelum kami senaraikan homestay-homestay murah beserta gambar di Merlimau.


Sedikit sebanyak sejarah mengenai Merlimau, Merlimau merupakan sebuah pekan kecil yang terletak di Daerah Jasin, Melaka. Jaraknya adalah kira-kira 23 km dari Bandaraya Melaka dan Muar serta 22 km selatan dari bandar Jasin. Merlimau adalah sebuah Mukim di dalam Daerah Jasin dengan keluasan 4,674 hektar yang mempunyai 28 buah kampung.


Pekan Merlimau telah dikategorikan sebagai Bandar Merlimau berikutan pertumbuhan dan kemudahan telah dibangunkan. Kawasan yang berada didalam Poskod Merlimau (77300) ialah Umbai, Pulai, Serkam, dan Kampung Seri Mendapat. 


Ramai orang-orang tertanya-tanya tentang asal nama "Merlimau" atau bagaimana Merlimau dapat namanya. Dari tradisi lisan atau cerita-cerita mulut terdapat dua cerita. Seperti yang diperkatakan ada dua kelompok keturunan terbesar di Merlimau iaitu Bugis dan Palembang.


Menurut kisah pertama yang sumbernya dari orang-orang Palembang, dikatakan orang-orang Melayu dahulu sangat pandai bermain senjata istimewanya keris. Mereka adakan latihan bersilat, berpencak atau seni mempertahankan diri setiap hari. Masing-masing mempunyai keris sebagai senjata persendirian yang dibawa ke mana-mana mereka pergi untuk mempertahankan diri dan menentang musuh. Keris ini dijaga dan dipelihara. Cara menjaganya adalah "diusap dan di limau". Ini bermakna keris mereka mesti diusap dengan kemenyan dan diurut dengan limau. Tradisi merlimau keris ini masih terdapat dikalangan masyarakat Melayu khasnya yang menyimpan keris pusaka. Upacara ini dinamakan "Upacara Merlimau Keris". Setiap malam Jumaat keris mereka mesti di limau. Dalam upacara ini mereka berkumpul di rumah Tok Guru untuk melimau keris. Bila ditanya, "Hendak ke mana?". Mereka menjawab, "Hendak Melimau " , Hendak Melimau dan akhirnya tempat itu dinamakan "MERLIMAU".


Orang Palembang Di Merlimau juga adalah dari keluarga Demang. Merlimau merupakan Perkampungan Keluarga Demang yang berada di semenanjung Melaka Di Zaman Kesultanan Melayu Melaka.


Kisah kedua pula adalah dari cerita keturunan Bugis. Pembesar Orang Bugis yang berhijrah ke Merlimau ialah Datuk Kaya Makmun. Beliau pada asalnya telah menebas, menebang hutan untuk membuat kawasan kediaman. Waktu itu di pedalaman atau di hulu sungai Merlimau adalah hutan yang tidak pernah diterokai orang. Hutan belantara yang begitu besar dikatakan banyak didiami oleh binatang buas terutama harimau. Harimau banyak sentiasa mengancam pendatang baru ini kerana mereka tinggal di pinggir hutan tebal. Sehubungan dengan itu Datuk Kaya mengarahkan orang-orang mereka membuat pagar menahan serangan atau menahan bahaya harimau. Dalam bahasa dahulu disebut "mara rimau" kita buat pagar, tahan mara rimau, tahan mara rimau" oleh kerana mara rimau ini mengancam hidup , mereka menamakan tempat ini sebagai Mara Rimau, Mara Rimau dan akhirnya menjadi "MERLIMAU".


Di Merlimau ini terdapat 3 Institusi Pengajian Tinggi Tempatan, Perpustakaan Awam, dan beberapa tempat bersejarah seperti Rumah Penghulu Abdul Ghani, Makam Tun Teja yang terletaknya di tengah-tengah sawah padi di Kampung Pengkalan Samak dan juga perigi Portugis.


Okay banyak berceloteh mengenai Merlimau, jom kita lihat homestay-homestay di Merlimau ini di bawah:


{{ promotion.Value }}% OFF! {{ promotion.CurrencyCode + " " + promotion.Value }} OFF!

MYR 142.00 /night

Inginkan promosi semasa bercuti? Klik sini untuk mendapatkannya.



Ingin mencari homestay lain di sekitar Melaka? Anda boleh rujuk pada artikel-artikel di bawah ini. Banyak lagi homestay atau hotel untuk pilihan anda.


11 Homestay Muslim Terbaik Untuk Family Day Di Melaka

Adakah anda memerlukan penginapan yang terbaik, selesa dan dilengkapi dengan kemudahan untuk meraikan Hari Keluarga bersama-sama keluarga tercinta? Berikut kami senaraikan 11 homestay di Melaka khusus untuk pelanggan Muslim sahaja yang sesuai dijadikan sebagai penginapan untuk seisi keluarga.​


Homestay Tepi Pantai Melaka

Melaka adalah sebuah negeri di Semenanjung Malaysia berhadapan dengan Selat Melaka jadi tentulah pantai-pantai di Melaka menjadi tempat tarikan pelancong. Antara pantai yang berada di sepanjang Selat Melaka adalah Pantai Klebang, Pantai Puteri, Pantai Kundur, Tanjung Bidara dan sebagainya. Jika anda sedang merancang percutian di Melaka, mestilah anda meluangkan masa untuk melawati pantai-pantai yang indah di Melaka dan di sini disenaraikan beberapa homestay yang ditawarkan pada harga yang berpatutan serta berdekatan dengan pantai-pantai di Melaka.


Hostel Di Melaka

Adakah anda seorang penggembara dan suka mengembara seorang diri? Jika ya, penginapan ideal adalah di hostel dengan harga yang berpatutan serta dilengkapi kemudahan asas. Masalah timbul apabila susah nak menempah hostel yang sesuai untuk kerana mungkin anda risau akan kemudahannya yang usang ataupun tidak lengkap. Jika ke Melaka, para solo traveller sekalian boleh lihat artikel Hostels In Melaka dan pilih dari senarai kami.      


Homestay Melaka Ada Swimming Pool

Untuk memenuhi cita rasa pembaca yang mungkin tercari-cari homestay dengan kolam renang di Melaka, di sini kami telah senaraikan 5 homestay ada swimming pool di Melaka beserta lokasi, bilangan tetamu dan harga sesuai untuk percutian anda yang seterusnya bersama keluarga mahupun rakan-rakan.


Lihat juga:

14 Homestay Terbaik Di Pengkalan Balak, Melaka

Top Homestays Under RM200/Night In Melaka

Homestay Berdekatan Zoo Melaka

Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

4.2 (15 VOTES)