8 Homestay Yang Sesuai Untuk Keluarga Di Johor Featured Image

8 Homestay Yang Sesuai Untuk Keluarga Di Johor

Nov 01, 2016



Hari Keluarga merupakan saat-saat yang amat berharga. Tetapi banyak orang menghadapi masalah yang sama iaitu memang susah nak cari tempat yang sesuai untuk satu keluarga yang melebihi lebih daripada sepuluh orang. Kebanyakan hotel hanya dapat muat 4-8 orang dalam satu bilik, kalua nak tambah bilik ia merupakan kos yang tinggi. Salah satu cara penyelesaian ialah tinggal dalam homestay. Dalam artikel ini kita telah mengumpulkan 8 homestay-homestay yang sesuai sekiranya anda ingin mengadakan hari keluarga di Johor.



1. Rumah JOHO Homestay

Terletak di lokasi yang strategik dalam Bandar Johor Bahru, Rumah JOHO boleh diakses dengan mudah melalui Second Link Expressway atau dari Bukit Indah/Nusa Bestari. Homestay ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas seperti penhawa dingin, kipas dan sebagainya. Rumah ini juga berdekatan dengan pusat membeli-belah seperti Paradigm Mall, Angsana Mall, Tesco Bukit Indah, Sutera Mall dan AEON bukit Indah.

Alamat: No. 18, Jalan Uda Utama 7/3, Bandar Uda Utama, 81200 Johor Bahru, Johor (Google Maps)

Bilik tidur: 4 

Bilik mandi: 4 


Tempah dari RM 350!


2. Homestay Bandar Dato Onn Johor Bahru

Homestay Bandar Dato Onn Bharu merupakan rumah teres dua tingkat yang terletak di Perjiranan 11, Bandar Dato Onn, Johor Bharu. Rumah ini dilengkapi dengan kemudahan dapur, TV, katil, tempat letak kereta dan sebagainya. Tuala mandi juga disediakan. Kepada keluarga besar seramai 10 orang, rumah ini adalah paling sesuai dan ia mempunyai tempat letak kereta yang luas untuk 2 buah kereta.

Alamat: No.4, Perjiranan 11, Bandar Dato Onn Johor Bharu 81100 Johor Bahru Johor (Google Maps)

Bilik tidur: 4 bilik tidur

Bilik mandi: 4 bilik mandi


Tempah dari RM 200!


3. Homestay Bandar Putra Segamat

Homestay Bandar Putra merupakan sebuah rumah teres setingkat yang pernah menjadi tuan rumah kepada 2000 tetamu dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Lokasinya yang strategic dekat kepada kedai mini 7 Eleven, kedai dobi, hospital, stesen polis, masjid dan sebagainya. Dilengkapi dengan kemudahan wifi, aircon di dalam semua bilik, alatan BBQ, alatan masak, dapur dan tempat parking yang boleh memuatkan 6 buah kereta, homestay ini memang sesuai untuk keluarga yang melebihi 8 orang.

Alamat: 66, Jalan Putra 1/17, Bandar IOI, 85000 Segamat, Johor (Google Maps)

Bilik tidur: 3 bilik tidur

Bilik mandi: 2 bilik mandi


Tempah dari RM 250!


4. CT Homestay Pasir Gudang (For Muslim only)

CT Homestay Pasir Gudang merupakan sebuah rumah dua tingkat yang dilengkapi dengan aircon di bilik utama, dapur dengan kemudahan memasak, mesin basuh dan sebagainya. Rumah yang indah ini boleh memuatkan seramai 10 orang dan tetamu. Di sekitar homestay ini mempunyai restoran, kedai runcit dan Econsave. Homestay ini hanya untuk keluarga Muslim sahaja.

Alamat: 12, Jalan Sentosa 7, Taman Nusa Damai, 81700 Pasir Gudang, Johor (Google Maps)

Bilik tidur: 3 Bilik tidur

Bilik mandi: 2 bilik mandi


Tempah dari RM 150!


5. Villa JDT (Untuk Muslim sahaja)

Bermalam di homestay yang besar dan selesa ini dan anda akan berasa seolah-olahnya sedang berhuni di dalam satu banglo yang besar. Perbezaan homestay ini antara yang lain ialah homestay ini dilengkapi dengan aircon, kemudahan memasak, kelengkapan peribadi, wifi, alatan BBQ, dan juga kerusi urut. Tempat-tempat menarik berdekatan termasuklah Johor Premium Outlet (JPO), Legoland, Zoo Johor, Terminal Bas Larkin dan sebagainya. Homestay ini hanya untuk keluarga Muslim sahaja.

Alamat: 2864, Jalan Sri Putri 10/3, Taman Putri, 81000 Kulai, Johor (Google Maps)

Bilik tidur: 5 bilik tidur

Bilik mandi: 3 bilik mandi


Tempah dari RM 600!


Lihat juga: 5 Tempat-Tempat Menarik Di Muar


6. Rini Utama Homestay Skudai

Rini Utama Homestay Skudai ialah sebuah rumah dua tingkat yang terletak dalam kawasan perumahan yang terkawal. Rumah ini terletak dalam lokasi yang terbaik kerana ia sangat dekat dengan UTM, Legoland, Danga Bay, Johor Premium Outlet (JPO) dan tempat menarik yang sebagainya di Johor. Homestay ini menawarkan sebuah dapur besar yang boleh memasak dan juga sebuah ruang makan. Kemudahan yang lain termasuk aircon, keperluan peribadi, tuala mandi, penapisan air, papan seterika, tempat parking dan sebagainya juga disediakan.

Alamat: 78, Jalan Utama 19, Taman Mutiara Rini, 81300 Skudai, Johor (Google Maps)

Bilik tidur: 3 bilik tidur

Bilik mandi: 3 bilik mandi


Tempah dari RM 298!


7. Shahrini Homestay (Untuk Muslim sahaja)

Shahrini Homestay yang terletak di Vista Sri Alam, Masai menawarkan harga yang berpatutan untuk penginapan yang selesa. Berdekatan dengan UITM, MMHE, Johor Port dan UNIKL, homestay ini dilengkapi dengan aircon, Wi-Fi, kemudahan memasak, mesin basuh dan sebagainya. Homestay ini hanya untuk keluarga Muslim sahaja.

Alamat: Unit A7-1-3A, Vista Seri Alam, Bandar Seri Alam, 81750 Masai, Johor (Google Maps)

Bilik tidur: 3 bilik tidur

Bilik mandi: 2 bilik mandi


Tempah dari RM 200!


8. Homestay Johor Bahru Semi-D House  

Homestay Johor Bahru merupakan sebuah rumah dua tingkat semi-d yang terletak di Taman Kempas Utama, Johor. Antara tempat-tempat berdekatan dengan homestay ini termasuk Aeon Bandar Dato Onn, Setia Tropika, Taman Impian Emas, KFC, McDonald's dan sebagainya.

Alamat: No 20 Jalan Kempas Utama1/22 ,Taman Kempas Utama 81300 Johor Bahru (Google Maps)

Bilik tidur: 4

Bilik mandi: 4

Harga satu malam: dari RM399


Tempah dari RM 399!


Lihat juga: 10 Homestay Untuk Family Day Di Melaka

Ingin mencari lebih banyak tempat penginapan di Johor Bahru?

Layarilah Letsgoholiday.my untuk menyemak homestay, hotel & resort yang selanjutnya di Johor Bahru untuk percutian anda!

Rate this post

5 (2 VOTES)