Chalet Murah di Pulau Redang
Ahhhh, seronoknya kalau dapat mandi pantai! Tapi tak nak lah duduk dekat tempat mahal semata-mata untuk bercuti di tepi pantai je. Anda memang dah merancang untuk ke Pulau Redang tapi bajet anda rendah sedikit daripada biasa? Tak ada masalah! Kita lihat dahulu sedikit info tentang Pulau Redang.
Pulau Redang merupakan pulau 45km daripada Kuala Terengganu. Anda boleh ke sana dengan menaiki bot sama ada dari jeti Syahbandar di Kuala Terengganu ataupun dari jeti Merang di Merang. Anda juga boleh ke Pulau Redang dengan menaiki kapal terbang dari Kuala Lumpur. Ikutlah mana yang sesuai dengan bajet anda. Untuk penginapan pula, chalet adalah antara pilihan yang terbaik.
Aktiviti utama yang dijalankan di sini adalah snorkeling. Dalam masa satu hari, anda boleh snorkel di point-point snorkel yang utama seperti di Pusat Taman Laut, Pasir Akar dimana anda akan ke laut dalam, Long Beach, Pulau Lima, Turtle Point di mana anda boleh melihat penyu dan juga Shark Point untuk melihat ikan yu yang jinak. Anda boleh dapatkan pakej-pakej snorkeling daripada agen-agen yang sedia ada.
Jika anda hanya mahu bersantai di satu kawasan tanpa perlu bergerak ke sekeliling pulau, anda boleh sahaja pergi ke Marine Park Centre. Di sini anda boleh snorkel. Peralatan snorkel boleh disewa di sini atau anda boleh bawa peralatan anda sendiri.
Di sini juga anda boleh ber-hiking ke puncak gunung, melawat pusat penyelidikan penyu, berpiknik atau berenang-renang santai di pantai. Jimatlah juga kerana anda hanya perlu membayar yuran masuk ke Taman Laut tanpa perlu membayar yuran-yuran lain jika anda perlu ke lokasi berbeza di seluruh pulau ni.
Sekarang, mari kita lihat beberapa chalet murah di Pulau Redang dengan harga bawah RM300.
Redang Lagoon Chalet
Redang Lagoon Chalet ini menawarkan chalet berkonsepkan rumah kampung tradisional Melayu. Setiap chalet lengkap dengan penghawa dingin dan tandas. Penginap dapat menikmati bufet makanan masakan Melayu sepanjang penginapan di sini. Buat pengetahuan anda, pada kebiasaannya, penginapan chalet boleh ditempah sekali bersama pakej snorkeling di Pulau Redang juga. Lebih berbaloi juga lah sebab pakej ini lengkap dengan penginapan, makan sarapan, tengahari, malam berserta bayaran aktiviti snorkeling.
Harga: dari RM280 untuk pakej 3 hari 2 malam
Laman Web: Redang Lagoon Chalet
Redang de Rimba Resort
Redang De'Rimba menawarkan penginapan bilik mengikut jenis chalet. Setiap chalet lengkap dengan Wifi, berhawa dingin, tandas persendirian dan berbalkoni. Dengan pemandangan laut dan suasana chalet yang dikelilingi pohon-pohon hutan yang menghijau, anda akan menikmati penginapan yang tenang dan nyaman di sini.
Harga: dari RM176/malam
Laman Web: Redang De' Rimba
Delima Redang Resort
Delima Redang Resort merupakan resort bajet yang dilengkapi bilik Twin, Triple dan Quad. Resort ini menawarkan pakej 3 Hari 2 Malam dan juga pakej snorkeling. Jika anda mencari tempat yang boleh memuatkan kumpulan besar seperti majlis keramaian untuk syarikat, Delima Redang Resort adalah pilihan yang sesuai. Terdapat juga sewa ATV di sini.
Harga dari: RM 90 / malam
Laman Web: Delima Redang
Gunakan kod promosi kami untuk tempahan bilik penginapan lebih murah!
Kami juga menyediakan beberapa artikel tentang hotel dan homestay di destinasi-destinasi pelancongan di Terengganu.
Pulau Perhentian merupakan salah satu tarikan utama untuk peminat pulau-pulau tropika. Terletak di perairan Terengganu, pulau ini terdiri daripada 2 buah pulau utama iaitu Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil. Pulau Perhentian Kecil menempatkan perkampungan nelayan dan masyarakat asal pulau ini. Ia juga menjadi pilihan backpackers dan anak-anak muda yang ingin bersuka ria di pantai. Pulau Perhenetian Besar pula menjadi pilihan keluarga yang inginkan penginapan yang serba selesa dan nyaman. Klik pada gambar di atas untuk cadangan hotel penginapan di Pulau Perhentian.
Pulau Kapas merupakan satu lagi destinasi pulau di negeri Terengganu. Pulau Kapas lebih kecil berbanding pulau-pulau lain seperti Pulau Perhentian dan Redang. Dengan kurangnya lambakan pelancong yang datang ke sini, ianya sesuai untuk pelancong yang inginkan pengalaman melancong ke pulau yang memberikan lebih privasi dan menyamankan. Anda boleh ke sini dengan menaiki bot selama 15 minit dari jeti Marang. Klik pada gambar di atas untuk anda lihat beberapa pilihan resort di Pulau Kapas.
Kuala Terengganu merupakan ibu negeri Terengganu. Terletak di bahagian timur laut Semenanjung Malaysia, ia juga adalah sebuah bandar yang mengadap Laut China Selatan. Pelancong sering memilih Kuala Terengganu sebagai destinasi utama mereka untuk melawat Pantai Batu Buruk, Pasar Besar Payang, Muzium Negeri Terengganu dan Kampung Cina. Kuala Terengganu juga menempatkan jeti untuk ke pulau-pulau tropikal seperti Pulau Redang, Pulau Perhentian dan Pulau Kapas.. Jika anda bercadang untuk ke Kuala Terengganu, klik pada gambar diatas untuk senarai homestay di Kuala Terengganu.