50 Homestay Terbaik Kuala Terengganu Featured Image

50 Homestay Terbaik Kuala Terengganu

By [email protected] - Dec 27, 2018 (Last Updated Nov 08, 2019)

Kuala Terengganu adalah ibu kota negeri Terengganu yang terletak di bahagian timur laut Peninsula Malaysia. Lokasinya terletak lebih kurang 440 kilometers daripada ibu negeri Malaysia, Kuala Lumpur. Bandar Kuala Terengganu terletak di muara Sungai Terengganu, menghadapi laut China Selatan. Sebagai sebuah daerah, Kuala Terengganu adalah antara yang terkecil dari aspek kawasannya tetapi mempunyai populasi yang tertinggi di Terengganu sebanyak 406,317 pada tahun 2010. 


Kuala Terengganu juga mempunyai laluan ke pelbagai destinasi pelancongan negeri Terengganu menjadikan daerah ini sering dikunjungi oleh para pelancong. Antara tempat tarikan pelancong di Kuala Terengganu termasuklah Pantai Batu Buruk, Pasar Besar Kedai Payang, Muzium Negeri Terengganu, dan Kampung Cina. Walaupun bandar ini telah melalui proses pemodenan, tetapi juga masih dapat memelihara kesejarahannya sebagai sebuah pelabuhan.


Apa lagi yang boleh dibuat semasa berada di Kuala Terengganu? Tidak jauh dari Pasar Payang terdapat sebuah bukit dikenali sebagai Bukit Puteri, tingginya adalah lebih kurang 200 meter, sesuai untuk mereka yang tidak mempunyai pengalaman mendaki bukit. Pada bulan Ramadan, sebuah tembaga berumur seratus lebih tahun akan dibunyikan untuk menandakan waktu Iftar.


Selain itu, banyak lagi tarikan Kuala Terengganu yang sudah pasti akan mengujakan anda. Pantai Batu Buruk sebagai contohnya mempunyai pelbagai aktiviti riadah untuk pengunjungnya seperti menerbangkan layang-layang dan juga menunggang kuda. Akan tetapi pengunjung tidak digalakkan untuk berenang di pantai ini disebabkan arusnya yang tinggi. Seterusnya, Taman Shahbandar merupakan salah satu taman rekreasi yang sering dikunjungi para pelancong dan lokasinya terletak di muara Sungai Terengganu. Terdapat beberapa tempat tarikan pelancong di Kuala Terengganu berhampiran dengan Taman Shahbandar adalah Bukit Puteri, Istana Maziah dan Pasar Payang. 


                        



Tidak kira di mana jua anda melawati, asalkan di Malaysia sudah tentu makanannya menjadi antara faktor yang paling penting. Kuala Terengganu memang tidak mengecewakan. Keropok Lekor yang biasanya dijual di gerai tepi jalan berasal dari Kuala Terengganu jadi anda mestilah mencuba yang asalnya. Makanan tradisi lain yang mesti dicubai termasuklah nasi dagang, laksa Terengganu, otak-otak sata, ketupat sotong, pulut lepa dan banyak lagi! Lagi satu keunikan di Kampung Cina, Kuala Terengganu adalah gabungan masakan Cina dan Melayu yang lebih dikenali sebagai masakan Cina Peranakan.


Jangan fikir lagi, tempah tempat penginapan di Kuala Terengganu hari ini! Anda telah bekerja keras untuk keluarga jadi ambillah kesempatan ini untuk meluangkan masa bersama keluarga yang tercinta. Homestay yang disenaraikan di sini kami janji adalah berbaloi!


Tempahlah percutian anda bersama kami hari ini untuk mendapatkan harga promosi!

MYR 60.00 /night



Selain daripada homestay di atas, laman web kami juga mempunyai pelbagai tempat penginapan lain di Kuala Terengganu. Klik imej di atas untuk melihat senarai penuhnya! Bukan sahaja itu, di laman web LetsGoHoliday juga mempunyai pelbagai tempat penginapan di seluruh Malaysia!


Search for accommodations

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

4.33 (6 VOTES)