Senarai Homestay di Shah Alam Murah, Menarik dan Selesa! Featured Image

Senarai Homestay di Shah Alam Murah, Menarik dan Selesa!

By Farisya - Dec 04, 2018 (Last Updated Jan 29, 2020)

Shah Alam yang juga dikenali sebagai Bandar Anggerik adalah merupakan ibu negeri Selangor, terletak berhampiran dengan Bandar Kuala Lumpur. Shah Alam terletak di dalam dua buah daerah iaitu Petaling dan Klang, yang mana pada satu waktu dulu dikenali sebagai Sungai Renggam. Mengikut sejarah, Shah Alam hanyalah sebuah ladang kelapa sawit dan hutan, namun mula dibangunkan dan dimajukan menjadi sebuah bandar. 

Jika anda ingin mencari kelainan dalam percutian untuk yang akan datang, Shah Alam boleh dimasukkan dalam list to go. Walaupun tahap populariti Shah Alam sebagai tempat percutian tidak setanding dengan Melaka, Penang mahupun Cameron Highlands, namun masih terdapat banyak tarikan dan aktiviti di Shah Alam yang boleh anda jelajah.

Salah satu tempat yang menjadi tarikan pengunjung di Shah Alam ialah I-City. Tempat ini paling menarik jika anda berkunjung pada waktu malam kerana terdapat lampu-lampu yang mengelilingi kawasan tersebut, Bagi anda yang suka bergambar dan ootd, I-City Shah Alam merupakan syurga ootd untuk anda!

Jika Sunway Lagoon merupakan antara taman tema di Malaysia yang paling best , favourite dan dikenali ramai, Shah Alam juga terdapat taman tema air Wet World yang tidak asing lagi di Malaysia. Walaupun ianya tidak segah Sunway, namun harga tiket boleh dikategorikan berbaloi dengan aktiviti yang disediakan. 

Di sini, kami menyediakan senarai homestay untuk anda membuat pilihan sebagai penginapan di Shah Alam


Sebenarnya, banyak lagi tempat yang menarik di Shah Alam dan sekitarnya. Shah Alam juga tidak jauh dari bandar Kuala Lumpur, hanya mengambil masa kira-kira 30 minit sahaja melalui lebuhraya. Usah risau dengan tempat makanan, penginapan, pengangkutan awam dan sebagainya. Antara makanan yang famous di Selangor adalah 

Jika anda berkunjung di Selangor bersama-sama keluarga atau kawan-kawan, jangan pening-pening fikir aktiviti yang boleh anda lakukan. Jika anda sukakan cabaran, pastinya aktiviti sukan dan esktrem patut menjadi pilihan anda. Antaranya ialah white water rafting, paragliding dan flyboard yang boleh anda dapati di Selangor dan Kuala Lumpur. 




Anda mempunyai perancangan untuk menginap di Selangor selain daripada Shah Alam? Kami juga ada menyediakan pelbagai pilihan homestay di sekitar Selangor. Hanya perlu layari sahaja laman web kami dan pilih mana-mana homestay yang anda berkenan dan bersedia untuk menikmati aktiviti yang menarik di sekitar Selangor

Homestay Ada Kolam Renang di Selangor 



Jika anda mencari homestay yang menyediakan kemudahan kolam renang untuk aktiviti santai bersama keluarga dan rakan-rakan, artikel ini akan membantu anda dalam pencarian homestay yang sesuai. Ada homestay berkonsepkan apartment, dan ada juga rumah banglo 1 tingkat. 

Homestay Kuala Lumpur Apartment



Kuala Lumpur merupakan ibu negeri Malaysia dan merupakan antara bandar di Asia yang paling berkembang. Dipenuhi dengan bangunan-bangunan tinggi seperti Menara Berkembar Petronas dan Menara Kuala Lumpur, terdapat beberapa fakto yang menjadikan Kuala Lumpur sebagai tempat kunjungan pelancong tempatan dan warga luar. 

Oleh itu, jika anda ingin berkunjung ke Kuala Lumpur, kami ada senaraikan 82 homestay apartment di Kuala Lumpur yang boleh anda jadikan pilihan untuk penginapan semasa percutian mahupun hal kerja, 

Search for accommodations

Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

4.38 (8 VOTES)