Hotel Pantai Puteri Melaka Featured Image

Hotel Pantai Puteri Melaka

By [email protected] - Apr 01, 2019 (Last Updated Jul 01, 2019)

Pantai yang menyusuri sebahagian dari Selat Melaka ini merupakan salah satu destinasi percutian yang paling terkenal di Melaka. Walaupun Pantai Puteri akan selalunya dibanjiri oleh lautan manusia terutamanya ketika musim cuti sekolah dan cuti hujung minggu, tetapi terdapat banyak ruang untuk semua pengunjung menikmati keindahan suasana di sini. 


Menariknya, Pantai Puteri juga dipenuhi dengan pohon menghijau bagi memberikan naungan bagi mereka yang mahu mengelakkan diri dari selaran matahari selain menjadi ‘port’ untuk golongan yang kaki kamera untuk merakamkan momen-momen indah di pantai.


Berita baik untuk para penggermar sukan air! Di Pantai Puteri terdapat beberapa sukan air yang tersedia untuk pengunjung. Untuk yang tahu, kalau anda berjalan mengelilingi Pantai Puteri, anda akan mengelilingi Pantai Kundur sekali kerana ia merupakan sebuah pantai yang sama. Pantai Puteri dahulu dikenali dengan nama Pantai Kundor.


Untuk penggemar suasana indah dan nyaman dan merancang untuk ke Pantai Puteri, berikut adalah senarai Hotel di Pantai Puteri Melaka yang anda kena cuba!


Pantai Puteri Hotel

Terletak di Pantai Puteri Melaka, pantai di hotel ini mengekalkan privasi untuk ketenangan para penginap di utara barat daerah Melaka. Hotel Pantai Puteri ini jaraknya hanya 10 km dari pusat bandar bersejarah. Menariknya, penginap dapat menikmati pemandangan indah Selat Melaka dari ruang tingkap hotel. Hotel ini juga mudah diakses melalui Lebuhraya Utara-Selatan.

Lokasi                 : Pantai Puteri, Mukim Tanjung Kling. Malacca, Melaka Tengah, 76400, Malaysia.

Lawan web        : http://www.pantaiputerihotel.com/


Shah's Beach Resort

Shah's Beach Resort

Shah's Beach Resort Melaka menghadap ke Selat Melaka ini hanya 9 km jaraknya dari bandar bersejarah Melaka. Terletak di sebuah desa yang tenang dengan pemandangan laut yang indah, resort ini menawarkan penginapan yang merehatkan minda di Melaka. Shah's Beach Resort Melaka menawarkan 50 chalet kayu tradisional dengan semua kemudahan moden. Setiap chalet mempunyai beranda sendiri untuk penginap duduk dan berehat.

Lokasi                  : 9km Tanjung Kling 76400 Melaka

Laman web        : http://melaka.shahsresorts.com/


MYR 130.00 /night

Sebelum jalan-jalan, cari dulu diskaun terbaik untuk lebih penjimatan. Dapatkan diskaun terkini untuk hotel dan homestay di sini

Klebang Beach Resort


Klebang Beach Resort adalah sebuah resort yang berorientasikan keluarga dipenuhi dengan pohon menghijau. Kawasan pantai yang sangat nyaman di sebuah bandar. Hotel tepi pantai ini menawarkan bilik-bilik Superior dan Deluxe yang menarik menghadap halaman taman yang indah dan pemandangan kolam renang yang menakjubkan.

Lokasi                  : 92-1, KM 9,Batang Tiga, 76400, Melaka

Laman web        : https://klebangresort.com/


Casa Bonita Hotel

Image may contain: sky and outdoor

Hotel Casa Bonita adalah antara hotel yang paling terbaru di Melaka. Ia terletak di kawasan Tapak Warisan UNESCO dan mempunyai 123 buah bilik tamu yang direka dengan menarik. Restoran di hotel ini juga menyajikan makanan tempatan, barat dan Thai. Kemudahan lain di hotel ini ialah 2 bilik persidangan dan banyak tempat letak kereta.

Lokasi                  :1103, Jalan Limbongan, Klebang Kecil, 75200 Melaka.

Laman web        : https://casabonitahotel.com/



Tak sanggup cari tempat tinggal yang ideal dari atas? Jangan risau, klik saja pada gambar di atas dan kami akan senaraikan terus penginapan lengkap di Melaka. Pastilah ada satu yang anda menyukai.


Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

5 (2 VOTES)