14 Homestay Port Dickson Yang Murah Featured Image

14 Homestay Port Dickson Yang Murah

By [email protected] - Dec 21, 2018 (Last Updated Nov 04, 2019)

Sedang mencari destinasi percutian bajet di Malaysia? Apa kata jika kami syorkan Port Dickson, lebih-lebih lagi homestay yang ditawarkan di Port Dickson murah belaka. Port Dickson, atau PD ialah sebuah bandar pantai peranginan yang terkenal terletak di Negeri Sembilan. Ia terletak di tepi pinggir laut, berperanan sebagai pelabuhan untuk import dan eksport minyak, bijih timah, arang dan lain-lain keperluan. Sebelum kami paparkan senarai homestay Port Dickson murah, jom kita singkap sedikit sebanyak mengenai sejarah Port Dickson. Bertambah la sedikit pengetahuan am anda, ya bukan?



Sebenarnya, Port Dickson mendapat nama dari Sir John Frederick Dickson, seorang pegawai British pada zaman penjajahan British. Sebelum tempat ini dibangunkan dan dimajukan ianya dikenali dengan nama Tanjung atau Tanjung Tin oleh orang Melayu tempatan kerana muka bumi pantainya berbentuk tanjung kecil yang membolehkan kapal-kapal berlabuh. Orang Cina dan India tempatan pula menamakan tempat ini sebagai Alang atau Arang kerana berhampiran dengan teluk tersebut terletak sebuah pulau yang terkenal dengan pengeluaran arang. 


Pantai Port Dickson adalah sebuah destinasi yang sangat sesuai untuk percutian bersama keluarga atau kawan-kawan. Ia terdapat pelbagai aktiviti menarik seperti menaiki bot laju, snorkeling, bermandi-manda, menunggang kuda dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, bandar ini juga tidak kurang dengan tarikan menarik yang lain seperti peninggalan-peninggalan bersejarah, akuarium, kampung nelayan dan hutan simpan. 


Seharian menghadap pantai dan pasir bosan juga kan, jadi apa kata jika anda singgah ke Rumah Api Cape Rachado Port Dickson. Rumah api Tanjung Tuan ini dibina pada tahun 1528 dan merupakan rumah api paling tua di Malaysia. Untuk pengetahuan anda, rumah api ini sebenarnya ditutup untuk orang awam. Namun, apa yang menyebabkan masih ramai pengunjung yang masih melawat rumah api ini adalah kerana ramai tidak mahu melepaskan peluang melihat pemandangan sekitar PD yang sungguh cantik dan mengasyikkan. Terutamanya pada matahari terbenam. Fuh, romantis sungguh. Tapi, perlu diingatkan, bukan orang sembarangan yang boleh tiba ke rumah api ini. Anda perlu meredah hutan dara, yang dianggarkan dalam masa 20 minit untuk tiba ke sini. Kalau anda tidak larat, tak usahlah singgah ke sini, apa kata anda ke PD Ostrich Farm?


Anda boleh menghabiskan masa di Ladang Burung Unta atau burung kasuari di Port Dickson. Ladang ini agak popular dikalangan pelancong namun, awas. Sekiranya anda tidak boleh tahan dengan bau busuk, mungkin tempat ini tidak sesuai dengan anda. Tapi, jangan mudah mengalah. Di PD Ostrich Farm ini anda boleh berjinak dan beramah mesra di mini petting zoo bersama burung kasuari, kambing dan ayam. Selain itu, anda juga dapat bermanja dengan arnab, unta, keldai dan kuda yang jinak. Jikalau anda seorang yang ekstrim dan ingin melakar memori sekali dalam seumur hidup, anda boleh menunggang burung unta ini. Tapi, kalau anda tidak gemar pada haiwan, jangan risau, di tempat ini juga ada disediakan ATV yang anda boleh pandu. Kalau anda nak tahu, sebenarnya tempat ini popular di kalangan syarikat-syarikat yang nak melakukan program Team Building. 


Untuk penggemar swafoto pula, anda boleh menangkap gambar sebanyak mungkin di Alive 3D Art Gallery dan Rumah Terbalik PD. Alive 3D Art Gallery ini konsepnya tidak lari dari mana-mana 3D Art Gallery di Malaysia. Bangunan 3 tingkat Alive 3D Art Gallery ini dipenuhi dengan 50 gambar 3D. Namun, perlu diingatkan, anda perlu menanggalkan kasut dan disimpan di dalam loker ketika anda ingin berkunjung ke Alive 3D Art Gallery. Rumah Terbalik PD pula merupakan rumah dua tingkat yang memaparkan susun atur perabot terbalik. Pasti anda dan keluarga anda akan ketawa berdekah-dekah sambil berposing dengan gaya terbalik. Mana taknya kalau anda atau ahli keluarga anda berposing dengan kepala dalam mangkuk tandas, Rumah Terbalik PD pasti akan meninggalkan kenangan indah buat anda dan keluarga.


Tak sangka banyak juga ya tempat dan tarikan menarik di PD yang anda boleh kunjungi? Pastinya anda keletihan setelah seharian berjalan-jalan dan melawat tarikan di PD. Seperti yang kami dah janjikan, jom lihat senarai homestay murah di Port Dickson. Jangan risau, walaupun murah, homestay-homestay ini sangat selesa dan bersih tau. Jom lihat senarai di bawah ini!



Nak dapatkan promosi homestay di PD dengan harga lagi murah? Klik sini untuk mendapatkannya!


Selain daripada homestay di atas, terdapat banyak tempat penginapan di Port Dickson! Klik imej di bawah untuk melihat senarai penuh tempat penginapan di Port Dickson.



Selain itu, jom lihat senarai penginapan kami di Port Dickson mengikut kategori yang digemari dan paling dicari oleh pelancong ke Port Dickson:


20 Homestay Berdekatan Pantai Port Dickson


Jika anda ingin ke Port Dickson untuk bercuti dan mencari penginapan yang selesa, di artikel ini kami sertakan senarai homestay Port Dickson berdekatan pantai beserta dengan harga. Boleh lah anda menyemak senarai di bawah dan pilih yang mana berkenan di hati. Namun, anda juga perlu cepat-cepat buat keputusan dan tempah lebih awal sebelum penginapan yang anda pilih ditempah orang lain!


14 Best Port Dickson Homestay With Swimming Pool

Ya, kami faham Port Dickson ini sinonim dengan pantainya. Tapi, jangan terkejut yang sebenarnya homestay dengan kolam renang di PD mendapat banyak sambutan hangat di kalangan pelancong luar negara dan tempatan tau! Artikel ini ditulis dalam Bahasa Inggeris, menyenaraikan homestay-homestay di PD beserta kolam renang. Klik terus pada gambar di atas untuk ke artikel penuh.


Villa Di Port Dickson


Kalau anda nak feeling-feeling macam di Bali, Indonesia, tempahlah villa di Port Dickson. Dalam artikel di atas, kami senaraikan villa-villa menarik di Port Dickson dengan kolam renang yang sesuai untuk anda dan keluarga anda untuk mengadakan Hari Keluarga, BBQ dan Team Building. Klik pada gambar di atas untuk terus membaca artikel.



Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

4.48 (21 VOTES)