Homestay Besar di Penang Untuk 10 Orang! Featured Image

Homestay Besar di Penang Untuk 10 Orang!

By [email protected] - Mar 18, 2019 (Last Updated Jul 09, 2019)

Pulau Pinang dikenali di peringkat antarabangsa sebagai pusat makanan di Malaysia. Terkenal dengan pantainya dan hiruk pikuk bandar warisan, pulau ini yang juga dikenali dengan nama Pulau Mutiara adalah salah satu tempat yang menjadi destinasi pilihan bagi pelancong dalam dan luar negeri.


Selain hotel dan resort terkenal, Pulau Pinang juga adalah sebuah pusat pelancongan yang mempunyai banyak hotel bajet dan homestay. Tidak seperti tempat tempat bercuti yang lain, homestay memberi pelancong terutamanya yang datang dengan keluarga ataupun kumpulan yang besar pilihan yang lebih murah dan berpatutan. Di bawah ini adalah 10 senarai homestay besar yang sempurna untuk percutian keluarga Malaysia!


Jean Clean & Comfy Apartment Near Beach Penang


Jean Clean.jpg


Terletak berhadapan Hard Rock Hotel yang terkenal dan juga berhampiran pantai Batu Feringghi yang mashyur , Jean Clean and Comfy Apartment mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air dan dapat menampung 10 orang semalam.

Apartment ini juga berdekatan dengan Batu Feringghi Night Market yang terkenal, Spice Garden dan Escape Theme Park. Tandakan apartment menarik ini di kalendar percutian anda.


Lokasi : 10A, Jalan Batu Feringghi ,11100 Batu Ferringhi, Pulau Pinang, Malaysia

Harga: Dari RM 312/semalam

Pax: 10


Tempah Sekarang dari RM312 


PiMai Homestay Penang – Purple


PiMaiHomeStayPenangPurple.jpeg


Terletak di Gelugor, PiMai Homestay Penang mempunyai sebuah balkoni, sebuah kolam outdoor dan juga pemandangan laut yang menarik.
Ia juga mempunyai 3 bilik tidur, sebuah ruang tamu dan juga sebuah peti ais serta kelengkapan dapur yang lengkap. Sebuah “rumah yang selesa jauh dari rumah sendiri” untuk percutian keluarga.

Lokasi: N-Park Condominium, Jalan Batu Uban, Century Garden, 11700 Gelugor, Penang.
Harga: Dari RM 290/semalam
Pax: 10


Luxury Homestay


Luxury-Homestay.jpg


Sebuah rumah tamu yang moden dan bergaya dan memberi tempat tinggal yang selesa untuk pengunjung. Terletak di lokasi utama di Tanjung Tokong, homestay yang lengkap ini sesuai untuk keluarga, berehat, urusan perniagaan, majlis dan juga mesyuarat.

Luas dan bersih, homestay ini mempunyai 6 bilik tidur dan 6 bilik air untuk pengunjung. Satu pilihan yang baik untuk percutian keluarga anda.


Lokasi: 20,Denai Bayu 26, Seri Tanjung Pinang,10470 Tanjung Tokong, Penang Malaysia

Harga: Dari RM990/semalam

Pax: 12


Tempah Sekarang dari RM990


Irisa 218 Tropicana


irisatropicana.jpg


Irisa 218 Tropicana terletak di dalam persekitaran bandar George Town. Sebuah apartment persendirian yang selesa dan bergaya ini mempunyai tempat letak kereta dan peralatan memasak untuk mereka yang menginap di sini.

Ianya mempunyai 2 bilik tidur dan dua bilik air dan juga menawarkan servis Wi-Fi percuma.

 

Lokasi: Tropicana 218 Macalister, Jalan Macalister, 10400 Georgetown, Penang

Harga: Dari RM300/semalam

Pax: 10




Jazz Residence Partial Seaview 1


JazzRes.jpeg


Terletak di Tanjung Tokong, Jazz Service Residence menawarkan penginapan yang mempunyai khidmat Wi-Fi percuma.

Unit apartment ini mempunyai sebuah dapur yang lengkap dengan ketuhar dan juga peti ais. Ia mempunyai 2 bilik tidur & 2 bilik air , 1 bilik air di kawasan ruang tamu ( 2 Katik Size Queen di setiap bilik) dan juga sofa berbentuk L di ruang tamunya.

 

Lokasi: 1A-10-01, Jalan Seri Tanjung Pinang, Jazz Suites, 10470 Tanjung Tokong, Pulau Pinang

Harga: Dari RM380/semalam

Pax: 10 


Tempah Sekarang dari RM380


Dapatkan penjimatan hebat ketika anda menempah di LetsGoHoliday.my sekarang juga! 



Tak puas dengan senarai Homestay Besar di Penang Untuk 10 Orang! yang kami berikan di atas? Tak mengapa, klik terus pada gambar di atas untuk layari senarai penginapan lengkap di Pulau Pinang sekarang.

Search for accommodations

Featured image of
Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

0 (0 VOTE)