13 Homestay Kuantan 2019 Featured Image

13 Homestay Kuantan 2019

By [email protected] - Jan 23, 2019 (Last Updated Mar 11, 2020)

Masih tercari-cari destinasi percutian bersama keluarga tersayang? Adakah Langkawi bermain-main di fikiran? Atau Melaka? Atau Penang? Apa kata jika kami cadangkan anda ke Kuantan. Tapi, apa yang seronok sangat di Kuantan ni? Ok mari kami jelaskan kenapa Kuantan seharusnya dijadikan destinasi anda seterusnya dan lihat senarai 13 homestay di Kuantan 2019 khas untuk anda!


Sedikit sebanyak info mengenai Kuantan, Kuantan merupakan ibu negeri Pahang yang rata-rata terdiri daripada 50% orang Melayu, 37% Cina, 10% India dan 1% kaum-kaum lain. Kuantan terletak berhampiran Sungai Kuantan dan ianya menghadap ke Laut China Selatan. Kuantan juga terletak berhampiran dengan pantai Teluk Cempedak, Batu Hitam dan Cherating. Kuantan juga merupakan jalan penghubung pengguna jalan raya untuk tiba ke Pantai Timur seperti Kota Bharu. Maka, jalannya sibuk menghubungkan pengguna jalan raya yang ingin menuju ke utara, selatan atau ke seluruh Semenanjung Malaysia. 


Ramai beranggapan Kuantan ini seperti bandar mati dan tidak banyak yang boleh dilakukan di sini. Silap besar jika anda beranggapan sebegitu! Terdapat banyak tempat menarik di Kuantan ini dan bandar ini mempunyai tarikannya yang tersendiri tau! Anda jangan lepaskan peluang untuk melihat perkampungan nelayan yang indah di Beserah, di mana anda dapat melihat sendiri kehidupan harian penduduk kampung dan para nelayan yang ke laut deras semata mencari rezeki. Soal keselamatan letak tepi dulu, asalkan perut anak bini beralas. Sungguh mengharukan ya bukan?


Seterusnya, jika anda lebih suka meneroka dan menghargai alam semula jadi, anda boleh melawat ke Gua Charas, atau singgah bermandi-manda air terjun yang menyegarkan di Air Terjun Sungai Pandan. Jika anda seorang yang gemarkan cabaran dan sukan lasak, habiskan masa anda di  Sungai Berkelah di mana anda boleh berkemah, bermain abseiling, hiking dan juga jungle trekking. Namun, diingatkan untuk anda sentiasa berhati-hati ya ketika bermandi-manda di Sungai Berkelah dan juga di Air Terjun Sungai Pandan.


Atau jika anda ingin mengetahui sejarah masa silam, anda boleh memeriksa memorabilia di Muzium Tokoh Negeri. Jangan lupa juga untuk singgah di Kuil Lao Zi atau Kuil Wan Fo Tien yang unik untuk menghargai seni bina yang unik dan menghargai budaya. Singgah sebentar untuk makan di pekan Kuantan. Anda boleh pilih hidangan Western atau Seafood, al maklumlah Kuantan terletak dekat dengan laut ye tak ye. Anda pastinya akan dihidangkan dengan hasil sumber laut yang segar dan enak ketika berada di Kuantan.


Sebenarnya ada banyak lagi tempat untuk diterokai di Kuantan dan banyak lagi aktiviti menarik yang anda boleh lakukan ketika berada di Kuantan! Jom tempah dulu destinasi dan 13 homestay Kuantan 2019 sebelum anda bercuti. Bak kata pepatah Melayu, sediakan payung sebelum hujan. Jom lihat senarai 13 homestay Kuantan 2019 yang anda boleh tempah di bawah ini sekarang!


Dapatkan promosi harga murah apabila menempah dengan kami sekarang!


Tak puas dengan senarai 13 Homestay Kuantan 2019 kami? Jangan risau, jom tekan pada gambar di atas untuk melihat senarai lengkap tempat penginapan di Kuantan. Kami juga ada menyenaraikan artikel di bawah yang kami dah senaraikan ikut kategori. Lihat di bawah ini ya!


5 Homestay Terbaik Di Teluk Cempedak, Kuantan



Alang-alang kita bercuti untuk beberapa hari di Kuantan, bolehlah kita menginap di Teluk Cempedak. Tak jauh sangat pun dari tempat-tempat menarik lain di Kuantan. Dekat bawah ni kami senaraikan 5 homestay di tepi Teluk Cempedak



5 Homestays With Swimming Pool In Kuantan



Artikel yang ditulis dalam Bahasa Inggeris ini menyenaraikan homestay dengan kolam renang di Kuantan. Tekan pada gambar di atas untuk melihat senarai 5 homestay terkemuka di Kuantan dengan kolam renang.

Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

4.14 (7 VOTES)