Homestay Tepi Pantai Melaka Featured Image

Homestay Tepi Pantai Melaka

Oct 26, 2018

Melaka adalah sebuah negeri di Semenanjung Malaysia berhadapan dengan Selat Melaka jadi tentulah pantai-pantai di Melaka menjadi tempat tarikan pelancong. Antara pantai yang berada di sepanjang Selat Melaka adalah Pantai Klebang, Pantai Puteri, Pantai Kundur, Tanjung Bidara dan sebagainya. Jika anda sedang merancang percutian di Melaka, mestilah anda meluangkan masa untuk melawati pantai-pantai yang indah di Melaka dan di sini disenaraikan beberapa homestay yang ditawarkan pada harga yang berpatutan serta berdekatan dengan pantai-pantai di Melaka.


DeZen's Guesthouse


DeZen's Guesthouse menyediakan penginapan yang bersih, selesa, ruang mencukupi dan dilengkapi dengan perabot untuk keselesaan anda semasa tinggal di homestay ini. Terletak di Tanjung Kling, homestay ini adalah hanya berjarak 5 minit mengunakkan kenderaan. Homestay teres yang bertingkat dua ini dapat memuatkan sebanyak 12 tetamu.


Alamat : 28, Jalan Nirvana 3, Taman Nirvana, 76400 Tanjung Kling, Melaka.

Harga    : Dari RM 280/malam

Untuk maklumat lanjut berkenaan homestay ini, klik di bawah.


Tempah dari RM 280!


Wanchah Homestay


Homestay Wanchah adalah sebuah rumah teres unit sudut yang terletak di Dataran 1 Malaysia berhampiran dengan Pantai Puteri dan Museum Kapal Selam. Rumah teres berbilik 4 ini sesuai untuk 8 orang tetamu tetapi mampu menampung sehingga 12 orang tetamu. Akan tetapi, homestay ini hanya disewakan kepada tetamu beragama Islam sahaja.


Alamat : 1, Jalan Impian 3, Taman Pinang Impian, 76400 Tanjung Kling, Melaka.

Harga    : Dari RM 300/malam

Untuk maklumat lanjut berkenaan homestay ini, klik di bawah.


Tempah dari RM 300!


Jimat lebih untuk percutian anda dengan menggunakan Kod Promo kami. Dapatkan promo terkini di sini.


HOMESTAY BANDAR MELAKA– De Lekir Guesthouse


De Lekir Guesthouse ini adalah sebuah rumah kembar bertingkat 2 yang mempunyai 4 buah bilik untuk penginapan 12 orang tetamu. Bukan sahaja dekat dari pantai-pantai di Melaka, homestay ini juga berdekatan dengan Melaka Sentral, Aeon Bandaraya Melaka, Stadhuys, A Famosa, Jonker Street dan pelbagai tempat tarikan pelancong.


Alamat : No.7, Jalan BP 3D, Taman Bertam Perdana, Pulau Gadong, Melaka

Harga    : Dari RM 260/malam

Untuk maklumat lanjut berkenaan homestay ini, klik di bawah.


Tempah dari RM 260!


Canaan House


Canaan House adalah sebuah unit pangsapuri di tingkat satu di Lagenda Kondominium Klebang yang mempunyai dua buah bilik sesuai untuk seisi keluarga ataupun sekumpulan kawan seramai 5 orang. Homestay ini terletak di tengah bandar Melaka dan dapat menjimatkan kos pengangkutan. Antara tempat menarik yang berhampiran adalah Jonker Walk, A Famosa, Bukit St Paul dan pelbagai pantai di sepanjang Selat Melaka.


Alamat : Lagenda Condominium Klebang, Jalan Klebang Besar, 75200 Melaka Malaysia

Harga    : Dari RM 338/malam

Untuk maklumat lanjut berkenaan homestay ini, klik di bawah.


Tempah dari RM 338!


Rate this post

0 (0 VOTE)