10 Aktiviti Sukan Ekstrem di Kuala Lumpur, Selangor Featured Image

10 Aktiviti Sukan Ekstrem di Kuala Lumpur, Selangor

By [email protected] - Apr 11, 2017 (Last Updated Feb 25, 2021)

Cuti sekolah semakin hampir! Tengah fikir apa nak buat di Kuala Lumpur? Anda boleh mencuba aktiviti-aktiviti sukan ekstrem bersama keluarga ataupun kawan-kawan dari white water rafting kepada paragliding yang sudah terdapat di Kuala Lumpur.


Di bawah adalah 10 senarai aktiviti-aktiviti ekstrem yang anda boleh consider untuk percutian fun cuti sekolah ini!


1. White Water Rafting

(Image via citydiscovery)

White water rafting ialah sejenis sukan air yang amat sesuai untuk semua tidak kira anda bujang atau berkekasih, bersama kawan atau keluarga. Anda dapat merasai pengalaman mengayak dalam air sungai yang kederasannya melinkungi tahap rendah hingga tahap tinggi sekali.


Aktiviti berakit ini mengambil masa lebih kurang satu hingga dua jam bergantung kepada pengaliran air. Ini bukan masalah besar untuk sesiapa yang tidak tahu berenang kerana mereka akan menyediakan jaket keselamatan dan seorang pakar akan berakit bersama anda. 

Lokasi boleh dicari melalui google map.


2. Flyboard

(Image via kosmo)

Akitiviti sukan air yang ‘cool’ ini boleh dikatakan dapat memenuhi hasrat anda untuk menjadi superman. Alat yang digunakan macam jet pek air yang membolehkan anda guna untuk terbang atas air. Kamu akan berdiri di atas alat jet pack air ini yang telah disambung kepada bot dengan hos yang panjang.


Jika anda rasa alat ini tidak sesusah mana untuk dikawal, tangapan itu memang salah. Kalau diikutkan orang yang telah cuba, kamu pasti akan gagal pada permulaan dan lepas itu baru dapat kawalnya betul-betul.


Lokasi boleh dicari melalui google map.


3. Paragliding

(Image via harubiruan)

Paragliding merupakan salah satu aktiviti ekstrem yang semakin hari semakin popular di seluruh dunia. Aktiviti ini memberi peluang yang baik kepada sesiapa yang hendak menikmati pemandangan indah semula jadi dari atas langit.


Untuk aktiviti ini, kamu perlu berlepas daripada tempat yang tinggi seperti dari atas puncak bukit. Dari situ, kamu boleh serahkan yang lain kepada instruktor kerana dia akan mengambil alih untuk mengawal payung terjun anda. Jadi, anda tidak perlu berasa susah hati dan menikmati penerbangan tersebut dengan pakar paraglider.


Lokasi boleh dicari melalui google map.


4. Base jumping

(Image via fotowarung)

Base jumping dikatakan lebih berisiko berbanding dengan skydiving kerana masa untuk anda membuka payung terjun terlalu singkat lebih kurang 3 hingga 4 saat. Selalunya, mereka akan terjun dari altitud rendah seperti bangunan tinggi, bukan macam skydiving yang terjun dari langit.


Anda boleh lihat ini memang acara bunuh diri dengan lebih epik sahaja. Aktiviti ini mungkin kedengaran seronok untuk anda yang suka bergembara tetapi anda dinasihat supaya fikir dahulu kerana aksi ini bukan sesiapa sahaja yang boleh lakukan begitu senang sekali.


P/s: Doa banyak-banyak sebelum melompat.


Lokasi boleh dicari melalui google map.


5. Skywarrior rain forest challenge

(Image via fatsoslim)

Aktiviti mencabar dalam Skywarrior ini mengambil inspirasi daripada ‘American Ninja Warrior’ game show di mana peserta perlu melalui pelbagai halangan yang mencabar dengan secepat mungkin.


Aktiviti ini sememangnya akan menghauskan tenaga kamu sepenuhnya, itupun jika anda dapat habis kesemua cabaran tersebut. Tempatnya hanya terletak di dalam sky ride festival park yang belon udara panasnya agak terkenal di KL. Bukankah ini peluang yang baik? Anda boleh merasai dua aktiviti ekstrem sekaligus di tempat yang sama.


Lokasi boleh dicari melalui google map.


6. Bubble sports

(Image via busbud)

Dah kata bubble sports, mestilah tidak boleh kurang satu bubble ball yang besar untuk anda. Aktiviti ini senang sekali, kamu hanya perlu masukkan badan anda dalam bubble ball yang disediakan dan boleh mula bermain dengan kawan-kawan.


Di pusat permainan bubble sports Kuala Lumpur, mereka ada pakej seperti bubble soccer, bubble rugby dan tower defense. Kalau permainan ini ada rugby, tidak perlu kata keganasan memang tidak dapat dielakkan untuk aktiviti seperti ini. Oleh itu, anda perlu bersiap sedia apatah lagi kalau bermain dengan kawan-kawan rapat.


Lokasi boleh dicari melalui google map.


7. Shark diving

(Image via kuow)

Kalau anda rasa aktiviti di atas tidak cukup ekstrem, cubalah berselam bersama ikan yu. Tidak perlu pun pergi jauh sampai masuk ke dalam laut, sekarang anda dah boleh berenang bersama ikan-ikan yu di Aquria KLCC.


Para penyelam akan diberi alat selam yang lengkap dan amaran tentang beberapa peraturan yang perlu dipatuhi semasa menyelam di dalam aquarium besar tersebut. Aktiviti ekstrem ini hanya sesuai untuk penyelam yang berlesen sahaja.

Lokasi boleh dicari melalui google map.


8. Hot air balloon

(Image via 123rf)

Menaik belon udara panas mungkin bukan aktiviti yang paling ekstrem antara aktiviti-aktiviti yang tersenarai, tetapi bukan semua orang yang berani untuk menaik belon besar ini kan? Aktiviti ini boleh didapati di Skyrides Festival Park di mana pelepasan belon udara panas selalu dijalankan. Belon ini biasanya akan naik sampai paras 120 meter dari tanah. Anda bolehlah menikmati pemandangan yang indah dari atas langit sambil ambil angin.

Lokasi boleh dicari melalui google map.


9. Bungee jumping

(Image via sunwaylagoon)

Rasanya aktivit bungy jump ini sudah tidak asing lagi dalam masyarakat sekarang. Walaupun begitu, ramai yang belum cuba aktiviti ekstrem ini sama ada mereka tidak berani ataupun memang tidak terfikirpun untuk pergi bungie.


Bagi peminat bungee, anda mesti sudah tahu bahawa dalam extreme park sunway lagoon juga terdapat aktiviti seperti ini. Kalau anda belum cuba, percayalah bungy jump memang senang sekali. Anda hanya perlu bayangkan kamu sendiri lompat dari atas bangunan setinggi 9 tingkat, senangkan?

Lokasi boleh dicari melalui google map.


10. Rock climbing

(Image via flickr)

Rock climbing tidak sama dengan wall climbing kerana permukaan batu tidak sama-rata dan anda perlu pandai mencari cara untuk panjat ke atas. Aktiviti ini dikira ekstrem kerana bukannya sesenang yang anda lihat.


Mentaliti dan stamina anda perlu stabil untuk panjat sampai atas yang jaraknya 50 kaki dari tanah. Kalau pasal keselamatan tidak payah risau, anda akan dilengkapkan dengan tali keselamatan semasa memanjat. Ini juga ialah peluang yang baik untuk mengatasi rasa gayat anda, manalah tahu anda mungkin ialah ‘spiderman’ yang seterusnya.

Lokasi boleh dicari melalui google map.


Sekarang, anda tidak perlu menggembara sampai ke luar negara juga dah boleh cuba aktiviti-aktiviti ekstrem ini di Malaysia. Apa yang anda tunggu lagi? Siap-sedia untuk menempah pengalaman yang menerujakan ini! Jika anda belum lagi terfikir mana nak tinggal di Kuala Lumpur atau Selangor, datanglah melawat LetsGoHoliday.my.


MYR 90.00 /night



Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

3.33 (12 VOTES)