Senarai Homestay Unik di Melaka Kampung Style Featured Image

Senarai Homestay Unik di Melaka Kampung Style

By Haqim - Mar 25, 2019 (Last Updated Feb 05, 2020)

Melaka bukan sahaja terkenal dengan tempat-tempat bersejarah malah lebih dikenali juga dengan variasi tempat-tempat makan yang viral seperti Kuih Keria Antarabangsa, Coconut Shake Klebang, Mango Float Royale dan lain-lain. Ada dalam kalangan pembaca tidak tahu selain dari tempat makan yang best, banyak juga homestay yang unik di Melaka menawarkan harga bermalam yang sangat berbaloi dan yang menariknya lagi ialah majoriti tepat penginapan di sini masih mengekalkan konsep kampung dalam bandar.


Ramai yang berpendapat bahawa tempat-tempat penginapan seperti ini adalah antara pilihan yang utama dan sesuai semasa bercuti bersama keluarga tersayang khususnya di Melaka sambil berpeluang untuk merasai suasana seakan-akan di kampung. 


Tambahan pula, kebanyakan homestay seperti ini berdekatan dengan tempat tarikan pelancong dan secara tidak langsung ianya memudahkan pelancong untuk pergi ke tempat menarik berhampiran. Jadi, untuk post kali ini admin akan menyenaraikan homestay-homestay di Melaka yang unik dan bercirikan kampung.  


Homestay Kampung Pak Ali


Homestay kampung Pak Ali terletak di Bukit Durian, Melaka dan ianya antara salah satu homestay yang bercirikan kampung berhampiran dengan bandar Melaka. Ianya juga sesuai untuk majlis keramaian seperti majlis perkahwinan dan juga Family Day.  Menyediakan kemudahan & kelengkapan seperti kolam renang yang besar, set BBQ yang lengkap, membuatkan ia tempat penginapan yang sangat disarankan untuk keluarga dan program seperti Team Building. 


Homestay Kampung Pak Ali menawarkan 4 jenis bilik di setiap rumah yang boleh memuatkan sehingga 20 orang ! Jadi, tidak rugi untuk merancang percutian bersama keluarga besar anda di Melaka dan menginap di Homestay Kampung Pak Ali di samping dapat merasai susasana kampung yang juga sangat berhampiran dengan tempat-tempat hotspot Melaka. 


Alamat: Batu 12, Lebuh AMJ Tiang Dua, Paya Dalam Kampung, 75460 Bukit Durian, Melaka

Harga: Bermula dari RM 71/ malam

Bilangan Tetamu: 20 orang


Tempah Sekarang Dari RM 71 ! 


Garden D'Art Homestay



Homestay yang tersergah indah ini terletak di Merlimau. Nampak gah bukan dengan dekorasi taman yang esklusif dan ia juga tetap megekalkan konsep Bungalow in a Village. Garden D'Art ini mempunyai 2 buah bilik yang sangat besar yang boleh memuatkan sehingga 12 orang. Selain itu, homestay ini juga berdekatan dengan Medan Ikan Muara Duyong dan Dodol Warisan Tradisional Melaka. Apa tunggu lagi, bolehlah menginap di sini apabila ke Melaka waktu cuti sekolah nanti. 


Alamat: 19, Batu 9 1/2, Jalan Paya Tanjung, Bukit Gereja Umbai, 77300 Merlimau, Melaka.

Harga: Bermula dari RM 800 / malam

Bilangan Tetamu: 12 orang


Tempah Sekarang Dari RM 800 ! 


Traders Villa


Traders Villa yang terletak di Kampung Morten.  Sesiapa yang mencari rumah atau bilik penginapan bagi percutian di Melaka pasti akan berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan di sini. Para pengunjung sangat gembira kerana kedudukan Traders Villa yang sangat strategik dan mudah diakses untuk ke tempat-tempat menarik seperti Jonker Walk, River Cruise Melaka, Tamam Rempah Sungai Melaka dan Cendol Kampung Hulu. Terliur sekejap bila taip Cendol Kampung Hulu ini terbayangkan depan mata.  


Kebanyakan kawasan wajib untuk dikunjungi berada dekat dengan homestay ini dan anda boleh sahaja ke tempat-tempat bersejarah seperti, Bangunan Merah, Replika Istana Melaka, Jonker Street dan A Famosa. Anda juga boleh jalan-jalan disekitar Kampung Morten ini sambil menyusuri laluan tepi Sungai Melaka feeling-feeling seperti berada di Venice gitu. 


Alamat: 41, 42, Lorong Tun Mamat, 3 Kampung Morten, 75300 Melaka 

Harga: Bermula dari RM 180 / malam

Bilangan Tetamu: 28 orang 

Klik sini untuk dapatkan kod promo untuk percutian anda.

Casugria Boutique Residence


Casugria Boutique Residence ini terletak di Bandar Hilir, Melaka. Meskipun terletak di tengah bandar, tempat penginapan masih lagi mengekalkan reka bentuk dan seni bina seperti di zaman Kesultanan Melayu Melaka dahulu. Tiada siapa sangka, guesthouse seperti ini mempunyai kemudahan dan kelengkapan yang antik, elegan dan mewah. 

Penginapan ini menawarkan 3 jenis bilik iaitu, Garden Chalet, Pool Chalet dan Family Studio dan boleh memuatkan dari sebanyak 3 hingga ke 10 orang. Jadi sesuailah untuk anda bersama keluarga dapat berpeluang merasai pengalaman percutian di Melaka sambil menyusuri bangunan-bangunan bersejarah di sekitar Bandar Hilir, Melaka. Jonker Street, Bangunan Merah Stadhuys, Bukit St Paul serta tempat-tempat menarik ada berhampiran dari tempat penginapan ini. 

Alamat:117, Jalan Parameswara, 75000 Bandar Hilir, Melaka.

Harga: Bermula dari RM 698 / malam

Bilangan Tetamu: 10 orang 


Tempah Sekarang Dari RM 698 ! 


Layang Layang Guest House


Layang Layang Guesthouse ini terletak di Balcksmith Street atau sekarang lebih dikenali sebagai Jalang Tukang Besi, Melaka. Tempat penginapan ini adalah salah satu penginapan yang sesuai untuk anda mengembara di kawasan sekitar bandar tertua dan bersejarah di Melaka. Reka bentuk guest house ini yang lebih kepada seni bina dari zaman 40-an menjadikan ianya antara guesthouse yang unik terdapat di Melaka.  


Layang Layang Guesthouse ini mempunyai 20 buah bilik yang boleh memuatkan 2 orang untuk setiap bilik. Penginapan ini amat sesuai kepada anda yang mengembara secara solo atau backpackers. Jonker Street, Little India, Stadhuys serta laluan susur Sungai Melaka terletak berhampiran dari tempat penginapan ini. 


Alamat: 24-26, Jalan Tukang Besi, 75200 Melaka

Harga: Bermula dari RM 90 / malam

Bilangan Tetamu: 2 orang 


Tempah Sekarang Dari RM 90 ! 


Sempena  #VISITMELAKA2019 ikuti senarai penuh homestay dan hotel yang ada disekitar Melaka melalui pautan ini Senarai Homestay & Hotel Di Melaka untuk dapatkan promosi dan harga bermalam yang lebih murah, jimat dan berbaloi untuk anda merancang percutian di Melaka Bandaraya Bersejarah.  Apa lagi mohon cuti anda sekarang dan #JomKasiJemJalanMelaka. 




Kami juga mempunyai pelbagai lagi pilihan homestay, hotel, resort dan villa di Melaka yang patut anda cuba. 


Klik saja pada imej di bawah untuk mengetahui lebih lanjut. 



Search for accommodations

Featured image of
Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

3.89 (9 VOTES)