20 Homestay Murah Di Johor Bahru Featured Image

20 Homestay Murah Di Johor Bahru

By [email protected] - Dec 10, 2018 (Last Updated Sep 23, 2020)

Johor Bahru merupakan ibu kota kepada negeri Johor, terletak berdekatan dengan Singapura. Bandar ini merupakan salah satunya bandar yang mampu menandingi Kuala Lumpur dari aspek pertumbuhan ekonomi. Sebabnya terletak pada faktor geografi.


Oleh kerana lokasinya yang berhampiran dengan Singapura, warga Singapura sering mengunjungi Johor Bahru pada hujung minggu dan ramai penduduk Johor Bahru pula bekerja di Singapura walaupun menetap di Johor Bahru kerana perbezaan mata wang sehingga tiga kali ganda. Dengan ini, Johor Bahru mempunyai hubungan diplomatik yang baik dengan Singapura yang membolehkan bandar ini berkembang dengan pesat.


Dengan itu, dapatlah sektor pelancongan mendapat pelaburan yang sewajarnya. Pelbagai tarikan pelancong telah dipelihara dan dikomersilkan sebagai usaha untuk membangunkan lagi sektor pelancongan di negeri Johor. Segala yang anda meninginkan dalam sebuah percutian bersama kawan-kawan ataupun keluarga boleh didapati di Johor Bahru seperti monumen bersejarah, pusat membeli-belah dan makanan tempatan yang lazat.


Tambahan pula, pasukan Johor Darul Ta'zim FC merupakan pasukan pertama dalam sejarah bola sepak negara Malaysia untuk memenangi Liga Super Malaysia lima kali berturut-turut dari tahun 2014 sehinggalah 2018. Sementara anda melawati Johor Bahru, bolehlah anda merancang lawatan ke Stadium  Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos di Johor Bahru untuk menyaksikan pasukan terbaik di Liga Super Malaysia.


            


 

Memang tidak dapat dinafikan bahawa terdapat banyak tempat yang boleh dilawati di Johor Bahru tetapi kita tahu dilema yang sering dihadapi oleh para pelancong iaitu kekurangan bajet. Usah risau kerana di sini kami dapat meringankan beban anda dengan mengesyorkan pelbagai homestay yang berharga berpatutan. 


Tempah sekarang untuk menikmati harga promosi!


Selain daripada homestay di atas, terdapat banyak tempat penginapan di seluruh Johor dan Malaysia! Klik imej di bawah untuk melihat senarai penuh tempat penginapan di Johor.



Search for accommodations

Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

4.16 (76 VOTES)