Hotel di Kota Kinabalu Dekat Pasar Filipina Featured Image

Hotel di Kota Kinabalu Dekat Pasar Filipina

Sep 27, 2018

Terdapat pelbagai hotel atau tempat penginapan yang dekat dengan Pasar Malam Filipina,KK Sabah dengan harga serendah RM90! 

Pasar Malam Filipina ini terletak di bandar Kota Kinabalu,Sabah berhadapan laut dan terletak di sepanjang jalan ke Jeti Jesselton, Kota Kinabalu. Pasar Filipina ini terkenal dengan mutiara. Kira tidak sahlah melawat Kota Kinabalu kalau tak beli seutas dua rantai atau gelang yang diperbuat mutiara itu. Tetapi berhati-hatilah semasa membeli kerana terdapat banyak mutiara tiruan di pasaran. Tips untuk memilih mutiara terdapat di bawah artikel.

Hotel yang terletak bertentangan jalan dengan Pasar Filipina ini ialah Hotel Le Meridian dan Hotel Promenade Kota Kinabalu. Di sini kami syorkan beberapa hotel yang terletak berdekatan dengan pasar malam ni.

Hotel Le Meridien


(Kredit: Hotel Le Meridien)


Terletak bertentangan jalan dengan Pasar Filipina, para tetamu Hotel Le Meridien berpeluang melihat permandangan Laut China Selatan dari bilik. Selain itu, hotel ini juga dilengkapi dengan fasiliti seperti kolam renang, restoran dan bilik majlis.


Lokasi:  Jalan Tun Fuad Stephen, Sinsuran Kompleks, 88000 Kota Kinabalu, Sabah

Harga: dari RM582/bilik

Laman web:​ Hotel Le Meridien



Hotel Promenade


(Kredit: Hotel Promenade Kota Kinabalu)


Hotel Promenade Kota Kinabalu juga merupakan antara hotel yang berhampiran dengan Pasar Filipina. Jarak perjalanan kaki dari Hotel Promenade Kota Kinabalu ke Pasar Filipina hanyalah 10 minit. Hotel ini dilengkapi dengan keperluan asas dan kemudahan seperti kolam renang, pusat gymnasium dan spa.


Lokasi:  No. 4 Lorong Api-api3, 88000 Kota Kinabalu

Harga: dari RM450/bilik

Laman web:​ Hotel Promenade



Hotel The Klagan


(Kredit: The Klagan Hotel)


Hotel The Klagan ini terletak di pusat bandaraya Kota Kinabalu, jarak jalan kaki dari hotel ini ke pasar Filipina hanyalah 100 meter. Selain itu, The Klagan juga dilengkapi dengan 296 bilik tetamu, restoran dan ruang pelbagai fungsi. Tempat yang strategik ini merupakan pilihan ramai pengunjung yang tidak mempunyai kenderaan.


Lokasi:  Unit 25-28, Ground Floor, Block D, Warisan Square, 88000 Kota Kinabalu, Sabah

Harga: dari RM240/bilik

Laman web:​ Hotel The Klagan


Tips untuk membeli mutiara terdapat di siniiii !

Iskandar Hotel


(Kredit: Iskandar Hotel)

Dengan harga serendah RM90, Iskandar Hotel juga terletak di pusat bandaraya Kota Kinabalu, perjalanan ke Pasar Filipina pula hanya mengambil masa 10 minit. Secara tidak langsung hotel ini menjadi pilihan para pengunjung yang ingin mencari tempat penginapan yang murah dan pada masa yang sama lokasi yang strategik. Setiap bilik dilengkapi dengan WiFi dan TV.


Lokasi:  Lorong Perpaduan 1, Kampung Air, 88000 Kota Kinabalu, Sabah

Harga: dari RM90/bilik

Laman web : Iskandar Hotel

Rate this post

0 (0 VOTE)