Lebih 10 Apartment Homestay Johor Bahru Featured Image

Lebih 10 Apartment Homestay Johor Bahru

By Farisya - Dec 12, 2018 (Last Updated Dec 26, 2019)

Johor Bahru merupakan ibu kota kepada negeri Johor yang merupakan negeri di Selatan Semenanjung Malaysia. Johor Bahru yang terletak berdekatan dengan Bandar Singapura ini mampu menarik minat pelancong sama ada dari dalam negara mahupun luar negara. 

Bandar yang berkembang pesat dan maju ini semakin dikenali dengan pelbagai daya tarikannya yang tersendiri. Antara tempat menarik yang boleh anda lawati jika datang berkunjung ke Johor Bahru ialah Puteri Harbour, Kilang Bateri, Danga Bay dan banyak lagi. 

Jika anda memilih untuk jenis penginapan apartment untuk percutian anda, di bawah ini kami sediakan senarai homestay apartment  Johor Bahru yang menjadi pilihan ramai. Dari bajet yang rendah sehingga apartment mewah, namun apa jua bajet anda, homestay tersenarai ini pastinya menjamin keselesaan buat anda. 


Stay@Saazlin's D'Larkin Residence


Stay@Saazlin D'Larkin Residence terletak di tengah bandar Johor Bahru, menjadikan lokasi homestay ini sangat strategik untuk anda bersiar-siar di sekitar JB. Merasakan seperti di rumah sendiri, homestay ini menyediakan kemudahan yang lengkap dan selesa termasuk kemudahan memasak, bilik berhawa dingin serta mesin basuh dan banyak lagi. Boleh memuatkan sehingga 6 orang tetamu dengan selesa. 

Yang lebih menarik, homestay apartment ini juga menyediakan kemudahan kolam renang untuk anda meluangkan masa percutian anda. Nikmati pemandangan Johor yang cantik terutama pada waktu malam, mengisi masa lapang dengan aktiviti yang menarik dan menikmati penginapan yang selesa di sini. 


Alamat: D'Larkin Residnce, Jalan Idaman 1, Taman Larkin Idaman, 80350 Johor Bahru, Johor

Harga: Bermula dari RM 300.00 satu malam

Laman Web: Stay@Saazlin's D'Larkin Residence


Book Now


Stylish Luxury Modern Homestay


JB City - Stylish Luxury Modern Homestay ini merupakan homestay apartment yang terletak di Larkin, Johor Bahru. Hanya mengambil masa kira-kira 5minit untuk ke Bas Terminal Larkin, dan 10-12 minit untuk ke Paradigm Mall dan Aeon Tebrau.

Memuatkan dengan selesa antara 5-8 orang tetamu, dengan kemudahan lengkap antaranya ialah peralatan mandi, mesin basuh, bilik berhawa dingin dan kemudahan asas untuk memasak. Terdapat kolam renang di tingkat 2 untuk memenuhi aktiviti pada waktu pagi atau petang anda.


Alamat: Jalan Tani, 80350 Johor Bahru, Johor

Harga: Bermula dari RM 250.00 satu malam

Laman Web: JB City - Stylish Luxury Modern Homestay


Book Now


Cozy Aliff Homestay - Lemon Homestay


Cozy Aliff Homestay - Lemon Homestay terletak di The Aliff Residence, Johor Bahru. Apartment ini memuatkan sehingga 6 orang tetamu dengan kemudahan 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Kemudahan unuk memasak juga ada disediakan. 

Anda boleh menikmati udara segar dan suasana persekitaran yang indah pada waktu malam menerusi balkoni homestay ini. Lokasi yang strategik di Tampoi, menjadikan ianya mudah untuk anda akses ke Johor Bahru. 


Alamat: The Aliff Residence, Jalan Tahana, Kawasan Perindustrian Tampoi, 81200 Johor Bahru, Johor

Harga: Bermula dari RM 320.00 satu malam

Laman Web: Cozy Aliff Homestay - Lemon Homestay


Book Now


KSL D'Esplanade Residence


KSL D'Esplanade Residence, merupakan homestay apartment yang berkonsepkan moden dan stylish, sangat sesuai untuk anda yang inginkan penginapan homestay yang mewah dan terletak berdekatan dengan mall. Terletak bersebelahan dengan KSL City Mall dan KSL Resort menjadikan ianya mudah untuk anda mengisi masa dengan membeli-belah!

Menyediakan kemudahan kolam renang dan gym, serta internet tanpa had untuk anda yang menginap di sini. Walaupun harga untuk satu malam agak mahal berbanding dengan homestay yang lain, namun homestay ini pastinya menjamin keselesaan dan berbaloi dengan harga yang bakal anda bayar. 


Alamat: Jalan Seladang, KSL D'Esplanade, 80250 Johor Bahru, Johor

Harga: Bermula dari RM 400.00 satu malam

Laman Web: KSL D'Esplanade Residence


Book Now



Homestay Murah di Johor Bahru


Anda mungkin sahaja tiba-tiba berubah fikiran dan memilih untuk mencari homestay yang lebih murah? Di sini terdapat senarai 20 homestay yang murah di Johor Bahru untuk percutian anda! Jangan ingat murah tak selesa, baca dulu artikel ini dan lihatlah apa yang anda nampak. Pilihan di tangan anda! 

Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

5 (3 VOTES)