5 Hotel Terbaik Port Dickson Tepi Pantai Featured Image

5 Hotel Terbaik Port Dickson Tepi Pantai

Jan 15, 2019

Sedang mencari 5 hotel terbaik di Port Dickson di tepi pantai? Memang tidak dinafikan Port Dickson merupakan destinasi popular terutamanya untuk warga Ibu Kota Kuala Lumpur kerana Port Dickson merupakan destinasi percutian di tepi pantai yang paling hampir. Port Dickson adalah percutian yang ideal untuk mereka yang berseorangan, berbulan madu atau untuk seisi keluarga.


Port Dickson pada suatu ketika dahulu merupakan pekan kecil yang menghasilkan arang yang kini telah berkembang pesat menjadi lokasi destinasi yang wajib anda kunjungi tidak kira pada hujung minggu atau pada musim cuti sekolah. Untuk pengetahuan anda, pantai Port Dickson direkodkan sepanjang 18 km bermula dari Pantai Tanjung Tuan ke Pasir Panjang. Antara pantai di Port Dickson popular selain dari Teluk Kemang adalah Blue Lagoon dan Cape Rachado.


Antara aktiviti air yang anda boleh lakukan di pantai Port Dickson adalah seperti berenang, menaiki banana boat, menunggang jet ski, menunggang kuda di tepi pantai dan banyak lagi. Dan lebih menyenangkan jika hotel anda terletak di tepi pantai. Senang untuk anda nak turun naik dari pantai ke bilik hotel kan. Lebih-lebih lagi jika anda perlu nak menukar pakaian renang atau perlu ke tandas. Anda boleh naik atas terus ke bilik hotel anda. Lebih mudah dan selesa.



Di bawah ini kami dah senaraikan 5 homestay terbaik Port Dickson yang terletak di tepi pantai. Jom lihat sama-sama dan tempah segera!


1. Hotel Seri Malaysia Port Dickson

Hotel Seri Malaysia Port Dickson terletak di Batu 4 Port Dickson yang melihatkan Selat Melaka. Antara kawasan tarikan yang hampir dengan Hotel Seri Malaysia Port Dickson ini adalah Pantai Bagan Pinang, Pantai Batu 4, Muzium Tentera dan pasar malam yang beroperasi setiap malam Sabtu.


Alamat: PT 49, Jalan Pantai Batu 4, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

Harga: Bermula dari RM140/malam


Tempah Sekarang


2. Glory Beach Resort, Port Dickson

Glory Beach Resort Port Dickson ini terletak di Pantai Tg Gemok, iaitu pantai yang paling hampir di persisiran Port Dickson. Glory Beach Resort ini mengadaptasi stail servis apartment, jadi anda akan berasa selesa dan mendapat privasi penuh sekiranya anda datang dalam bilangan tetamu yang ramai atau bersama keluarga. Glory Beach Resort menawarkan tiga jenis apartment iaitu 2 bedroom apartment, 3 bedroom apartment dan 3 bedroom apartment menghadap laut.


Alamat: Batu 2, Jalan Seremban, Tanjung Gemuk, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan

Harga: Bermula RM230/malam


Tempah Sekarang



3. Port Dickson Regency Beach Resort

The Regency Beach Resort terletak betul-betul di tepi pantai Port Dickson dan merupakan salah satu resort condo yang terbaik di sekitar Port Dickson. The Regency Beach Resort juga berhampiran dengan kawasan tarikan di Port Dickson seperti PD Ostrich Farm, Litar Go-Kart, Pasaraya, kedai-kedai makanan dengan pelbagai juadah seperti masakan Melayu, India dan Cina. The Regency Beach Resort menawarkan 3 bilik kondo.


Alamat: The Regency Tanjung Tuan Beach Resort, 5th Mile, Jalan Pantai, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan.

Harga: Bermula dari RM550/malam


Tempah Sekarang

4. Maya Holiday Apartment PD Marina Resort


Maya Holiday Apartment PD Marina Resort juga merupakan salah satu penginapan apartment style di Port Dickson. Ianya terletak 1km dari Pantai Teluk Kemang dan hanya 8 km dari pekan Port Dickson. Lokasinya yang strategik akan menyenangkan anda untuk ke mana-mana. Maya Holiday Apartment PD Marina Resort mempunyai 3 jenis bilik untuk dipilih, antaranya 1 bedroom apartment, 2 bedroom apartment, dan 3 bedroom apartment.


Alamat: C-1-11, Bay View Villas Condominium, PD World Marina Resort, 7th Miles, Jalan Pantai, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan.

Harga: Bermula dari RM120/malam


Tempah Sekarang


5. Waterfront Boutique Hotel


Waterfront Boutique Hotel terletak di Port Dickson dan berhadapan dengan pantai. Menariknya hotel ini menawarkan wifi percuma kepada para penginap dan juga servis front desk yang beroperasi 24 jam.  Waterfront Boutique Hotel juga terletak berhampiran dengan kawasan tarikan pelancongan dan tempat makan di Port Dickson seperti McDonald dan pasaraya.


Alamat: 4-G-21, Persiaran Waterfront, PD Waterfront, Kampung Bahasa Kapor, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia.

Harga: Bermula dari RM148.40/malam


Tempah Sekarang




Jika anda tak puas dengan senarai 5 hotel terbaik Port Dickson tepi pantai di atas, anda boleh klik pada gambar di atas untuk melihat tempat penginapan di Port Dickson dengan senarai lengkap.

Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

0 (0 VOTE)