Hotel di Kota Kinabalu
Di bahagian timur Malaysia terletaknya dua buah negeri di Pulau Borneo iaitu Sabah dan Sarawak. Di rantau utara pulau pula terletaknya negeri Sabah, rumah kepada kira-kira 3.54 juta penduduk. Sementara itu, Kota Kinabalu pula merupakan ibu negeri Sabah dan sebuah destinasi pelancongan yang sangat terkenal kepada penduduk tempatan serta warga asing. Persoalannya, apakah yang menjadikan Kota Kinabalu satu tarikan pelancong ?
Kota Kinabalu adalah sebuah bandar menghadapi pantai dan juga dikelilingi hutan hujan tropika yang terkenal dengan pasarnya yang meriah, pantai yang indah dan juga Taman Negara kinabalu yang di mana Gunung Kinabalu berada. Terdapat banyak aktiviti yang menakjubkan untuk dilakukan seperti menyelam, menikmati hidupan liar, mendaki Gunung Kinabalu dan lain lain.
Di sini disenaraikan hotel murah di Kota Kinabalu untuk menolong anda memilih tempat penginapan apabila melawati bandar yang menarik ini.
Zoku Lifestyle Hostel
Zoku Lifestyle Hostel terletak di bandar Kota Kinabalu ataupun 10-15 minit jarak memandu daripada lapangan terbang. Lokasinya adalah amat dekat dengan Pantai Tanjung Aru, Philippines Market, Jesselton Point, dan pusat membeli-belah terbesar di Kota Kinabalu. Hostel ini juga mengetengahkan konsep mengenal kawan baru dengan menempatkan ruang awam di mana tetamu boleh berkenalan sesama yang lain dan mungkin juga melawati Kota Kinabalu bersama.
Alamat : KK Times Square, Off Coastal Highway, 88100 Kota Kinabalu, Sabah
Harga : Dari RM 40/malam
Untuk maklumat lanjut tentang penginapan ini, sila klik di bawah.
Hotel Five 2
Kredit foto: Hotel Five 2
Hotel Five 2 adalah sebuah hotel 3-bintang di Kota Kinabalu yang berada lebih kurang 1km daripada Karamunsing Capital dan 5km daripada bandar raya Kota Kinabalu. Hotel ini menawarkan sebanyak 20 bilik dilengkapi dengan peti keselematan, televisyen, sistem stereo dan Wi-Fi. Setiap bilik juga mempunyai tandas dan pengering rambut masing-masing. Untuk maklumat lanjut tentang hotel ini, sila layari laman web rasmi mereka.
Alamat : Lorong Sentosa 1, Jalan Merdeka Kampong Air, 88000, Kota Kinabalu, Malaysia
Laman web : Hotel Five 2 Kota Kinabalu
1City Hotel
Kredit foto: 1 City Hotel
1 City Hotel adalah sebuah hotel butik terletak di tengah-tengah bandar Kota Kinabalu dengan 42 bilik dilengkapi dan dihias dengan reka bentuk kayu semula jadi dan kemudahan moden untuk memberikan pengalaman yang baik semasa penginapan di hotel ini. Tambahan pula, hotel ini berada di dalam jarak berjalan kaki ke pusat membeli-belah yang ternama, bank dan kedai makanan tempatan yang terkenal.
Alamat : Block B, Ground Floor, Segama Complex, 88000 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.
Laman web : 1 City Hotel Kota Kinabalu
MYR 220.00 /night
MYR 260.00 /night
MYR 350.00 /night
Bercuti tak semestinya mahal. Guna kod promo kami untuk percutian anda seterusnya untuk lebih penjimatan. Klik di sini untuk mendapatkan promo terbaru.
MYR 450.00 /night
kredit foto: Dreamtel Kota Kinabalu
Dreamtel Kota Kinabalu juga terletak di tengah-tengah kawasan pusat bandaraya dan kawasan bersejarah, berhampiran dengan restoran makanan, pusat membeli-belah Centre Point serta bank-bank utama dan kompleks komersial lain di sekitar kawasan ini.
Hanya 20 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, hotel 160 bilik ini direka gaya elegan dengan bilik-bilik yang serba lengkap untuk para pelancong. Harga bermula dari RM165 sahaja!
Alamat : 5 Jalan Padang, 88000 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Laman web : Dreamtel Kota Kinabalu
Kredit foto: Hotel Eden54
Hotel Eden54 terletak di Jalan Gaya, salah satu pusat bandar bersejarah di Kota Kinabalu yang merupakan peninggalan Perang Dunia II di Borneo Utara. Walaupun sejarahnya telah berlalu, bandar ini memancarkan suasana ceria dan mesra dengan penduduk setempat yang ramah dari semua lapisan masyarakat. Hotel ini hanya selangkah kaki keluar untuk ke kawasan beli-belah dan tempat yang ideal untuk para peniaga atau pedagang.
Menginap di Hotel Eden54, anda boleh mengharapkan untuk tidur selesa dengan reka bentuknya dan bilik yang kemas, sudah tentu bersesuaian dengan bajet. Harga bermula dari RM99 sahaja!
Alamat : 54 Jalan Gaya, 88000 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.
Laman web : Hotel Eden54