Senarai Homestay di Kota Kinabalu Featured Image

Senarai Homestay di Kota Kinabalu

Oct 17, 2018

Jika anda pendaki, bila sebut je pasal Sabah mesti terus terfikir Gunung Kinabalu. Kalau suka menyelam dan snorkeling pula mesti terbayang pulau-pulau di Sabah yang cantik-cantik belaka dan tak tercemar. Tapi, bukan Gunung Kinabalu dan pulau-pulau cantik sahaja yang menjadi tarikan pelancong. Tahukah anda banyak tarikan lain di Sabah lagi-lagi di daerah Kota Kinabalu yang menyumbang kepada kerancakan ekonomi pelancongan Sabah saban tahun? 


Jika anda bercadang untuk melawat Kota Kinabalu, apa kata bertukar angin pula. Kalau dahulu asyik pilih hotel untuk penginapan, boleh cuba menginap di homestay pula kerana sebagai lokasi tumpuan pelancong, homestay di bandar ini tumbuh seperti cendawan. Bukan sahaja cantik-cantik, homestay-homestay ini juga akan memastikan penginapan anda sangat berbaloi. Di sini kami senaraikan 5 homestay yang patut anda cuba untuk trip anda ke Kota Kinabalu!


SSVC Deluxe Studio (2 Pax) @ IMAGO Shopping Mall

Nikmati keindahan bandar Kota Kinabalu dari balkoni anda apabila anda menginap di homestay ini. Bukan sahaja anda dapat menikmati pemandangan laut sambil melihat matahari terbenam, mall terkenal di Kota Kinabalu hanya beberapa langkah sahaja dari anda!

Terletak di tingkat atas IMAGO Shopping Mall, studio apartment ini mempunyai satu katil king, satu single bed (boleh ditambah), mesin basuh dan pengering dan juga ASTRO. Jika anda menginap di sini, anda juga akan mempunyai akses ke Eco Deck Garden yang terletaknya infinity pool, sauna dan juga jogging track

Alamat                      : The Loft A, Coastal Road, Imago Shopping Mall, KK Times Square
Harga                        : Dari RM265/malam
Bilangan Tetamu    : 2-3


 Tempah harga dari RM265! 


Borneo Homestay Murah by Sumandak Sabah

Borneo Homestay Murah terletak di Telipok, Kota Kinabalu, Sabah. Jika anda mencari tempat penginapan yang strategik, inilah tempatnya! Ia terletak di tengah-tengah tempat-tempat menarik untuk dilawati di Sabah seperti Gunung Kinabalu, Kundasang, Mengayau Kuday dan Sepilok Sandakan di mana anda boleh melawat pusat konservasi orang utan. 

Apartment ini mempunyai 2 bilik dan boleh memuatkan 5 tetamu. Lengkap dengan perabot dan peralatan lain, anda juga akan ada akses swimming pool. Antara aktiviti menarik berdekatan yang boleh dilakukan ialah paragliding di Kokol Hills, menunggang kuda di Shahbandar Tuaran Cowboy Town dan melawat Jambatan Tamparuli. 

Alamat                      : UUC Apartment, Lrg Kayu Madang Telipok,  Kota Kinabalu

Harga                        : Dari RM165/malam

Bilangan Tetamu    : 5


 Tempah harga dari RM165! 


D'Hartamas Guest House

Satu lagi homestay yang terletak di Telipok, Sabah. Jika tadi kami siarkan apartment di Telipok yang boleh memuatkan 5 tetamu, anda mungkin ingin menginap di sini kalau anda datang dalam group yang lebih besar. Homestay ini boleh memuatkan 16 tetamu dan mempunyai 3 bilik dan 2 bilik air. Lokasi yang sangat strategik, berdekatan dengan tempat-tempat menarik, luas, murah pulak tu! Memang terasa seperti berada di rumah sendiri. 

Alamat                      :  Jalan Telipok Lama,  Telipok, Kota Kinabalu, Sabah

Harga                        : Dari RM230/malam

Bilangan Tetamu    : 16






Best Villa Homestay Kepayan


Lagi homestay untuk yang datang dalam kumpulan! Best Villa Homestay Kepayan merupakan rumah teres dua tingkat terletak di Kepayan, Kota Kinabalu yang boleh memuatkan dalam 10 tetamu. Lengkap dengan perabot dan peralatan lain seperti TV, oven, air cond dan macam-macam lagi, homestay ini terletak berdekatan dengan lapangan terbang Kota Kinabalu dan hanya 15 minit ke bandar Kota Kinabalu dengan kereta. Jika anda melancong bersama keluarga, anda harus consider homestay ini untuk pilihan penginapan anda!

Alamat                      : Kepayan Low Cost Housing,  Kota Kinabalu, Sabah

Harga                        : Dari RM350/malam

Bilangan Tetamu    : 10





NE Service Apartment


Hanya 2 km dari lapangan terbang Kota Kinabalu, NE Service Apartment ialah pilihan terbaik jika anda datang bersama rakan. Boleh menempatkan sehingga 7 tetamu dan mempunyai 3 bilik dan 2 bilik air, apartmen ini juga mempunyai patio, swimming pool dan taman permainan. Hanya 6 km dari Filipino Market dan 4 km dari Imago Shopping Mall, anda pasti selesa jika menginap di apartment ini. 

Alamat                      : Lido Four Season Residence, Taman Sri Juta, Kota Kinabalu

Harga                        : Dari RM220/malam

Bilangan Tetamu    : 7


 Tempah harga dari RM220! 

Rate this post

3.67 (3 VOTES)