Hotel Port Dickson Murah Bawah RM250 Featured Image

Hotel Port Dickson Murah Bawah RM250

By [email protected] - Jan 16, 2019 (Last Updated Jan 17, 2019)

Jika bercakap mengenai hotel di Port Dickson, pasti akan ada yang duduk terdiam dan buat kira-kira entah cukup ke tidak budget nak menginap di hotel ni!



Eh, jangan sampai macam tu sekali! Kami faham dengan keadaan ekonomi masa kini yang tak menentu, pastinya anda kena mengikat perut semata-mata untuk nak bercuti dan berehat. Apa kata kalau kami senaraikan hotel Port Dickson yang murah bawah RM250. Tapi, jangan sangka murah tu tak berkualiti dan buruk tau. Kami dah senarai pendek kan hotel di Port Dickson yang terbaik dan murah khas untuk anda. 


Tapi, sebelum tu, apa yang menarik sangat Port Dickson ni ya? Salah satu sebab kukuh kenapa anda perlu bercuti di Port Dickson adalah lokasinya yang strategik kerana ia terletak di antara Kuala Lumpur dan Melaka. Jika anda penat bekerja di Ibu Kota, boleh lari sekejap pada hujung minggu ke Port Dickson. Kalau boss murah hati dan approve cuti anda, boleh la jalan jauh sikit ke Melaka kan?



Untuk pengetahuan anda, Port Dickson mempunyai beberapa pantai popular yang harus anda kunjungi. Antaranya adalah Teluk Kemang, Blue Lagoon, Bagan Pinang dan lain-lain. Tapi, Port Dickson bukan sahaja menjanjikan pantai tau, anda boleh melawat beberapa kawasan tarikan di sini. Antara kawasan tarikan yang perlu anda kunjungi di Port Dickson adalah Wan Loong Temple, PD Waterfront, Army Museum, PD Ostrich Farm, Kota Lukut, Alive 3D Art Gallery, Wild West Cowboy dan banyak lagi! Jika anda lapar, singgah sebentar untuk makan makanan seafood yang sedap dan yang penting sekali halal.


Setelah seharian suntuk bermandi-manda di laut dan melawat kawasan tarikan di Port Dickson, jom lihat senarai hotel Port Dickson yang murah bawah RM250 di bawah ini. Murah sangat sampai anda boleh terus tempah dan bayar untuk menikmati percutian di Port Dickson yang selesa dan gembira.

Psst, nak dapatkan penjimatan dengan lebih murah lagi tak? Klik sini cepat!



Rasa tak puas dengan senarai hotel murah di Port Dickson di atas? Jangan risau, anda boleh klik pada gambar di atas ini untuk melihat senarai lengkap penginapan yang kami sediakan di Port Dickson khas untuk anda. Jangan fikir lama-lama, jom pergi bercuti di Port Dickson sekarang!

Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

3.67 (3 VOTES)