75 Homestay Murah dan Best di Kota Kinabalu Featured Image

75 Homestay Murah dan Best di Kota Kinabalu

Nov 16, 2018

Kota Kinabalu merupakan ibu kota negeri Sabah dan telah menerima status bandar rasmi daripada Kerajaan Malaysia pada 2 Februari 2000. Seperti bandar-bandar lain di dunia, Kota Kinabalu merupakan sebuah tempat yang bersejarah.


Sebenarnya, pada keakhiran perang dunia kedua sekitar tahun 1945, bandar Kota Kinabalu dimusnahkan oleh pengeboman yang hanya meninggalkan bandar tersebut dengan tiga bangunan. Bukan sahaja itu, Kota Kinabalu mempunyai sejarah sehingga abad kelima belas jadi asal usul dan identiti Kota Kinabalu sebagai tempat bersejarah memang tidak kurang hebatnya!


             


Selain daripada aspek sejarah, terdapat juga banyak sebab yang menyumbang kepada kejayaan bandar ini dalam menyistiharkan namanya sebagai antara destinasi pelancongan yang paling terkenal di Malaysia. Antara destinasi di Kota Kinabalu yang sering disebut apabila topik pelancong di Kota kinabalu dibincang adalah Kokol Hill, Marine Museum, Pantai Tanjung Aru, Filipino Market, Tambunan Rafflesia Reserve dan sebagainya. Walau bagaimanapun, apabila anda berada di tempat ini, terdapat banyak lagi yang patut anda melawati!


Yang paling penting, makanan! siapa yang ingin melancong ke sesuatu tempat yang menjual makanan yang tidak disukainya? Contohnya, seorang yang tidak menyukai/alergi kepada makanan laut tentu akan cuba mengelakkan daripada melancong ke tempat yang majoritinya menjual makanan laut.


Usah risau, makanan tempatan di Kota Kinabalu memang sedap-sedap belaka dan mempunyai pelbagai pilihan. Sebagai info tambahan, makanan halal di Kota Kinabalu juga senang dicari. Faktor makanan menjadi begitu penting kerana makanan bukan lagi untuk isi perut sahaja tetapi telah menjadi satu cara komunikasi antara warga tempatan dengan pelancong melalui makanan. Anda mesti cuba sendiri untuk merasainya!


             


Banyak lagi sebab-sebab untuk melancong ke Kota Kinabalu tetapi itu bukan tujuan blog ini jadi tanpa membazir masa anda untuk membaca isi hati dan semangat mencintai negara saya yang berkobar-kobar, marilah kita lihat SENARAI PENUH 75 HOMESTAY DI KOTA KINABALU.


            







Jika anda inginkan inspirasi untuk lokasi tertentu di Kota Kinabalu, bolehlah baca artikel-artikel di bawah. Pasti akan dapat idea untuk percutian ke Kota Kinabalu


Homestay Muslim di Kota Kinabalu


Sebagai pelancong Muslim, memilih tempat penginapan yang mesra-Muslim sudah semestinya menjadi satu kemestian. Jika anda ingin melancong ke Kota Kinabalu, tidak perlu risau kerana terdapat banyak rumah penginapan yang terbaik, selesa dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan ekslusif untuk pelancong Muslim. Di sini kami senaraikan homestay di Kota Kinabalu khusus untuk pelanggan Muslim yang sesuai dijadikan penginapan untuk anda sekeluarga!


11 Trendiest Budget Homestay in Kota Kinabalu


Jangan disangka homestay murah bermakna tidak cantik ataupun selesa. Dalam artikel ini kami senaraikan 11 homestay yang trendy tetapi pada harga yang berpatutan. Jimat dari aspek penginapan untuk belanja lebih dalam hiburan/makanan lain supaya dapat kenangan manis dalam pelancongan ke Kota Kinabalu.

Homestay Near UMS Kota Kinabalu



Artikel ini pula ditujukan kepada yang ingin melawat ke Universiti Malaysia Sabah terutamanya ibu-bapa kepada pelajar UMS. Universiti ini secara mengejutkan juga mempunyai tarikan pelancong termasuk sebuah muzium. Memang jarang mendengar sebuah universiti yang mempunyai muziumnya sendiri! Singgahlah di universiti ini jika mempunyai masa lapang semasa pelancongan ke Kota Kinabalu.


Dengan itu, akhirlah blog post ini berkenaan Kota Kinabalu yang panjang lebar. Harap artikel ini dapat membantu anda dalam perancangan pelancongan ke Kota Kinabalu, Terima kasih a

                

Search for accommodations

Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

5 (1 VOTES)