Senarai Hotel di Kota Kinabalu Featured Image

Senarai Hotel di Kota Kinabalu

Oct 18, 2018

Kota Kinabalu merupakan Ibu Negeri Sabah, Malaysia. Ia adalah bandar yang unik kerana dikelilingi dengan hutan hujan, di persisiran pantai dan kawasan pergunungan, iaitu Gunung Kinabalu, gunung yang tertinggi di Asia Tenggara. Terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan sama ada di kawasan perbandaran moden atau meneroka alam semula jadi dan hidupan liar. 

Kami telah menyeraikan hotel-hotel di Kota Kinbalu yang mesti anda menginap ketika melawat bandar yang indah ini.


Shangri-La's Tanjung Aru Resort & Spa

Shangri-La Hotel dan Resort adalah gabungan ideal resort berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan. Lokasinya berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Anda boleh menempah bilik berlatar belakangkan pemandangan laut atau pergunungan kerana menariknya, setiap bilik di hotel ini mempunyai balkoni persendirian. Sangat romantis untuk melihat matahari terbit atau terbenam bersama-sama pasangan, keluarga atau rakan-rakan.

Anda akan rambang mata dibuatnya kerana hotel ini mempunyai pelbagai jenis restoran yang menyediakan pelbagai juadah makanan berbeza. Selain itu, hotel ini mempunyai gim dan kolam renang. 

Lokasi:


Laman Web: Shangri-La's Tanjung Aru Resort & Spa


Hotel Sixty3

Hotel Sixty3 adalah sebuah hotel bertaraf lima bintang yang terletak betul-betul di tengah Pekan Kota Kinabalu, bersebelahan dengan Pasar Minggu Jalan Gaya dan di seberang jalan dari Lembaga Pelancongan Sabah.

Hotel ini menawarkan bilik-bilik yang luas dengan katil yang selesa, ruang mandi yang bersih, kemudahan yang moden, kakitangan yang ramah, simpanan bagasi 24 jam dan perkhidmatan penukaran mata wang asing.

Walaupun hotel ini tidak menyediakan sarapan percuma, namun, ia bukan alasan untuk anda untuk tidak mencuba makanan kegemaran warga tempatan. Banyak restoran di sekitar kawasan hotel, kedai kopi, cafe, pusat membeli-belah dan kedai serbaneka yang berhampiran.

Lokasi:


Laman Web: Hotel Sixty3


Le Méridien Kota Kinabalu

Sering mengimpikan untuk merasa kehidupan mewah? Kunjungi Hotel Le Méridien Kota Kinabalu untuk merasakan gaya hidup mewah dan bertaraf tinggi. Hotel ini menawarkan tempat letak kereta percuma, gim, kolam renang outdoor dengan pemandangan yang menakubkan, sauna dan restoran yang menyajikan masakan dari seluruh dunia. 

Hotel ini pastinya pilihan tepat untuk pelancong kerana mereka menawarkan jenis bilik dari Single kepada Suite. 

Terletak betul-betul bersebelahan Pasar Filipina yang terkenal, pasar malam dan pusat membeli-belah, shuttle bus percuma  di 1 Borneo disediakan untuk memudahkan pelancong untuk makan angin dan membeli-belah!

Lokasi:


Laman Web: Le Méridien Kota Kinabalu



Lebih suka untuk menginap di Homestay? Mari lihat senarai homestay kami sediakan ini. 

Hyatt Regency Kinabalu

Hotel ini adalah salah satu lagi hotel istimewa di tengah Kota Kinabalu yang menawarkan bilik cantik dengan kemudahan moden yang berlatar belakangkan pemandangan Laut China Selatan berserta dengan khidmat servis yang sangat hebat. Jarak dari hotel ini ke lapangan terbang hanya memakan masa 15 minit dengan memandu dan terdapat banyak tarikan pelancong di sekitar hotel.

Walaupun dari luar hotel ini kelihatan lama dan usang, namun, usah tertipu kerana sebaik saja anda menjejakkan kaki ke dalam, anda akan merasakan seolah-olah anda berada di tempat yang mewah. Staf di hotel ini akan memastikan semua keperluan anda dipenuhi.

Lokasi:


Laman Web: Hyatt Regency Kinabalu


The Jesselton Hotel

Hotel Jesselton adalah hotel yang telah dibaikpulih kerana ia merupakan hotel yang pertama dibuka sejak tahun 1954 lagi. Berkonsepkan hiasan kolonial dari zaman penjajahan British, anda akan dapati staf di sini mengenakan suit putih dan topi seperti anda dibawa kembali ke zaman tersebut. Hotel ini mungkin lama tetapi diselenggara dengan baik, bilik-biliknya sangat bersih, mempunyai hawa dingin, pancuran air panas disediakan, dan wifi yang pantas.

Anda perlu datang dan mencuba sendiri untuk merasai keselesaannya.

Lokasi:


Laman Web: The Jesselton Hotel

Search for accommodations

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

0 (0 VOTE)