Senarai Homestay Terbaik Berdekatan Jonker Street Featured Image

Senarai Homestay Terbaik Berdekatan Jonker Street

By Hani - May 16, 2019 (Last Updated Dec 06, 2019)

Kalau sebut saja anda nak bercuti di Melaka, sudah tentu anda akan singgah ke Jonker Street. Mana taknya, Jonker Street adalah sebuah tempat ikonik yang tidak asing untuk pelancong asing mahupun tempatan. Jom kita singkap sedikit mengenai Jonker Street dan bermalam di homestay terbaik berdekatan Jonker Street yang kami akan senaraikan di bawah ini.


Jonker Street diberi penghargaan oleh UNESCO World Heritage Site sejak dari tahun 2008 lagi. Dengan hasil seni bina dan arkitekturnya dari abad ke-17, Jonker Street sangat terkenal di kalangan pelancong dengan hasil barangan antik, kraftangan, tekstil dan makanan jalanan.


Pasar Malam di Jonker Street dibuka pada setiap Jumaat hingga Ahad malam. Di sini, anda akan jumpa dengan bermacam benda untuk dijual antaranya adalah makanan viral dan enak, gelang, perhiasan diri, perhiasan rumah, baju, kraftangan dan banyak lagi. 


Dek kerana leka berbelanja, bajet anda untuk menginap di homestay berdekatan Jonker Street pun dah kurang. Jangan risau, sebab di bawah ni kami dah siap-siap senaraikan homestay terbaik berdekatan Jonker Street siap dengan harga promosi lagi tau! Jangan tunggu-tunggu lagi, jom lihat di bawah ni sekarang!



Malacca Jonker Mansion 11 by Q Holiday Home


Kalau anda nak merasa tinggal di dalam rumah lama di Jonker Street, anda dialu-alukan untuk bermalam di Malacca Jonker Mansion 11 yang menawarkan kolam renang indoor, dua bilik tidur (3 katil double dan 4 tilam) dan 1 tandas dengan kemudahan alatan mandi, TV dan wifi. Homestay ini terletak betul-betul di Jonker Street, 5 km dari Melaka Sentral, 6 km dari Tokong Sam Po Kong dan Porta de Santiago.  


Alamat: 11, Jalan Tokong, Malacca Jonker Mansion, 75200, Melaka.

Jumlah Tetamu: 10

Harga: Bermula dari RM1099 / malam


Tempah Sekarang Dari RM1099!  



CLS @ A1306


CLS Homestay Melaka menawarkan 2 bilik dan 1 tandas sesuai untuk 5 orang tetamu. Antara kemudahan yang disediakan di homestay ini adalah parkir percuma, bilik dengan penghawa dingin, kolam renang, gimnasium, BBQ, taman permainan kanak-kanak, gelanggang tennis. dapur, peti sejuk, mandian panas, TV dan barangan mandi. Homestay ini terletak 5 minit saja dari Jonker Street, Melaka Clock Tower, Stadhuys, A'Famosa, Dataran Pahlawan Mall, Encore Melaka dan Klebang Coconut Shake.


Alamat: A1306, Jalan KLJ 5, Taman Kota Laksamana, 75200 Melaka.

Jumlah Tetamu: 5

Harga: Bermula dari RM190 / malam


Tempah Sekarang Dari RM190!  



Step-In @ Kota Laksamana Near Jonker Walk (No8)

Step-In Homestay @ Kota Laksamana (No8) ini menawarkan homestay yang luas untuk tetamu seramai 14 orang dan mempunyai 6 bilik dengan tandas persendirian di setiap bilik. Homestay ini merupakan rumah 3 tingkat di mana di tingkat bawah mempunyai sebuah bilik dengan 2 katil Super Single, di tingkat 1 mempunyai 2 bilik dan di tingkat atas sekali mempunyai 3 bilik dengan 1 katil King dan 2 katil Super Single.

Setiap tandas dilengkapi dengan mandian panas, ruang tamu yang mempunyai penghawa dingin, TV dengan Astro, sterika, alatan mandi, tuala dan wifi berkelajuan tinggi.


Alamat: Jalan KL3/1D, Taman Kota Laksamana Sek3, 75200 Melaka.

Jumlah Tetamu: 14

Harga: Bermula dari RM338 / malam


Tempah Sekarang Dari RM338!  



Jom lihat promosi hebat yang sedang berlangsung di LetsGoHoliday.my sekarang!

MYR 460.00 /night


De LOFT Malacca

De LOFT Malacca menawarkan homestay dengan hiasan ala rustic yang mempunyai 3 bilik tidur (2 katil Queen dan 2 katil Single kesemuanya sekali). Homestay ini berhawa dingin penuh dari bilik tidur ke ruang tamu, menawarkan wifi, alatan mandi, alatan memasak asas, peti sejuk, TV, tuala dan lain-lain.

Homestay ini hanya 5 minit saja dari Jonker Street, Restoren Aunty Lee masakan Nyonya dan Portuguese Settlement dan 10 minit dari Dataran Pahlawan dan Mahkota Parade. 


Alamat: 366C, Jalan Low Hee Kong, Taman Hilir Ujong Pasir, 75050 Ujong Pasir, Melaka.

Jumlah Tetamu: 7

Harga: Bermula dari RM400 / malam


Tempah Sekarang Dari RM400!  



Jonker Vacation House

Rumah teres dua tingkat ini selesa untuk 6 orang tetamu pada satu masa. Jonker Vacation Home terletak di Kota Laksamana, bersebelahan dengan World Heritage Centre dan hanya 3 minit saja untuk ke Jonker Street, St Paul Hill dan Porta de Santiago. Antara kemudahan yang disediakan di homestay ini adalah penghawa dingin, pemain DVD, mandian panas, ruang parkir serta TV. 


Alamat: 20, Jalan Kota Laksamana 5, Taman Kota Laksamana 75200 Melaka.

Jumlah Tetamu: 9

Harga: Bermula dari RM350 / malam


Tempah Sekarang Dari RM350!  



Inginkan lebih banyak lagi pilihan penginapan di Melaka untuk percutian anda? Kami mempunyai senarai hotel dan homestay terbaik di seluruh Melaka yang boleh anda pilih. Klik saja pada gambar di bawah untuk mendapatkan pilihan yang menarik dan berbaloi. 


Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

0 (0 VOTE)