4 Tempat Makan Best di Port Dickson Featured Image

4 Tempat Makan Best di Port Dickson

By Farisya - Oct 22, 2018 (Last Updated Jun 20, 2019)

Port Dickson sangat terkenal dengan persisiran pantai yang cantik dan menarik untuk seisi keluarga juga bagi pasangan berbulan madu. Terletak di Negeri Sembilan, sebuah negeri di Selatan Malaysia, Port Dickson merupakan lokasi strategik untuk dikunjungi. 


Untuk pelawat dari Kuala Lumpur, perjalanan ke Port Dickson hanya mengambil masa lebih kurang satu jam setengah hingga ke dua jam, bergantung kepada keadaan trafik. Ia sangat popular sebagai salah satu tempat untuk “short getaway” bagi penduduk kotaraya dari Kuala Lumpur ini!


Selain banyak tempat menarik yang boleh dilawati, lengkapkan kunjungan anda ke Port Dickson dengan mencuba makanan yang best dan sedap! 


Berikut adalah 4 kedai makan sedap yang harus anda cuba. Jom jalan-jalan cari makan!


1. Mient's Burger

(Sumber: Admin, FB page Mient’s Burger) 

Jika anda adalah penggemar makanan barat, Mient’s Burger adalah tempatnya! Kedai ini menyajikan pelbagai jenis makanan barat yang sedap dengan harga yang sangat berpatutan. Antara menu yang anda harus cuba disini adalah Roti John Daging Xtra, Meatball Kentang dan Burgerwrap Kambing. Selain itu, jangan lupa untuk mencuba minuman terbaik disini seperti Soda Gembira Float, Blue Lemon Longan dan GST (Green Superb Tea). 

Apa yang lagi menarik, jika anda menginap di Port Dickson dan tidak mahu menghadapi kesesakan lalulintas anda boleh memesan makanan ini melalui telefon sahaja! Terutamanya pada musim cuti sekolah, servis penghantaran boleh di buat dengan hanya menghubungi nombor 017-3064649 dan makanan akan sampai terus ke hotel anda. Mudah bukan?

Waktu Operasi : Setiap hari kecuali Khamis (3.30pm – 1.00am)
Lokasi : 258, Kilometer 1, Jalan Pantai, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan.
Telefon : +6017-3225961



2. Double Queue Thai Cuisine

(Sumber: Admin, FB page Double Queue Thai Cuisine) 

Bagi anda yang suka dengan masakan “Authentic Thai”, anda boleh berkunjung ke Double Queue Thai Cuisine. Makanan disini dimasak daripada bahan yang diimport khas dari Thailand untuk memberikan rasa masakan Thai sebenar! 

Pengunjung disini harus mencuba menu seperti Seafood Fried Rice, Tomyam Noodle Soup dan Manggo Salad yang sangat menyelerakan! Antara menu air yang popular pula adalah seperti Lemongrass Juice with Lime, Pandan Leave Juice dan Apple Sourplum Juice. 

Kawasan kedai ini yang terletak di PD waterfront, menyajikan pemandangan pantai yang sangat cantik. Anda boleh berjalan kaki ke pantai dari kedai ini dalam hanya 10 minit! Pengunjung juga mempunyai pilihan sama ada ingin makan di dalam kedai yang tertutup dan berhawa dingin atau memilih untuk menikmati angin pantai di luar kedai. 

Waktu Operasi : Setiap hari (11.00am – 11.00pm)
Lokasi : 4-G-18, Persiaran Waterfront, Kampung Bahasa Kapor, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan
Telefon : +606 - 6463139


3. Ayam Bakar Station Port Dickson

(Sumber: Admin,  FB page Ayam Bakar Station Port Dickson) 

Mencari port makan tengahari? Jom pergi ke Ayam Bakar Station! Kedai makan ini sangat mudah untuk dicari kerana ia terletak betul-betul di tepi jalan. Terdapat pelbagai lauk nasi campur yang memang best sangat! Menu yang paling popular disini sudah pasti Ayam Bakar Madu Set. 

Apa yang lebih menarik, disini anda boleh menambah nasi, salad, sambal dan sup secara PERCUMA! Tapi dengan syarat anda harus menggunakan bekas yang sama. Air kordial juga boleh ditambah dengan percuma jika anda menggunakan gelas yang sama. Sangat berbaloi bukan?

Waktu Operasi : Setiap hari kecuali Isnin dan Selasa (8.00am – 4.00pm)
Lokasi : No. 5, Kampung Tanjung Pelandok, 71050 Si Rusa, Negeri Sembilan
Telefon :  +6011-10975150


4. King's Char Kuey Teow

(Sumber: Encik Zariq,  King’s Char Kuey Teow) 

Nak cadangan makan malam yang sedap? Mari merasai kehangatan dan kesedapan di King's Char Kuey Teow! Tempat makan disini sangat luas dan selesa, meriah dengan pengunjung pada waktu malam.

Selain char kuey teow, terdapat lebih 9 menu kambing disini! Antara menu yang popular disini adalah Char Kuey Teow Lamb Chop, Char Kuey Teow Sotong dan King's Pillaf. Pengunjung yang makan disini pasti tidak akan melepaskan peluang mencuba menu air yang popular disini seperti Frussta Mista, Mojito Freeze dan Pepo Menta. Memang sedap dan menyegarkan tekak anda!

Waktu Operasi : Setiap hari (4.00pm – 2.00am)
Lokasi : 402, Si Rusa, 4, Jalan Pantai, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan.
Telefon : +6017-6333644


Apa tunggu lagi? Mari makan di 4 kedai terbaik yang kami cadangkan ini! Pasti kunjungan anda ke Port Dickson lebih menyeronokkan.


Rate this post

5 (7 VOTES)