8 Homestay Melaka Dengan Swimming Pool Terbaik Untuk Percutian Anda Featured Image

8 Homestay Melaka Dengan Swimming Pool Terbaik Untuk Percutian Anda

By Badriah - Oct 24, 2018 (Last Updated Sep 22, 2023)

Sekarang sudah ramai yang memilih untuk menetap di homestay yang mempunyai swimming pool berbanding hotel. Ini kerana homestay dapat memuatkan lebih ramai bilangan tetamu pada harga yang berpatutan dan lebih privasi berbanding menetap di hotel. 

Salah satu destinasi popular keluarga dan rakan-rakan untuk short getaway ialah Melaka. Terdapat banyak homestay popular di Melaka yang menawarkan kolam renang yang menjadi tarikan ramai dalam dan luar Melaka lebih-lebih lagi pada masa cuti persekolahan.

Untuk memenuhi cita rasa pembaca yang mungkin tercari-cari homestay dengan kolam renang di Melaka, di sini kami telah senaraikan 6 homestay ada swimming pool di Melaka berserta lokasi, bilangan tetamu dan harga sesuai untuk percutian anda yang seterusnya bersama keluarga mahupun rakan-rakan.

Jom lihat! 

Nirzab 784 D'Faro Villa

NIRZAB 784 D'Faro Villa Gallery Photos

Villa yang kelihatan tersergam indah dengan kolam renang persendirian ini terletak di kawasan A Famosa, Alor Gajah. Dengan 4 buah bilik tidur dan 2 buah bilik mandi, villa ini boleh memuatkan seramai 12 orang dewasa. Dilengkapi dengan dapur dan peralatan memasak, peralatan BBQ serta bilik yang lengkap dengan katil dan pengahawa dingin pasti membuatkan "family day"anda bermakna!


Alamat                      : D Faro, A Famosa Jalan Kemus, Simpang Ampat, 78000 Alor Gajah, Melaka.

Harga                        :  Dari RM590/malam

Bilangan Tetamu   : 12


 Tempah harga dari RM590! 


D'Faro 812 Villa

D'Faro 812 Villa Gallery Photos

Nak buat gathering dan spend holiday di Melaka ramai-ramai dengan kawan-kawan atau family? Nah, D'Faro 812 Villa mungkin tempat yang anda cari! Villa ini boleh memuatkan sehingga 20 orang dewasa dan mempunyai 2 Queen beds di dalam 2 bilik dan 2 Single beds untuk lagi 2 bilik, lengkap dengan penghawa dingin. 

Dengan kolam renang persendirian dan BBQ grill, bolehlah anda buat aktiviti yang santai bersama-sama. Villa ini ditetapkan hanya untuk penginapan Muslim sahaja ya. 


Alamat                      : A'Famosa Resort, Jalan Kemus, Simpang Empat, 78000 Alor Gajah, Melaka.

Harga                        :  Dari RM750/malam

Bilangan Tetamu   : 20 


 Tempah harga dari RM750! 


The Skillion @ Umbai Melaka

The Skillion @ Umbai Melaka Gallery Photos

The Skillion @ Umbai Melaka Gallery Photos

Tengok gambar je pon dah buat rasa teruja untuk bercuti di sini! The Skillion @ Umbai Melaka merupakan salah satu homestay bungalow yang besar di Merlimau dan boleh memuatkan sehingga 38 orang dewasa. Besar kan? Lengkap dengan peralatan rumah, kelengkapan bilik dan dapur, The Skillion @ Umbai Melaka pastinya membuatkan percutian anda berbaloi. 

The Skillion @ Umbai Melaka juga popular untuk menjadi tempat event untuk wedding, family dan dan sebagainya. Ianya juga hanya 3 minute drive ke Medan Ikan Bakar di Merlimau. Best sangat!


Alamat                      :  4484, Jalan Melaka, Kampung Tengah, 77300 Merlimau, Melaka

Harga                        :  Dari RM2000/malam

Bilangan Tetamu   : 38 


 Tempah harga dari RM2000! 


Hornbill Villa

Hornbill Villa terletak di A'Famosa Resort, Alor Gajah. Homestay yang boleh memuatkan sehingga 10 tetamu ini didatangkan dengan private pool  dan perkakasan BBQ untuk pengunjung yang menginap di sini.


Alamat                      :  Villa d'amour, A'Famosa Resort, 78000 Alor Gajah, Melaka

Harga                        :  Dari RM500/malam

Bilangan Tetamu   : 10


 Tempah harga dari RM500! 



Kalau tak minat dengan landed property, kami juga ada pelbagai jenis homestay apartment yang mempunyai kemudahan swimming pool di Melaka. Sesuai untuk keluarga kecil atau kumpulan rakan kecil yang nak bercuti ke Melaka.


MYR 398.00 /night

Kalau nak lebih penjimatan, semak dulu promosi terkini baru tempah. Barulah berbaloi... 

Klik sini untuk dapatkan kod promo untuk percutian anda. 




Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

4.27 (331 VOTES)