Hotel Pulau Kapas Featured Image

Hotel Pulau Kapas

By [email protected] - Feb 21, 2019

Anda dah puas jelajah dan terokai semua pulau indah di Malaysia tak? Macam mana dengan pulau-pulau yang terkenal di Semenanjung Malaysia seperti Pulau Perhentian, Pulau Redang atau Pulau Tioman? Macam mana kalau kali ini kami memperkenalkan anda untuk bercuti di Pulau Kapas dan menginap di Hotel Pulau Kapas yang kami senaraikan di bawah ini.


Pulau Kapas terletak di Terengganu dan untuk anda tiba disini, anda perlu menaiki bot dari Jeti Marang yang mengambil masa 15 minit untuk tiba. Kalau anda sukakan aktiviti air, anda boleh berenang di pantai, snorkeling, menyelam di dasar lautan dan berenang bersama-sama penyu, ikan Nemo dan melihat taman batu karang yang berwarna-warni. Tapi, sedikit peringatan ya, anda perlu berhati-hati ketika berenang di lautan dan tidak mencederakan atau merosakkan terumbu karang dan hidupan laut yang lain. 


Dah penat melakukan aktiviti air, anda boleh melepak di tepi pantai. Sama ada melihat matahari terbenam, bermain bola tampar atau bola sepak pantai, atau anda yang sukakan cabaran lasak, anda boleh jungle trekking di dalam hutan hijau di kepulauan ini dan melihat hidupan liar. Kalau nak lagi lasak dan mencabar, anda boleh juga berkhemah di sebuah tapak perkhemahan di Pulau Kapas tapi, kalau anda nak rehat-rehatkan badan dan tenangkan minda, bolehlah anda menempah di salah satu hotel Pulau Kapas di bawah ini. Jom kita lihat senarai hotel Pulau Kapas ini.


Kapas Island Resort


Kapas Island Resort menawarkan 4 jenis bilik mengikut kesesuaian dan jumlah tetamu yang tiba di Pulau Kapas dari bilik Superior kepada Deluxe Sea View. Setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan asas seperti penghawa dingin, minibar dan pembuat kopi segera. Kapas Island Resort juga menawarkan bilik seminar dan beberapa aktiviti air di sekitar resort seperti snorkelling, memancing, jungle trekking, mencandat sotong, karaoke, bola tampar dan bola sepak pantai, berkayak dan banyak lagi.


Lokasi:


Harga: Dari RM139

Untuk info lanjut, layari Kapas Island Resort


Ombak Kapas Island Beach Resort



Ombak Kapas Island Beach Resort merupakan pilihan yang ideal untuk mereka yang mahukan kepuasan ketika tinggal di Pulau Kapas. Resort ini menawarkan 72 unit bilik dan kemudahan asas seperti bilik seminar, surau, kafe dan banyak lagi. 


Lokasi:



Untuk info lanjut, layari Ombak Kapas Island Beach Resort


Qimi Chalet


Walaupun hanya sebuah chalet, namun Qimi Chalet menjanjikan servis mesra dan layanan seperti anda salah seorang ahli keluarga kepada pemilik chalet ini. Seperti chalet-chalet lain di Pulau Kapas, Qimi Chalet menawarkan kemudahan asas di bilik dan aktiviti air seperti snorkeling, menyelam, jungle trekking, island tour, kayak dan banyak lagi.


Lokasi:


Untuk info lanjut, layari Qimi Chalet


Kapas Beach Chalet


Kapas Beach Chalet atau KBC menawarkan beberapa jenis bilik yang cantik ditambah dengan pemandangan yang indah. Kadang-kala chalet ini dibuka pada musim monsun. Sama seperti Qimi Chalet, KBC juga menawarkan servis dan layanan mesra seperti keluarga. Anda pasti rasa nak datang lagi dan menginap di KBC.


Lokasi:


Untuk info lanjut, layari Kapas Beach Chalet


Dapatkan penjimatan hebat ketika menempah dengan kami sekarang!



Selain dari hotel Pulau Kapas, kami juga menawarkan tempat penginapan di seluruh Terengganu. Tekan pada gambar di atas untuk melihat senarai lengkap tempat penginapan Terengganu. Tapi, kalau anda masih nak teruskan membaca untuk penginapan Pulau Kapas, jom sama-sama scroll ke bawah dan baca selanjutnya mengenai Pulau Kapas.


Resort Di Pulau Kapas


Kalau anda ada bajet yang lebih, anda boleh upgrade percutian Pulau Kapas anda dari menginap di hotel kepada resort. Tekan pada gambar di atas untuk membaca lebih lanjut mengenai Resort di Pulau Kapas


Beach Chalet In Kapas Island


Kami juga dah siap-siap senaraikan chalet di Pulau Kapas untuk memudahkan anda merancang itinerary anda. Artikel ini walau bagaimanapun, ditulis dalam Bahasa Inggeris, menyenaraikan Beach Chalet yang terdapat di Pulau Kapas. Macam biasa, tekan terus pada gambar untuk membaca info selanjutnya ya.


Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

5 (1 VOTES)