Senarai Hotel di Kuantan Featured Image

Senarai Hotel di Kuantan

By [email protected] - Jan 18, 2019 (Last Updated Oct 28, 2020)

Kuantan merupakan bandar yang istimewa kerana lokasinya di pesisir pantai. Bayangkan sekarang diri anda berada di dalam Kuantan City Mall membeli-belah dengan rakan-rakan atau keluarga anda.  Kemudian anda minum petang di Teluk Cempedak sambil bersantai di tepi pantai. Seronok kan dengan suasana macam ni?  Tak perlu stress nak berjalan jauh dari bandar ke pantai. Santai-santai aje!



Anda tahu tak, selain daripada bersiar-siar di bandar Kuantan dan Pantai Teluk Cempedak, ada 3 restoran yang anda perlu cuba semasa di Kuantan.


Ana Ikan Bakar Petai

Image result for ana ikan bakar petai kuantan

Kredit gambar

Ana Ikan Bakar Petai merupakan salah satu restoran yang terkenal di Kuantan.  Restoran ini menyajikan  makanan laut yang segar mengikut resipi masakan tempatan dan ala thai. Sotong goreng tepungnya rangup dan bukanlah sotong goreng tepung yang ala cucur tu. Sambal petainya sedap kaw-kaw dan merupakan menu utama untuk dimakan bersama ikan bakar. Restoran ini terletak di Tanjung Lumpur, Kuantan dan dibuka untuk makan malam.


Jaman Tory Resepi

Image result for jaman tory resepi

Kredit gambar

Jaman Tory Resepi menawarkan menu-menu berasaskan ikan patin sebagai menu utama mereka. Pengunjung dan peminat restoran ini memberikan rekomendasi yang tinggi untuk orang ramai mencuba Patin Tempoyak Bakar, Patin Pais Tempoyak dan Patin Goreng. Menu lain yang disediakan kalau anda ada rakan atau ahli keluarga bukan peminat makanan laut ialah Juara Char Kuey Teow dan Nasi Goreng Ciss Terbakor. Restoran ini berkonsepkan kampong dan anda boleh rasai suasana kampong semasa anda makan di sini.


Warung Aja Selera Kampung 

Image result for warung aja selera kampung

Kredit gambar

Warung Aja Selera Kampung merupakan antara tempat makan terbaik di Kuantan. Dengan hidangan sebanyak lebih 80 lauk, anda tak perlu fikir lagi apa yang anda mahu makan untuk tengahari anda. Anda boleh datang ke sini dan pilih sahaja mana-mana lauk pilihan anda. Tapi, untuk lauk ikan puyu masak lemak cili api, anda perlu datang awal kerana ianya rebutan ramai. Hanya 15 hingga 20 ekor sahaja ikan puyu digoreng setiap hari. Lauk-lauk lain yang disediakan di sini adalah ikan patin masak petai tempoyak, ayam lemon, kambing bakar, pari stim asam mangga dan ikan pekasam. Lauk kampung seperti gula rebung dan gulai jantung pisang pun ada di sini.


Haa, dah rasa lapar dah ke bila tengok gambar-gambar makanan yang sedap ni? Rasa tak sabar pula nak datang ke Kuantan. Tunggu apa lagi, skroll ke bawah untuk senarai hotel di Kuantan untuk percutian anda di Kuantan nanti! 


MYR 30.00 /night

Mahukan harga tempahan yang lebih murah? Gunakan kod promosi kami!

Anda mahu lihat pilihan hotel dan homestay selain daripada senarai di atas? Klik pada gambar di bawah untuk penginapan terbaik untuk percutian anda di Kuantan.

Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

5 (2 VOTES)