15 Homestay Terbaik di Pengkalan Balak, Melaka. Featured Image

15 Homestay Terbaik di Pengkalan Balak, Melaka.

By [email protected] - Nov 16, 2018 (Last Updated Jul 03, 2019)

Pengkalan Balak merupakan sebuah pekan lama di Melaka yang berada tidak jauh dari tempat tarikan pelancong lain. Antara tempat yang paling menarik di Pengkalan Balak adalah Pantai Pengkalan Balak yang terletak 10 minit dari Tanjung Bidara yang sering dikunjungi oleh pelancong lain. Apa yang membuatkan Pantai Pengkalan Balak begitu menarik adalah ia kurang dikunjungi pelancong dari luar negara, kebanyakkan pengunjungnya adalah pelancong tempatan. Jadi jika anda jenis yang lebih menyukai suasana tenteram, Pantai Pengkalan Balak mestilah anda melawati!


Suasana di Pantai Pengkalan Balak amatlah sesuai untuk seisi keluarga ataupun kumpulan kawan-kawan untuk bersantai, bergurau senda sambil menikmati angin laut yang menyegarkan. Sambil bersantai itu bolehlah menyaksikan para nelayan pulang dengan hasil tangkapan menjelang petang. Seperti pantai-pantai lain, Pantai Pengkalan Balak juga mempunyai pemandangan matahari terbenam yang menakjubkan! Pastikan kamera anda ada bersama anda dan menangkap gambar lanskap indah ini supaya dapat dijadikan kenangan semasa di pantai ini.


Bukan sahaja itu, tahukah anda bahawa di Melaka juga mempunyai pusat penetasan penyu! Ramai yang beranggapan hanya Pantai Timur di Terengganu saja yang mempunyai pusat penetasan penyu. Terletak di Pengkalan Balak adalah Pusat Penetasan Penyu Padang Kamunting yang ditubuhkan oleh Jabatan Perikanan untuk melindungi dan menyelematkan spesis penyu karah. Usaha mulia ini patut disokong jadilah janganlah lupa melawati tempat ini jika anda bercuti di Pengkalan Balak.


Satu lagi tempat yang mesti dilawati terutamanya untuk keluarga adalah Kompleks Falak Al-Khawarizmi. Sesuai sebagai destinasi lawatan sambil belajar untuk kanak-kanak muda dan juga ibu-bapa. Kompleks ini adalah sesuatu kawasan cerapan langit dan pusat astronomi yang dikekalkan dengan baik. Tempatnya cantik dah indah dan menawarkan wayang 3D dan lain lain.

                                   

Walaupun terletak jauh di kawasan pendalaman negeri Melaka, Pengkalan Balak memang satu destinasi yang patut dikunjungi. Dengan beberapa destinasi yang wajib dilawati ini, sudah tentu Pengkalan Balak tidak akan mengecewakan. Dengan itu, homestay di bawah ini adalah khas untuk pilihan anda, murah & dekat dengan Pengkalan Balak.


KM Chalet 

KM Chalet Gallery PhotosKM Chalet Gallery Photos

KM Chalet merupakan chalet tepi pantai yang menyediakan dua jenis bilik; Standard Room (1Queen Bed) dan Deluxe Room (2 Queen Beds). Pantai Pengkalan Balak cuma beberapa langkah sahaja dari Chalet ini. Nikmati pemandangan laut yang mengasyikkan pada waktu pagi, petang dan malam apabila anda menginap di sini. 


Housekeeping dan alatan seterika disediakan jika ada permintaan. Tilam tambahan juga disediakan pada harga cuma RM15 sahaja jika anda mahu menambah tilam di dalam bilik. KM Chalet ini adalah antara tempat penginapan popular bagi yang berkunjung ke Pengkalan Balak tau! 


Alamat: Batu 32, Kampung Balik Bukit Kuala Linggi, Kuala Sungai Baru

Harga: Cuma dari RM80 / semalam 

Bilangan Tetamu: 4 tetamu / bilik 


Hubungi KM Chalet Sekarang!


Tempah tempat penginapan anda bersama kami hari ini untuk mendapat harga yang berpatutan! 


Seri Bidara Homestay 2

Seri Bidara Homestay 2 Gallery PhotosSeri Bidara Homestay 2 Gallery Photos

Jika anda nak menginap di homestay semasa lawatan anda ke Pengkalan Balak, kami cadangkan anda menginap di Seri Bidara Homestay 2 ini. Cuma 1 minit sahaja dari Pantai Tanjung Bidara, ia mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air yang boleh menampung dalam 12 orang tetamu semua sekali. 


Semua bilik dan ruang tamu dilengkapi pendingin hawa dan dapur juga lengkap dengan peralatan memasak. Yang menarik lagi, hos juga menyediakan peralatan BBQ untuk kesenangan tetamu yang menginap di homestaynya. 


Alamat: Lot 2049, Batu 23, Kg Tanjung Bidara, Masjid Tanah 

Harga: Cuma dari RM250 / semalam 

Bilangan Tetamu: 12


Hubungi Seri Bidara Homestay Sekarang!    



Selain Homestay di Pengkalan Balak, kami juga mempunyai homestay di pelbagai lokasi tarikan pelancong di Melaka. Artikel-artikel di bawah menunjukkan homestay Melaka di lokasi tertentu.


Homestay Dekat Melaka Wonderland


Melaka Wonderland merupakan taman tema air di Melaka selain Bayou Lagoon. Terletak di Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka Wonderland adalah tempat berkunjung terbaik di Melaka jika anda tak tahan dengan cuaca panas dan terasa nak mandi-mandi dan main-main air.


Homestay Melaka Ada Swimming Pool


Sekarang sudah ramai yang memilih untuk menetap di homestay yang mempunyai swimming pool berbanding hotel. Ini kerana homestay dapat memuatkan lebih ramai bilangan tetamu pada harga yang berpatutan dan lebih privasi berbanding menetap di hotel. Tambahan pula, dengan cuaca panas di Malaysia, kolam renang memang sangat diminati untuk mereda cuaca tersebut.


10 Homestays For Family Day In Melaka


Kepada yang melancong ke Melaka bersama keluarga, inilah artikel untuk anda. Homestay bukan sahaja lebih murah tetapi juga lebih menyeronokkan berbanding dengan tinggal di bilik berlainan dalam hotel. Munkin hotel dapat menawarkan penginapan yang lebih berkelas tinggi tetapi masih tidak dapat menandingi kemesraan sekeluarga.


Sekian blog post ini, harap dapat memberi anda sedikit idea tentang percutian di Melaka. Layari LetsGoHoliday untuk banyak lagi tempat penginapan di seluruh Malaysia!

Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

4.28 (242 VOTES)