16 Homestay Port Dickson Ada Kolam Renang Featured Image

16 Homestay Port Dickson Ada Kolam Renang

By [email protected] - Jan 14, 2019 (Last Updated Aug 02, 2024)

Stress dengan tekanan kerja dan perlukan percutian pantas dan segera? Tapi buntu dengan destinasi mana yang harus dituju? Jom, kami sarankan anda untuk ke Port Dickson. Kembalikan tenaga dan tenangkan minda anda bukan sahaja dengan air laut di Port Dickson, tapi juga dengan menginap di 16 homestay Port Dickson yang ada kolam renang. Boleh bayangkan betapa seronoknya anda dapat berehat sebentar dengan keluarga sambil bermain air kolam dan air laut bukan?



Tapi, pastinya anda tertanya-tanya kenapa Port Dickson? Port Dickson merupakan destinasi segera yang ideal khususnya untuk warga Ibu Kota kerana tempatnya yang strategik; hanya 40 minit dari Kuala Lumpur dan 1 jam dari Melaka. Pantai di Port Dickson adalah sepanjang 18 km dari Tanjung Gemuk ke Tanjung Tuan, dan di antaranya terdapat 5 pantai Port Dickson yang disyorkan oleh penduduk yang anda perlu lawati. 


Jangan anda fikir Port Dickson hanya menyajikan pantai semata-mata. Terdapat beberapa tarikan menarik di Port Dickson yang tiada berunsurkan aktiviti air tau. Antaranya, anda boleh melawat PD Ostrich Farm jika anda ingin melihat burung unta dengan lebih dekat. Selain dari burung unta, ladang ini juga mempunyai haiwan peliharaan lain yang jinak dan manja yang boleh anda belai di Mini Petting Zoo ladang tersebut seperti arnab, kambing, keldai dan kuda. 


Anda juga boleh bergelak sakan dengan keluarga dan anak-anak di Rumah Terbalik PD dan Alive 3D Art Gallery dengan menangkap gambar lucu dan mencuit hati. Bayangkan ahli keluarga anda berposing dengan mangkuk tandas terbalik dan membuat muka lucu. Pastinya akan menggamit memori indah bersama keluarga anda. Satu lagi tempat yang harus anda lawati bersama keluarga anda adalah Wild West Cowboy Indoor Amusement Park, di mana anda boleh menonton filem 5D bersama keluarga anda. Bayangkan anda menonton filem seram, dan muncul pula hantu di depan mata anda. Macam real beb! 


Di waktu malam pula jika anda mencari tempat makan halal yang sedap, jangan lepaskan peluang untuk singgah makan di kedai seafood yang enak.


Jika anda dan keluarga anda berasa tidak puas nak berendam dalam air laut, anda boleh ubah mood dan berendam dalam kolam renang di homestay pula. Dalam senarai kami di bawah ini, jom lihat sama-sama 16 homestay Port Dickson dengan kolam renang. Jom main air sepuas-puasnya sebelum masuk kerja dan anak-anak masuk sekolah semula! Yay!



MYR 1,450.00 /night

Inginkan penjimatan hebat dengan menempah di LetsGoHoliday? Klik sini untuk mendapatkannya.

Tidak puas dengan senarai homestay di Port Dickson dengan kolam renang kami di atas? Apa kata anda lihat senarai lengkap tempat penginapan di Port Dickson dengan menekan gambar di bawah ini sekarang.



Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

4.15 (125 VOTES)