15 Homestay Murah Klebang Melaka - Jom Ke Melaka! Featured Image

15 Homestay Murah Klebang Melaka - Jom Ke Melaka!

By [email protected] - Nov 15, 2018 (Last Updated Jul 15, 2019)

Klebang merupakan salah satu kawasan di Melaka. Terletak di antara Bandar Melaka dan Sungai Udang, ia juga berhampiran dengan Pantai Puteri. Klebang dibahagikan kepada Klebang Kecil dan Klebang Besar, dan Pantai Klebang terletak di Klebang Besar. 


Berdasarkan orang tua-tua di Klebang, nama Klebang ini diilhamkan oleh penduduk kawasan ini. Ketika itu, terdapat beberapa pedagang India Muslim yang datang berdagang ingin bersolat di sebuah masjid yang terletak di kawasan ini. Apabila masuk waktu untuk bersolat, salah seorang pedagang pun melaungkan azan di masjid tersebut. Lalu orang kampung pun panggil tempat ini "Keling bang (azan)". Jadi tempat ini dikenali sebagai Klebang sehingga ke hari ini, unik kan?


Banyak tempat menarik yang boleh anda lawat di sekitar kawasan Klebang ini. Contohnya seperti Muzium Kapal Selam, Wildlife Theatre Melaka, Muzium Chetti. dan Masjid Terapung Selat Melaka. Untuk mengenyangkan perut, bolehlah cuba tempat makan yang sedap di Klebang. Antaranya ialah Pak Putra, Malaqat Barkat Roti John, dan Restoran Simply Fish. Untuk snek boleh beli kuih keria gebu dari Kuih Keria Antarabangsa Haji Jalil atau Kuih Keria Antarabangsa Hjh Rahmah. Dan pastinya harus ke Coconut Shake Klebang yang terkenal untuk air coconut shake yang sejuk dan sedap, pasti akan kembali lagi!


Kalau sudah di Klebang, harus pergi ke Pantai Klebang. Dengan bukit-bukit pasir yang boleh dijumpai di Pantai Klebang, tempat ini juga ideal untuk piknik atau sekadar untuk bersantai sambil menikmati pemandangan yang cantik. Biasanya, anda boleh melihat kanak-kanak sedang bermain layang-layang atau meniup buih-buih. Juga dicadangkan untuk melihat scene matahari terbenam dari Pantai Klebang. 


Klebang ini sememangnya satu tempat yang harus anda pergi jika ke Melaka. Dapat meluangkan masa bersama keluarga ataupun kawan-kawan dan mencipta memori indah. Bercadang untuk tinggal berdekatan Klebang, Melaka untuk betul-betul enjoy tarikan di Klebang? Lihatlah senarai Homestay Di Klebang Melaka yang telah kami senaraikan di bawah.


Lihatlah senarai homestay Klebang yang terbaik dan murah di bawah!

Tahun 2019 adalah tahun melawat Melaka! Klik di sini untuk mendapatkan tawaran istimewa percutian anda.


Ingin mencari homestay lain di sekitar Melaka? Boleh lihat artikel-artikel di bawah. Banyak homestay atau hotel untuk pilihan anda.


Marilah lihat artikel yang disenaraikan di bawah!


Hotel Berdekatan Zoo Melaka


Peminat haiwan pasti ingin melawat ke zoo kan? Boleh masukkan Zoo Melaka dalam senarai anda. Beserta Night Safari juga, anda pasti enjoy melawat zoo ini. Sesuai untuk pergi bersama keluarga dan anak-anak ataupun dengan kawan-kawan. Dapat juga kita tengok haiwan seperti singa dan harimau secara live, dan bukan gambar sahaja. Dalam artikel di atas kami telah senaraikan Hotel Berdekatan Zoo Melaka untuk memudahkan anda ke Zoo Melaka.          


Homestay Muslim Untuk Family Day Di Melaka


Setiap orang pasti ada kemahuan yang berlainan yang sesuai dengan citarasa diri. Untuk percutian anda yang seterusnya ke Melaka, apa kata anda pilih Homestay Muslim Untuk Family Day Di Melaka? Kurang satu masalah pening hendak fikirkan homestay yang sesuai untuk penginapan anda di Melaka. Pastinya homestay dalam artikel tersebut murah dan selesa, membuatkan trip ke Melaka ini dipenuhi kegembiraan.    


Homestay Tepi Pantai Melaka


Jika ingin ke pantai di Melaka, kami cadangkan Homestay Tepi Pantai Melaka. Jarak yang dekat dengan pantai memudahkan anda untuk ulang-alik dari homestay ke pantai. Pantai Melaka ini tidak kurang keindahannya jika dibandingkan dengan pantai di Pulau Pinang. Setiap pantai itu ada attractionnya yang tersendiri. Datanglah  lawat pantai Melaka ini dan menikmati pemandangan yang cantik!  


Hostels in Melaka


Adakah anda seorang penggembara dan suka travel alone? Jika ya, penginapan ideal adalah di hostel disebabkan harga yang berpatutan serta dilengkapi kemudahan asas. Masalahnya adalah susah nak pilih hostel yang sesuai untuk ditempah kerana mungkin risau akan kemudahannya yang usang ataupun tidak lengkap. Jika ke Melaka, solo traveller sekalian boleh lihat artikel Hostels In Melaka dan pilih dari senarai kami.      


Melaka Homestay


Masih mencari-cari homestay yang anda suka di Melaka? Dalam artikel di atas ada lebih 10 homestay Melaka yang berlainan untuk anda pilih. Banyak tempat menarik di Melaka yang boleh dilawati jadi boleh pilih homestay yang berdekatan dengan tempat yang anda hendak lawati. Dijamin harga berpatutan dan selesa didiami, memang patut anda pilih Melaka Homestay yang telah disenaraikan!      


Lihat juga:

10 Tempat Untuk Dikunjungi Di Melaka

Top Homestays Under RM200/Night In Melaka




Search for accommodations

Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

4.39 (18 VOTES)