Villa Untuk Family Day di Penang Featured Image

Villa Untuk Family Day di Penang

By Farisya - Mar 23, 2019 (Last Updated Jul 09, 2019)

Pulau Pinang merupakan sebuah negeri yang tidak asing lagi bagi warga Malaysia mahupun luar negara untuk destinasi percutian yang sempurna! Oleh kerana Pulau Pinang sangat terkenal dan menjadi salah satu pusat pelancongan utama di rantau Asia, pasti anda juga tidak ingin terlepas peluang untuk berkunjung ke Pulau Pinang terutama sekali Georgetown yang merupakan Bandar Warisan Dunia itu. 


Banyak tempat-tempat menarik yang boleh dilawati di Pulau Pinang yang mampu menjadikan percutian anda salah satu memori terindah bersama tersayang. Antaranya ialah Bukit Bendera, Plaza Gurney, Penang Escape Park, Batu Ferringhi dan banyak lagi. Bagi food hunter, Pulau Pinang juga merupakan syurga makanan buat mereka kerana di situ terdapatnya makanan-makanan yang terkenal dan sedap seperti Laksa, pasembur dan char kuey teow. Pasti anda tidak akan menyesal apabila menikmatinya kerana rasa yang anda dapat tidak akan sama dengan negeri lain. 

Percutian akan menjadi lebih menarik jika anda beruti bersama-sama keluarga dengan perancangan yang lengkap dan teratur. Penginapan yang dipilih juga merupakan salah satu perkara penting untuk merancang percutian. Jadi di sini saya ingin berkongsi senarai Villa untuk Family Day di Penang bagi memudahkan urusan anda untuk mencari penginapan percutian anda sekeluarga. 


Hins's Villa @ Tanjung Bungah


Nampak gah dan elegan jika dilihat dari segi luaran reka bentuknya kan? Pasti anda juga tertanya-tanya bagaimana susun atur perabot dan rekaan dalam villa ini. Sangat cantik dan sesuai untuk anda yang mengidamkan percutian yang hebat dengan bajet yang agak kasar. 

Namun, anda pasti tidak akan menyesal kerana villa ini lengkap dengan kolam renang, mempunya 5 buah bilik tidur dan mampu memuatkan sehingga 20 orang tetamu. Tidak salah berbelanja lebih untuk percutian kerana anda tidak akan dapat kenangan manis yang sama di tempat yang berbeza. 


Alamat: 502-J Jalan Tanjung Bungah,11200, Pulau Pinang

Harga: Bermula dari RM 980/ malam

Bilangan Tetamu: 20 orang


 Tempah Sekarang Dari RM980! 


Hilltop Villa

Terletak di Georgetown, Hilltop Villa ini merupakan penginapan idaman buat mereka yang sangat mementingkan percutian yang privacy, dikelilingi dengan suasana dan persekitaran tumbuh-tumbuhan yang segar serta mendamaikan. Hilltop Villa ini antara villa yang sangat saya sarankan untuk percutian anda dan keluarga. 

Dengan kemudahan kolam renang yang, ruang tamu yang luas, balkoni dengan pemandangan yang cantik serta kemudahan-kemudahan yang menjanjikan penginapan yang berbaloi. 


Alamat: 11A, Tingkat Batu ferringhi, 11100 George Town,  Pulau Pinang

Harga: Bermula dari RM 1,250/ malam

Bilangan Tetamu: 8 orang


 Tempah Sekarang Dari RM1,250! 


Villa Andira Homestay

Penginapan berkonsepkan villa yang agak ringkas dari segi reka bentuknya, namun lengkap dengan pelbagai kemudahan asas seperti ruang tamu yang luas, bilik tidur lengkap dengan katil dan tilam serta penghawa dingin. 

Sesuai dengan kelengkapan yang disediakan, Villa Andira Homestay adalah antara villa penginapan yang termurah anda boleh dapatI di Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Lokasinya yang terletak tidak jauh dari Pekan Kota Kuala Muda dan mengambil masa kurang dari 25 minit untuk ke lokasi menarik yang lain seperti Pantai Merdeka dan Pulau Syak. 


Alamat: 6259 Unit 5, Permatang Bendahari, 13100 Penaga, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang

Harga: Bermula dari RM 150/ malam

Bilangan Tetamu: 4 orang


 Tempah Sekarang Dari RM150! 


Klik sini untuk dapatkan kod promo untuk percutian anda. 


Crystal Homestay


Terletak tidak jauh dari Sunway Carnival Mall Perai, Crystal Homestay mempunyai 3 buah bilik tidur yang lengkap dan boleh memuatkan sehingga 10 orang tetamu. Crystal Homestay yang terlihat cantik dari luar ini pasti menambat hati anda untuk merancang percutian bersama keluarga di sini. 

Keluasan yang agak besar, lengkap dengan balkoni, peralatan memasak, Crystal Homestay sesuai juga dijadikan penginapan untuk percutian keluarga. 


Alamat: 135, Tingkat Kikik 6, Taman Inderawasih, 13600 Perai, Pulau Pinang

Harga: Bermula dari RM 250/ malam

Bilangan Tetamu: 10 orang


 Tempah Sekarang Dari RM250! 


Venn Homestay


Homestay Banglo 2 Tingkat semi-D yang mewah dan selesa ini terletak di Balik Pulau, Pulau Pinang. Ianya terletak berhampiran tempat-tempat pelancongan seperti Teluk Bahang atau Batu Ferringhi dan tidak jauh dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, 

Nikmati percutian anda bersama keluarga di Venn Homestay ini dengan kemudahan lengkap yang disediakan. Adanya ruang legar dan halaman rumah yang luas serta kemudahan BBQ yang disediakan, Venn Homestay sangat sesuai untuk dijadikan penginapan percutian bersama keluarga sekiranya anda bercadang untuk menjalankan aktiviti hari keluarga, serta makan malam BBQ!


Alamat: No.23, Lebuh Sungai Burung 3, 11000 Balik Pulau,Pulau Pinang

Harga: Bermula dari RM 350/ malam

Bilangan Tetamu: 8 orang


 Tempah Sekarang Dari RM350! 


Masih tercari-cari penginapan menarik di Penang yang berkenan di hati? 


Kami mempunyai banyak lagi pilihan penginapan unik di Penang untuk anda pilih. Klik pada imej di bawah untuk senarai penuh! 


Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

3.69 (13 VOTES)