Chalet di Melaka Ada Kolam Renang Featured Image

Chalet di Melaka Ada Kolam Renang

By [email protected] - Mar 31, 2019 (Last Updated Sep 22, 2023)

Negeri Melaka adalah antara negeri yang paling banyak di lawati di Malaysia. Tahun lepas sahaja hampir 17 juta pelancong datang melawat Melaka. Pasti jumlah ini akan meningkat pada tahun ini, lebih-lebih lagi dengan adanya kempen Tahun Melawat Melaka 2019.


Melaka negeri di selatan tanah air yang dikelilingi oleh negeri Johor dan Negeri Sembilan. Mengikut laporan, pelancong dari kedua-dua negeri ini antara yang teramai mengunjungi negeri Melaka termasuk pelancong dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor serta Terengganu.


Kalau dah datang Melaka tak sah kalau tak singgah ke ‘ikon pelancongan’ negeri seperti Kota A’Famosa, Stadthuys, pelancongan muzium dan Jonker Street. Selain itu, tarikan pelancongan yang lain seperti Melaka River Cruise, beca Melaka serta Menara Taming Sari. Tambahan pula, Melaka kini terkenal dengan produk pelancongan bertema kekeluargaan seperti Taman Buaya, Zoo Melaka, Taman Mini Malaysia dan ASEAN Cultural Park juga yang paling baharu, Encore Melaka.


Walaupun Melaka sebuah negeri yang kecil tetapi banyak tempat menarik yang perlu dikunjungi di mana satu hari penginapan memang tidak cukup. Paling kurang dua hari melancong di Melaka baru dapat merasai keindahan dan kenikmatan di Negeri Hang Tuah ini. Jikalau datang satu keluarga, semestinya chalet menjadi pilihan. Bonus kalau dapat yang ada kolam renang boleh beriadah bersama keluarga tersayang. Berikut adalah senarai chalet di Melaka yang ada kolam renang.


KKV Group Muslim Villa

KKV Group Muslim Villa Gallery Photos


KKV Group Muslim Villa adalah sebuah villa indah yang baru diubah suai di dalam A'Famosa Golf Resort. Lokasi villa ini bersesuaian bagi penginap yang mahukan privasi dan ia dilengkapi dengan ruang tempat meletakkan kenderaan. Villa ini terletak di lot hujung. Oleh itu pelbagai aktiviti menarik dapat dilakukan dengan ruang yang luas bersama keluarga tercinta.


Alamat: Villa 1323, A'Famosa Golf Resort, 78000 Alor Gajah, Melaka

Bilangan Tetamu: 20

Harga:  Bermula MYR550 / malam


Tempah Sekarang!  


NazmaHomestay AFamosa

NazmaHomestay AFamosa Gallery Photos


Sesuai untuk kumpulan besar, villa mewah ini mempunyai 4 bilik tidur lengkap sepenuhnya berhawa dingin. Villa ini juga mempunyai ruang tamu yang luas, ruang makan dan dapur. Menariknya, kolam renang hanya bersebelahan dengan villa. Untuk akses ke NazmaHomestay AFamosa, dari Melaka Sentral jaraknya adalah sejauh 33 km. Manakala, jika datang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, jaraknya adalah 93 km dari dari villa.


Alamat: Villa A Famosa, A Famosa Resort, Jalan Kemus, Simpang Ampat, 78000 Alor Gajah

Bilangan Tetamu: 12

Harga:  Bermula MYR599 / malam


Tempah Sekarang!  


Bungalow In A Village

Bungalow In A Village Gallery Photos


Bungalow In A Village sebuah banglo mewah dengan reka bentuk moden . Kawasan banglo ini juga luas serta dikelilingi oleh pemandangan indah seperti sebuah kampung di Malaysia. Ruang di dalam banglo ini didatangkan dengan satu buah katil Queen di setiap empat bilik tidur. Jadi, ianya sangat sesuai untuk melakukan aktiviti hari keluarga seramai 15 orang.

Alamat: Lot 463, Jalan Bunga Kemboja 8, Semabok Dalam,75050 Melaka

Bilangan Tetamu: 15

Harga:  Bermula MYR199 / malam


Tempah Sekarang!  



MYR 398.00 /night

Dapatkan penjimatan hebat ketika menempah dengan kami sekarang.

Hornbill Villa

Hornbill Villa Gallery Photos

Hornbill Villa adalah sebuah vila yang dilengkapi dengan kolam renang peribadi. Villa ini juga didatangkan dengan penyaman udara sepenuhnya serta terdapat mempunyai saluran televisyen ASTRO NJOI dan kemudahan untuk memasak. Terdapat tiga bilik tidur di villa ini di mana, di bilik pertama terdapat 1 katil king dan 1 katil single. Manakala, di bilik kedua dan ketiga terdapat 1 katil ratu dan 1 katil single.

Alamat: Lot 1232, Villa d'amour, A'Famosa Resort, 78000 Alor Gajah, Melaka

Bilangan Tetamu: 10

Harga:  Bermula MYR400 / malam


Tempah Sekarang!  


Homestay Kampung Pak Ali

Homestay Kampung Pak Ali Gallery Photos


Terletak dalam jarak 11 km dari St John's Fort di Melaka, Homestay Kampong Pak Ali menawarkan penginapan seperti suasana nyaman di kampung dan di datangkan dengan khidmat WiFi percuma. Semua unit mempunyai penyaman udara dan TV skrin rata. Homestay Kampong Pak Ali juga menawarkan kolam renang di kawasan luar, berdekatan dengan homestay. Pada masa yang sama, tetamu juga boleh beristi rehat di taman bunga bersebelahan dengan homestay.

Alamat: Batu 12, Lebuh AMJ Tiang Dua, Paya Dalam Kampung, 75460 Bukit Durian, Melaka

Bilangan Tetamu: 20

Harga:  Bermula MYR71 / malam


Tempah Sekarang!  





Kalau anda tak puas dengan senarai Chalet di Melaka ada Kolam Renang di atas, anda boleh tekan terus pada gambar ini untuk mendapatkan senarai Homestay Melaka. Di bawah ini, kami dah siap-siap senaraikan artikel yang berkenaan berkaitan dengan trip anda ke Melaka.


12 Villa A'Famosa Beserta Kolam Renang Persendirian



A Famosa Resort ini merupakan gabungan tempat percutian dan bisnes - kerana A Famosa Resort menawarkan padang golf yang digunakan untuk Kejohanan Golf di Peringkat dalam Negara dan di arena Antarabangsa, World Animal Safari, Taman Tema Air berkonsepkan tempat-tempat menarik di satu dunia, Hotel dan Resort dan juga Villa di A Famosa yang dilengkapi dengan kolam renang persendirian untuk setiap villa.

Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

3.5 (4 VOTES)