Homestay A'Famosa Featured Image

Homestay A'Famosa

By [email protected] - Apr 08, 2019 (Last Updated Nov 05, 2019)

A'Famosa Resort adalah resort yang terletak di Melaka. Ia dinamakan sempena benteng Portugis pada abad ke-16 yang pernah berdiri teguh berdekatan dengan pelabuhan bandar Melaka. Resort ini mempunyai sebuah padang golf yang luas, taman tema air yang dikenali sebagai Water World, sebuah bandar koboi yang juga dikenali sebagai Old West dan Animal Safari World serta tarikan yang paling baharu, Freeport A'Famosa Outlet.


Selain untuk anda yang gemarkan sukan ekstrem, ada juga pelbagai aktiviti santai yang menarik di A'Famosa Resort. Tambahan lagi, anda dapat nikmati aktiviti yang bersesuaian dengan anda, sama ada anda bercuti bersama keluarga ataupun bersama rakan karib.


Water World adalah taman tema air yang sesuai untuk menyejukkan diri dari panas terik di Melaka. Anda boleh bersuka-ria di kolam renang atau nikmati permainan Bola Tampar pantai. Menariknya, A'Famosa Resort Ini adalah taman tema air terbesar di Malaysia. Untuk anda yang gagah dan berani, boleh mencuba slaid berkelajuan tinggi yang akan membuatkan jantung anda berdegup kencang!


Pekan koboi yang juga dikenali sebagai Old West akan membawa anda ke zaman barat lama kepada anda. Di sana, anda dapat bertemu dengan Cowboys dan Red Indian. Mereka akan memberikan pertunjukan yang hebat dengan pakaian yang tampak seperti anda berada di era tersebut. Red Indian juga akan melakukan persembahan api yang akan membuatkan anda tidak senang duduk!


Freeport A'Famosa Outlet adalah sebuah pusat membeli-belah terbesar di Alor Gajah. Ia menempatkan lebih daripada 70 jenama fesyen, sukan, dan aksesori antarabangsa pada harga yang berpatutan. Terletak di luar pintu masuk utama A'Famosa Resort, perkampungan di kawasan terbuka ini merupakan persinggahan yang anda wajib datang bagi mereka yang berkunjung ke Melaka.


Sekiranya anda berminat melawat pusat peranginan ini, berikut adalah beberapa homestay yang anda boleh tempah untuk bermalam:


 Seagull Villa

Seagull Villa adalah sebuah villa 3 bilik tidur yang dilengkapi dengan kolam renang peribadi. Persekitaran di sini sesuai untuk bersama kawan-kawan mahupun perhimpunan keluarga. Bilik Master mereka mempunyai 1 katil bersaiz KIng yang lengkap dengan bilik mandi dan 2 bilik lain mempunyai katil saiz Queen dan katil bersaiz Single di setiap bilik.


Lokasi                     : Lot 1239, Villa d'amour, A'Famosa Resort, 78000 Alor Gajah, Melaka
Harga                      : Dari RM550 / malam
Bilangan tetamu  : 10


Tempah Sekarang dari RM550!



D'Faro 812 Villa

Kemudahan kolam renang peribadi ini merupakan tarikan yang boleh membuat percutian anda lebih menarik. Ia adalah sebuah villa peribadi mesra Muslim dengan empat bilik tidur yang boleh menampung sehingga 12 orang dengan. Terdapat 2 bilik mandi, ia lengkap dengan kemudahan memasak dan perkakasan BBQ. Memang sempurna untuk penginapan keluarga!


Lokasi                       : A'Famosa Resort, Jalan Kemus, Simpang Empat, 78000 Alor Gajah, Melaka
Harga                        : Dari RM680 / malam
Bilangan tetamu    : 20


Tempah Sekarang dari RM680!



Villa with Pool

Villa gaya mewah yang menakjubkan ini cukup sempurna jika anda ingin tinggal di A'Famosa Resort. Anda boleh berjalan kaki ke pasar mini & bar untuk membeli bekalan makanan dan minuman. Dilengkapi dengan kolam renang peribadi, Villa ini menjadi salah satu tempat percutian keluarga terbaik di Melaka. Ia mempunyai 6 tilam saiz queen dan satu tilam saiz tambahan yang diperlukan.


Lokasi                     :  Lot 1100 Villa, A'Famosa Resort, Alor Gajah 78000 Melaka

Harga                      : Dari RM675 / malam

Bilangan tetamu  : 12


Tempah Sekarang dari RM675!


Inginkan penjimatan lebih ketika membuat tempahan? Klik sini untuk mendapatkannya!

NazmaHomestay AFamosa

NazmaHomestay AFamosa adalah tempat yang sempurna untuk percutian keluarga anda. Dengan suasana yang aman damai menanti para tetamu untuk nikmati, homestay ini menawarkan 4 bilik yang luas dengan jumlah keseluruhan 8 katil bersaiz queen dan satu katil sofa di ruang tamu.


Lokasi                        : A'Famosa Resort, Jalan Kemus, Simpang Empat, 78000 Alor Gajah, Melaka

Harga                         : Dari RM599 / malam

Bilangan tetamu    : 12


Tempah Sekarang dari RM599!






Selain dari Homestay di A'Famosa, klik gambar di atas untuk lihat senarai homestay menarik yang terdapat di sekitar Melaka Bandaraya Bersejarah ini.


Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

5 (1 VOTES)