Senarai Homestay Di Masjid Tanah, Melaka Featured Image

Senarai Homestay Di Masjid Tanah, Melaka

By Haqim - Mar 23, 2019 (Last Updated Jun 24, 2019)

Siapa sangka sebuah pekan kecil yang dahulunya lebih dkenali sebagai pekan "Simpang" mempunyai daya tarikan yang tersendiri apabila anda melawat ke Negeri Melaka. Selain dapat menikmati kepelbagaian makanan tempatan dengan pemandangan pantai yang indah, anda juga berkesempatan untuk melawat tempat tarikan pelancong yang ada di Masjid Tanah, Melaka malah ianya salah satu destinasi pilihan sebelum ke Port Dickson. 


Sesuai juga kepada anda yang inginkan short vacay dan percutian yang tidak memerlukan bajet yang tinggi dan ianya memang tidak dapat di sangkalkan lagi apabila kita merancang percutian. Selain dari kepelbagaian tempat makanan yang mudah didapati berhampiran, tempat penginapan yang selesa dan sesuai untuk  family gathering juga adalah amat penting semasa kita merancang percutian di Masjid Tanah, Melaka


Di bawah telah disertakan senarai tempat-tempat penginapan terbaik di Masjid Tanah yang akan menjanjikan pengalaman percutian anda yang istimewa dan berlainan. 


Elshape Holiday Home


Elshape Holiday Home adalah salah satu tempat penginapan yang sesuai untuk percutian keluarga yang besar dan juga merupakan gerbang yang strategik dan mudah ke lokasi-lokasi  menarik berhampiran seperti Pantai Pengkalan Balak, Tanjung Bidara, Medan Ikan Bakar, Kuala Linggi dan lain-lain. 


Elshape Holiday Home ini mempunyai 7 buah bilik yang boleh memuatkan sehingga 30 orang dan terdapat pelbagai kemudahan yang lain seperti kolam renang yang luas, set bbq, mini gimnasium, dan juga sesuai majlis keramaian seperti majlis perkahwinan dan hari keluarga. Seronok kan ?


Alamat : ST 3682, Jalan Dato Tamby Chik Karim, 78300 Masjid Tanah, Melaka

Harga : Bermula dari RM140/malam

Bilangan Tetamu : 30 orang


Tempah Sekarang Dari RM140!


Villa D'Acqua Masjid Tanah

 

Bak kata Liza Hanim menerusi lagunya, Siapa Sangka Siapa Menduga, di tengah kawasan perladangan kelapa sawit tersegam indah villa penginapan mewah lagi esklusif. Villa D'Acqua ini menawarkan 28 bilik penginapan yang berkonsepkan kontemporari mewah termasuk dua daripadanya adalah penthouse dan kesemuanya turut dilengkapi dengan kemudahan dan fasiliti bertaraf 5 bintang seperti kolam renang, kafe dan bilik seminar. 


Villa D'Acqua amat popular dengan program-program seperti Team Buliding, Family Day dan Majlis Perkahwinan kerana konsepnya sangat sesuai untuk aktiviti berkumpulan yang besar. Tidak dinafikan Villa D'Acqua bukanlah seperti tempat penginapan yang lain malah setanding dengan hotel-hotel bertaraf 5 bintang tambahan harganya juga amatlah berbaloi jika dibanding dengan hotel-hotel. 


Alamat : 140, Jalan Lubuk Redan, Kampung Pulau, 78300 Masjid Tanah, Melaka

Harga : Bermula dari RM400

Bilangan Tetamu : 50 orang 

Laman Web : VIlla D'Acqua Masjid Tanah 


Seri Bidara Homestay 3


Jika anda mencari tempat penginapan di Tanjung Bidara Masjid Tanah, maka Seri Bidara Homestay yang patut menjadi pilihan penginapan anda. Terletak berhampiran dengan Pantai Tanjung Bidara jika anda merancang untuk berkelah bersama keluarga. Homestay ini mempunyai 3 buah bilik yang boleh memuatkan sehingga 13 orang. 


Sudah semestinya Seri Bidara 3 menjadi pilihan utama apabila anda ingin tempat penginapan yang berdekatan dengan pemandangan laut dan terbenam matahari ketika waktu senja, udara yang segar serta tenang, jauh dari bandar yang sesak dan bising.


Alamat : Lot 2049, Batu 23, Kg Tanjung Bidara, 78300 Masjid Tanah, Melaka

Harga : Bermula dari RM250/malam.

Bilangan Tetamu : 13 orang 



Lagi banyak bercuti lagi jimat! Guna Kod Promo semasa menempah untuk menikmati diskaun terhebat kami. 


Mata Kucing Homestay


Kawasan halaman rumah yang luas seperti Homestay Mata Kucing ini boleh memuatkan 4 buah kereta. Homestay ini terletak di Kampung Londang, Masjid Tanah, Melaka.  Homestay ini mempunyai 2 buah bilik yang besar yang boleh didiami sehingga 8 orang tetamu. Antara kemudahan yang turut disediakan di homestay ini adalah seperti set kemudahan memasak, set BBQ, Astro, kelengkapan bilik mandi dan bilik tidur. 


Alamat : ST 3681 Jalan Dato Tamby Chik Karim, 78300 Masjid Tanah, Melaka

Harga : Bermula dari RM250/malam

Bilangan Tetamu : 8 orang


Tempah Sekarang Dari RM250!


D'Nelayan Beach Resort


Inginkan bilik yang berpemandangan laut yang cantik semasa waktu matahari terbit dan terbenam, di D'Nelayan Beach Resort adalah tempatnya. Terletak di Pantai Pengkalan Balak, Masjid Tanah Melaka, resort ini terletak berdekatan dengan kedai-kedai ikan bakar dan cendaharati sebagai tanda kenang-kenangan percutian anda semasa di Melaka.


Tempat penginapan ini juga sesuai untuk anda yang ingin meluangkan percutian bersama keluarga dan juga kawan-kawan. D'Nelayan Beach Resort ini juga ada menawarkan aktiviti-aktiviti rekreasi seperti senam aerobics di tepi-tepi pantai, sukaneka air dan macam-macam lagi. Jadi tak sah kalau tak menginap di sini apabila ke Pantai Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka. 


Alamat : 87, Jalan Persiaran, Pantai Padang Kemunting, Masjid Tanah, 78300 Masjid Tanah, Melaka

Harga : Bermula dari RM100/malam

Bilangan Tetamu : 4 orang




Rancanglah percutian anda bersama keluarga pada musim cuti ini dengan melawat Masjid Tanah, Melaka dengan kepelbagaian tempat-tempat makanan yang viral boleh didapati di sana di samping dapat menikmati ketenangan dan pemandangan indah di tepi pantai.




Memang best bila bercuti di pantai. Selain Masjid Tanah, Melaka juga mempunyai pelbagai destinasi menarik yang patut anda cuba!

Jangan risau tentang penginapan, kami menyediakan pelbagai pilihan penginapan unik di Melaka dari hotel, homestay, hostel dan resort. Nak apartment, teres, dengan swimming pool?

Klik saja gambar di bawah untuk mengetahui lebih lanjut. 


Search for accommodations

Featured image of
Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

4 (21 VOTES)