Senarai Penuh - 80 Homestay Penang Terbaik Untuk Percutian Anda Featured Image

Senarai Penuh - 80 Homestay Penang Terbaik Untuk Percutian Anda

By Badriah - Nov 12, 2018 (Last Updated Nov 30, 2019)

Jika anda ingin bercuti di dalam Malaysia, apakah negeri yang selalu bermain di minda anda? Melaka? Kedah? Pulau Pinang? Selalunya ramai orang Malaysia akan memilih sama ada Melaka atau Pulau Pinang untuk short getaway atau percutian panjang, dan hari ini ialah hari bertuah anda kerana kami akan menyenaraikan semua homestay terbaik di Penang untuk memudahkan planning percutian anda!


Sedikit sebanyak tentang Pulau Pinang. Pulau Pinang adalah salah satu destinasi pelancongan yang paling banyak dilawati di Malaysia dan dinamakan sebagai salah satu daripada 17 tempat terbaik untuk dikunjungi pada tahun 2017 oleh CNN. Ini menjadikan Pulau Pinang sebagai tiga lokasi di Asia yang termasuk di dalam senarai tersebut termasuk Thailand dan China.


Pulau Pinang merupakan negeri di Malaysia yang terbahagi kepada dua bahagian oleh Selat Melaka iaitu seberang pulau dan Seberang Perai. Nama pulau Pulau Pinang ini diambil daripada nama pokok pinang (areca catechu). Ia juga dipanggil Tanjung Bidara sebelum dikenali Pulau Pinang. 


Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di Pulau Pinang seperti mengagumi mural seni di lorong-lorong, mencuba 'street-food' terkenal di Pulau Pinang, melawat muzium dan bersantai di pantai-pantai yang indah.


Tidak kira jika anda melancong sendirian atau dalam bilangan yang ramai kerana terdapat banyak homestay yang menarik untuk anda tinggal di sini.


Jika anda tercari-cari homestay yang boleh dipercayai dan yang best di Penang, di sini kami beri senarai penuh 80 homestay terbaik di Penang yang menjanjikan keselesaan maksimum kepada anda! 


Homestay-homestay yang kami senaraikan di bawah mempunyai pelbagai kemudahan mengikut keperluan anda. Tidak kira sama ada anda mencari homestay yang mempunyai swimming pool, yang sesuai untuk reunion, yang mempunyai peralatan BBQ atau bermacam-macam lagi, anda boleh mencarinya di sini!  



Sumber: GIPHY

Mari kita lihat senarai penuh homestay terbaik di Penang untuk percutian anda seterusnya ke Pulau Mutiara ini!



Lebih penjimatan apabila anda menempah homestay menggunakan kod promo!




Jika anda mencari homestay yang lebih spesifik seperti homestay di Penang dengan swimming pool, homestay di Batu Ferringhi dan sebagainya, kami juga telah menyediakan beberapa artikel mengetengahkan senarai homestay spesifik di Penang mengikut kesesuaian anda.


Jom kita lihat artikel di bawah! 


Homestay Bajet Penang 

Homestay tak semestinya mahal. Malahan, jika ditimbang kira, lebih jimat duduk di homestay jika anda travel dengan keluarga atau dalam kumpulan. Lebih-lebih lagi pada zaman sekarang ini, sangat mudah untuk kita jumpa homestay yang menawarkan harga yang tak masuk akal, susah untuk berkata tidak! Lihat senarai di atas untuk memilih homestay murah di Penang


Penang Homestay Bungalow


Artikel ini dalam Bahasa Inggeris, tapi cukup membantu jika anda mencari homestay banglo di Penang. Di sini kami senaraikan homestay banglo di Penang yang sesuai untuk hari keluarga, majlis keluarga atau gathering dengan rakan-rakan. Harga pun berbaloi! 


11 Homestay Muslim di Penang


Masing-masing ada kemahuan tersendiri. Ada ramai Muslim yang lebih selesa untuk menginap di homestay Muslim. Jadi, kami juga telah menyenaraikan 11 homestay Muslim terbaik dan selesa di Penang untuk percutian anda bersama keluarga dan rakan-rakan. 


Penang Homestay with Swimming Pool

Zaman sekarang, jika anda ingin bercuti bersama keluarga lagi-lagi dengan kanak-kanak, mesti anda tertarik untuk memilih penginapan yang mempunyai swimming pool bukan? Artikel ini didatangkan dalam Bahasa Inggeris, tetapi tetap dapat membantu anda untuk memilih homestay di Penang dengan swimming pool


Homestay Penang Batu Ferringhi

Ramai yang melawat Penang tidak akan melepaskan peluang bercuti di Batu Ferringhi. Batu Ferringhi telah menarik jumlah pelancong yang besar saban tahun dengan pantainya yang cantik, street food dan bazar pakaian dan sebagainya. Artikel ini berkongsi dengan anda senarai homestay di Batu Ferringhi untuk pilihan penginapan anda.


Lihat juga:

Family Homestay Bayan Baru Penang

Homestay in Penang Island

Homestays Near Gurney Plaza

Search for accommodations

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

4.64 (22 VOTES)