50 Homestay Terbaik Johor Bahru Featured Image

50 Homestay Terbaik Johor Bahru

Dec 13, 2018

Bila sebut pasal bercuti dalam negara, pasti dalam kepala akan terfikir destinasi percutian seperti Melaka, Ipoh, Cameron Highlands atau pun Penang. Dalam artikel kami kali ini, kami nak memperkenalkan anda dengan Johor Bahru pula. Haa, apa yang menariknya Johor Bahru ni? Okay jom baca di bawah dan sambil tu lihat senarai lengkap 50 homestay terbaik Johor Bahru khas untuk anda!


Johor Bahru, yang juga dikenali sebagai JB, adalah ibu kota Johor di selatan Semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan tambak Singapura. Ianya merupakan sebuah bandar yang sibuk bukan sahaja dari segi pelancongan tapi juga dalam bidang logistik, pengangkutan dan hub perindustrian dan pembuatan yang penting.


Dari segi pelancongan, Johor mempunyai banyak tarikannya tersendiri seperti monumen-monumen dan bangunan bersejarah, tempat makan yang sedap dan dihujani cafe-cafe hipster yang rata-ratanya diinspirasikan dari Singapura, serta pusat membeli-belah yang tidak kurang hebatnya dari Kuala Lumpur dan Singapura.


Tempat Menarik di Johor Bahru


Monumen bersejarah di Johor Bahru adalah seperti Masjid Negeri Sultan Abu Bakar, Muzium Diraja Sultan Abu Bakar. Bangunan Sultan Ibrahim. Johor Bahru Art Gallery, Muzium Warisan Cina Johor Bahru, Tugu Peperangan dan Makam Diraja. Manakala tempat tarikan di Johor Bahru di antaranya adalah Danga Bay, Danga World Petting Zoo, Rumah Limas, Zoo Johor Bahru dan semestinya, Legoland Malaysia. 



(Legoland Malaysia. Kredit: legoland.com.my)


Pusat Membeli-Belah di Johor Bahru


Bagi mereka (terutama sekali buat kaum hawa yang suka membeli-belah), pusat membeli-belah di Johor Bahru ini tidak kalahnya dari Kuala Lumpur dan Singapura. Antara pusat membeli-belah di JB termasuklah Aeon Tebrau City, Ikea JB, Johor Area Rehabilitation Organisation (JARO) Handicrafts Centre, KSL City, City Square, Holiday Plaza dan banyak lagi. Pusat membeli-belah seperti Aeon Tebrau City, KSL City, City Square, Holiday place dan seumpamanya adalah pusat membeli-belah yang sesuai dengan para muda-mudi menghabiskan masa di hujung minggu dengan kedai-kedai baju terkini dan restoran makanan segera seperti McDonald's, KFC, Pizza Hut dan lain.


Manakala JARO Handicrafts Centre, yang bersesuaian dengan namanya, menjual hasil kraf tangan penduduk tempatan seperti bakul rotan, bag yang diperbuat dari batik dan kain denim, cadar patchwork, anak patung dan banyak lagi. Menariknya, hasil-hasil ini kebanyakan dibuat oleh orang kelainan upaya. JARO juga memberi peluang pekerjaan kepada orang kelainan upaya untuk sama-sama menyumbangkan hasil seni sambil membuat duit. 


(Aeon Mall Tebrau City. Kredit: TripAdvisor)


Tempat Makan di Johor Bahru


Anda boleh namakan apa saja makanan yang anda gemari dan ingin makan, dan anda boleh mendapatkannya di Johor Bahru. Rata-ratanya terdapat banyak kawasan medan selera di sekitar JB yang menjual aneka hidangan dari masakan Melayu, Cina, India dan Western dengan harga berpatutan. Antara kawasan medan selera dan gerai yang menjadi tumpuan penduduk tempatan mahupun orang luar seperti di Tepian Tebrau, Food Court Selera Johor di sebelah Plaza Larkin, Medan Steamboat Luton Van Dataran Bandaraya, Medan Selera Sungai Chat dan banyak lagi.


Antara makanan yang anda boleh order ketika di JB adalah seperti Kacang Phool, Sup Tulang Merah, Murtabak Singapore, Mee Rebus, Nasi Briyani Johor dan banyak lagi. Jika anda ingin mengubah selera dan mencuba makanan lain dari yang lain, apa kata anda singgah sebentar di Jalan Dhoby. Di mana anda pasti akan rambang mata dengan kedai-kedai dan cafe-cafe hipster yang menghujani kawasan tersebut. Kebanyakkan cafe-cafe hipster ini menghidangkan juadah pencuci mulut seperti ais krim, milkshake, kopi, kek, pancake, waffle dan banyak lagi.


(Flowers in the Windows Cafe JB. Kredit: AspirantSG)


Dah penat berjalan seharian, sudah pastinya anda mencari tempat untuk berehat dan bermalam, bukan? Seperti yang kami janjikan di atas, di bawah ini merupakan senarai lengkap 50 homestay terbaik Johor Bahru khas untuk anda! Jom lihat dan klik terus jika anda ingin menempah!



Dialek dan bahasa yang digunakan orang Johor mungkin asing buat penduduk negeri lain. Antaranya:

  • Semangka - Tembikai
  • Sangap - Menguap
  • Epok-epok - Karipap
  • Gobok - Almari
  • Bengang - Malu 
  • Air Tahu - Air Soya


Selain dari homestay di Johor Bahru, kami juga mempunyai jenis kemudahan lain di sekitar Johor Bahru dan Johor. Klik pada gambar di atas untuk melihat senarai penginapan di Johor Bahru! Di bawah ini pula kami sudah senaraikan artikel yang menarik yang berkaitan dengan percutian anda di Johor Bahru. 



Jika anda memilih untuk jenis penginapan apartment untuk percutian anda, di bawah ini kami sediakan senarai homestay apartment Johor Bahru yang menjadi pilihan ramai. Dari bajet yang rendah sehingga apartment mewah, namun apa jua bajet anda, homestay tersenarai ini pastinya menjamin keselesaan buat anda.  Klik pada gambar di atas untuk melihat.



Memang tidak dapat dinafikan bahawa terdapat banyak tempat yang boleh dilawati di Johor Bahru tetapi kita tahu dilema yang sering dihadapi oleh para pelancong iaitu kekurangan bajet. Usah risau kerana di sini kami dapat meringankan beban anda dengan mengesyorkan pelbagai homestay murah di Johor Bahru untuk tatapan anda. 


Hari Keluarga merupakan saat-saat yang amat berharga. Tetapi banyak orang menghadapi masalah yang sama iaitu memang susah nak cari tempat yang sesuai untuk satu keluarga yang melebihi lebih daripada sepuluh orang. Kebanyakan hotel hanya dapat muat 4-8 orang dalam satu bilik, kalua nak tambah bilik ia merupakan kos yang tinggi. Salah satu cara penyelesaian ialah tinggal dalam homestay. Dalam artikel ini kita telah mengumpulkan 8 homestay-homestay yang sesuai sekiranya anda ingin mengadakan hari keluarga di Johor.

Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

5 (1 VOTES)