371 Homestay Melaka Best - Senarai Penuh! Featured Image

371 Homestay Melaka Best - Senarai Penuh!

Nov 16, 2018

Melaka, juga dikenali sebagai Bandar Bersejarah telah lama dijadikan destinasi pelancongan yang popular untuk pelancong tempatan dan asing. Mungkin anda tertanya-tanya ada apa di Melaka yang begitu menarik sehingga ramai yang ingin ke Melaka. Perjalanan yang kurang daripada 2 jam dari KLIA, Selangor, dan Kuala Lumpur, mari kami ceritakan apa yang menarik di Melaka.


Tempat tarikan pelancong di Melaka ini kebiasaannya adalah Tugu A Famosa, Stadthuys (Rumah Merah), Gereja St.Paul, dan Bukit St.Paul. Jika anda tidak tahu, Tugu A Famosa merupakan kubu pertahanan yang dibina oleh orang Portugis ketika menakluk Melaka pada tahun 1511. Tidak hairanlah ramai yang ingin melihat bangunan bersejarah ini apabila melawat Melaka.


Lagi satu tempat yang harus dilawati adalah Jonker Street. Ia merupakan satu jalan yang panjang dan banyak kedai didirikan sepanjang jalan tersebut. Jonker dibuka pada setiap pagi, tetapi hanya dibuka pada waktu malam pada hari Jumaat, Sabtu, dan Ahad sahaja. Jonker Street ini amat meriah dan banyak makanan dan barang yang boleh anda jumpa di sana. Contoh tempat menarik lain adalah Muzium Kapal, Muzium Baba Nyonya, Masjid Terapung Selat Melaka, dan Zoo Melaka.


Bab makanan pula anda tidak perlu risau. Makanan di Melaka memang cukup untuk memuaskan selera anda, dari asam pedas hinggalah satay, rasa makanan di Melaka amatlah sedap! Tempat-tempat makan yang kami rekomenkan adalah Pak Putra, Asam Pedas Claypot Kota Laksamana, A Famosa Chicken Rice Ball, Klebang Coconut Shake, dan Kuih Keria Antarabangsa Hjh Rahmah. Pastikan anda cuba makanan-makanan terkenal ini!


Memang tidak cukup jika anda hanya meluangkan masa sehari di Melaka ini. Apa kata tinggallah di Homestay Melaka untuk betul-betul meneroka Melaka? Bolehlah lihat di bawah untuk senarai Homestay Melaka yang terbaik dan murah.


Mari lihat Senarai Homestay Melaka Best Dan Murah di bawah!


Tahun 2019 adalah tahun melawat Melaka! Klik di sini untuk mendapatkan tawaran istimewa percutian anda.


Ingin melawat tempat-tempat berlainan di Melaka? Kami telah senaraikan beberapa artikel tentang Melaka beserta homestay dan hotel berdekatan untuk anda di bawah.


Jom lihat artikel-artikel di bawah!


Homestay Berdekatan Zoo Melaka

Untuk peminat haiwan, bolehlah menjadikan Zoo Melaka sebagai salah satu tempat untuk dilawat di Melaka. Dapatlah lihat haiwan liar secara live dan bukannya gambar sahaja. Ideal untuk keluarga kerana kanak-kanak pasti teruja melihat haiwan seperti gajah, zirafah, dan sebagainya. Boleh menginap di Homestay Berdekatan Zoo Melaka untuk kemudahan anda. Klik sahaja artikel di atas untuk pilihan homestay.   


Hotel Near Melaka Wonderland

Ingin membawa anak-anak bermain air di Melaka? Kunjungilah taman tema air Melaka Wonderland bersama keluarga ataupun kawan-kawan anda. Di bawah matahari yang terik, dapat berenang dalam air yang sejuk amatlah seronok! Ada juga gelongsor air yang challenging untuk orang dewasa. Berminat? Bolehlah lihat artikel di atas Hotel Near Melaka Wonderland dan tempah bilik hotel untuk trip anda!              


Hotel Berdekatan Melaka River Cruise

Sungai Melaka bukanlah untuk dilihat saja, anda boleh menaiki bot dan menghayati pemandangan di sepanjang Sungai Melaka. Dengan Melaka River Cruise ini, anda dapat merasa pengalaman yang seronok terutamanya pada waktu malam apabila kawasan tersebut dihiasi dengan lampu-lampu yang cantik. Jika berminat, boleh sahaja klik artikel di atas untuk Hotel Berdekatan Melaka River Cruise untuk mencari penginapan yang berdekatan.              


Hostels in Melaka


Ada sahaja orang yang lebih suka untuk melancong berseorangan. Ini adalah kerana dapat menentukan jadual perjalanan sendiri dan ada personal space. Tapi hendak memikirkan tentang penginapan amat susah kerana bajet. Oleh itu, kami telah menyenaraikan Hostels In Melaka untuk solo travellers kerana ia murah dan sesuai untuk penginapan seorang.                   


Homestay Muslim Untuk Family Day Di Melaka

Setiap orang ada kemahuan yang tersendiri. Untuk pelancong Muslim, mungkin lebih selesa jika menginap di homestay yang diuruskan ole Muslim juga. Sini kami ada senaraikan Homestay Muslim Untuk Family Day Di Melaka untuk anda pilih! Pastinya homestay Muslim yang terbaik dan murah, supaya penginapan anda selesa dan berbaloi.              


Lihat juga:

6 Tempat Makan Best Di Melaka Pada Waktu Malam

Menaiki Kereta Lembu Di Tambak Bugis Melaka

10 Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Di Melaka




Search for accommodations

Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

5 (1 VOTES)