Hotel Bajet Kota Kinabalu Featured Image

Hotel Bajet Kota Kinabalu

Oct 19, 2018

Kota Kinabalu merupakan Ibu Negeri Sabah, Malaysia. Ia adalah bandar yang unik kerana dikelilingi dengan hutan hujan, di persisiran pantai dan kawasan pergunungan, iaitu Gunung Kinabalu, gunung yang tertinggi di Asia Tenggara. Terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan sama ada di kawasan perbandaran moden atau meneroka alam semula jadi dan hidupan liar. 

Tidak perlu risau tentang bajet yang perlu anda keluarkan, di bawah ini kami ada senaraikan hotel bajet kategori mampu milik yang boleh membantu anda. 


Mandarin Hotel



Mandarin Hotel merupakan hotel yang bertaraf 2-bintang menawarkan penginapan yang selesa untuk menginap di Kota Kinabalu. Taman Tunku Abdul Rahman terletak kira-kira 25 minit berjalan kaki dan jarak ke pusat bandar Kota Kinabalu adalah 5 km. Ia mempunyai 81 bilik tetamu dilengkapi dengan kemudahan internet percuma, TV, bilik berhawa dingin, dan peti keselamatan peribadi. 

Terdapat juga bilik mandi en suite yang dilengkapi dengan pancuran mandian dan pengering rambut . Mandarin Hotel juga turut menawarkan perkhidmatan kereta sewa. Harga bermula dari RM141 sahaja!


Lokasi:

Laman Web: Mandarin Hotel


Switz Paradise Hotel


Switz Paradise Hotel terletak di tengah-tengah pusat bandar Kota Kinabalu. Ia merupakan penginapan bajet yang paling hampir dengan Daerah Perniagaan Pusat dan terletak betul-betul di dalam Pusat Membeli-belah Star City, bertentangan dengan Pusat Membeli-belah Centre Point Sabah dalam masa 2 minit berjalan kaki.

Dengan 68 bilik tetamu yang direka khas, Switz Paradise Hotel merupakan salah satu pilihan utama bagi pelancong yang melawat Kota Kinabalu, Sabah sama ada kerana hal perniagaan mahupun bercuti. Harga bermula dari RM79 sahaja!


Lokasi:

Laman Web: Switz Paradise Hotel


Dreamtel Kota Kinabalu



Dreamtel Kota Kinabalu juga terletak di tengah-tengah kawasan pusat bandaraya dan kawasan bersejarah, berhampiran dengan restoran makanan, pusat membeli-belah Centre Point serta bank-bank utama dan kompleks komersial lain di sekitar kawasan ini.

Hanya 20 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, hotel 160 bilik ini direka gaya elegan dengan bilik-bilik yang serba lengkap untuk para pelancong. Harga bermula dari RM165 sahaja!


Lokasi: 

Laman Web: Dreamtel Kota Kinabalu


Hotel Eden54


Hotel Eden54 terletak di Jalan Gaya, salah satu pusat bandar bersejarah di Kota Kinabalu yang merupakan peninggalan Perang Dunia II di Borneo Utara. Walaupun sejarahnya telah berlalu, bandar ini memancarkan suasana ceria dan mesra dengan penduduk setempat yang ramah dari semua lapisan masyarakat. Hotel ini hanya selangkah kaki keluar untuk ke kawasan beli-belah dan tempat yang ideal untuk para peniaga atau pedagang.

Menginap di Hotel Eden54, anda boleh mengharapkan untuk tidur selesa dengan reka bentuknya dan bilik yang kemas, sudah tentu bersesuaian dengan bajet. Harga bermula dari RM99 sahaja!

Lokasi: 

Laman Web: Hotel Eden54 

Rate this post

0 (0 VOTE)