Hotel Yang Best di Kota Kinabalu Featured Image

Hotel Yang Best di Kota Kinabalu

Oct 08, 2018

Inginkan pengalaman bercuti yang best? Hotel yang anda diami haruslah cari yang best! Banyak juga hotel atau resort yang boleh anda tinggal ketika melancong ke Kota Kinabalu, Sabah yang terkenal dengan pulau-pulau, gunung, pantai dan pasar. 

Mungkin juga tujuan anda ke Kota Kinabalu, Sabah ialah untuk menguruskan hal ehwal kerja ataupun melawat kawan-kawan dan keluarga yang berada di situ. Tetapi tempat bermalam haruslah cari yang best untuk memberi ganjaran kepada diri sendiri setelah lama berpenat.



Pacific Sutera Hotel

Terbahagi kepada dua bahagian, hotel ini sebenarnya sebahagian daripada resort Sutera Harbour yang merupakan salah satu resort pilihan untuk penggemar sukan golf di Kota Kinabalu. Hotel bertaraf 5-bintang ini mempunyai 500 bilik yang dihiasi dengan perabot dan keperluan peribadi yang mewah. Tetamu juga dapat menikmati fasiliti seperti kolam renan yang dilengkapi slide khas untuk kanak-kanak, gim dan beberapa tempat hiburan untuk keluarga.

Lokasi: 


Laman web: Pacific Sutera Hotel



Shangri-La Tanjung Aru

Hotel ini adalah satu lagi rangkaian hotel Shangri-La di Kota Kinabalu. Tidak seperti Shangri-La Rasa Ria, Shangri-La Tanjung Aru terletak berdekatan dengan bandar iaitu hanya lebih kurang 10 minit dari pusat bandar Kota Kinabalu. Disebabkan lokasinya yang tidak jauh dari bandar Kota Kinabalu, para tetamu hotel ini boleh jalan-jalan cari makan sekitar hotel.

Lokasi:


Laman Web: Shangri-La Tanjung Aru Resort & Spa



Hyatt Regency Kinabalu


Hotel bertaraf 5-bintang ini menawarkan tempat penginapan yang mewah dan pilihan masakan tempatan dan antarabangsa Anda pasti akan terpegun dengan pemandangan pulau-pulau Taman Negara Tunku Abdul Rahman dan laut China Selatan dari bilik anda. Terminal Feri Jesselton terletak tidak jauh dari Hyatt Regency Hotel malah para tetamu boleh ke sana dengan berjalan kaki.

Lokasi:


Laman Web: Hyatt Regency Kinabalu



Hotel Sixty3

Digelar "Lokasi Terbaik di Kota Kinabalu", Hotel Sixty3 terletak di Jalan Gaya di mana Pasar Gaya Kota Kinabalu terletak sepanjang jalan. Pusat membeli-belah, gerai-gerai makan dan Jeti Jesselton terdapat berdekatan dengan hotel ini. Dilengkapi dengan kemudahan asas, hotel ini menjadi pilihan ramai kerana harganya yang berpatutan dan terletak di lokasi yang strategik.

Lokasi:


Laman Web: Hotel Sixty3



Apakah pengalaman bercuti anda yang paling best?


Hotel Eden54

Antara hotel yang mendapat pengiktirafan yang tinggi, hotel Eden54 merupakan hotel yang kelihatan mewah dengan harga yang berpatutan. Setiap bilik telah dihiasi perabot moden yang kelihatan mewah supaya para tetamu dapat merasai pengalaman yang mewah dengan harga yang berpatutan. Di sini kami mengesyorkan anda mendapatkan bilik yang mempunyai tingkap untuk merasai pemandangan yang cantik dari bilik anda.

Lokasi: 


Laman Web: Hotel Eden54



Hotel Le Meridien

Terletak bertentangan jalan dengan Pasar Filipina, para tetamu Hotel Le Meridien berpeluang melihat permandangan Laut China Selatan dari bilik. Hotel bertaraf 5-bintang  ini dilengkapi dengan fasiliti seperti spa,kolam renang, restoran dan bilik majlis. Kami mengesyorkan perkhidmatan spa di hotel ini untuk tetamu yang ingin merehatkan minda dan badan yang letih setelah lama bekerja.

Lokasi:


Laman Web: Le Meridien Kota Kinabalu


Rate this post

5 (1 VOTES)