21 Homestay Port Dickson Terbaik 2019! Featured Image

21 Homestay Port Dickson Terbaik 2019!

By Farisya - Nov 21, 2018 (Last Updated Nov 04, 2019)

Kali ini kami ingin membawa anda bercuti ke Negeri Sembilan!


Mengapa Negeri Sembilan? Kerana terletaknya salah satu destinasi percutian yang sangat popular dalam kalangan penduduk Malaysia mahupun dari luar negara. Mana lagi kalau bukan Port Dickson. 


Port Dickson merupakan daerah yang terkenal untuk destinasi perkelahan di tepi pantai bersama-sama keluarga mauhupun rakan-rakan. Tempat ini pastinya dibanjiri dengan ribuan pengunjung pada musim cuti sekolah dan setiap hujung minggu. Kebiasaannya, mereka yang berkunjung ke Port Dickson tergolong dari mereka yang ingin lari dari kesibukan kerja dan mendapatkan short getaway trip terutama sekali pengunjung yang datang dari Kuala Lumpur dan Melaka


Persisiran pantai Port Dickson sepanjang 18km ini menjadikan Port Dickson destinasi terbaik bagi mereka yang suka bermandi-manda, berkelah dan melakukan aktiviti air seperti berenang, menunggang bot laju, banana boat ride dan banyak lagi! Port Dickson juga sesuai bagi percutian buat kanak-kanak kerana mereka boleh membina istana pasir serta menunggang kuda. 


Walaupun Pantai Port Dickson dikenali sebagai Pantai PD, namun pantai di sini terbahagi kepada beberapa buah pantai dan mempunyai ciri-cir dan keunikan yang tersendiri. Antara Pantai Port Dickson yang terkenal ialah Pantai Teluk Kemang, Blue Lagoon dan Pantai Saujana


Pantai Teluk Kemang boleh dikategorikan sebagai pantai yang paling sibuk dan ramai pengunjung kerana terdapat pelbagai aktiviti menarik dan kemudahan asas ada disediakan seperti tandas awam, tempat letak kereta yang banyak, surai, gerai makanan gerai jualan cenderahati di kawasan sekitar. 


Jika anda ingin ke Port Dickson untuk bercuti dan mencari penginapan yang selesa, di bawah ini kami sertakan senarai 21 homestay Port Dickson beserta dengan harga. Boleh lah anda menyemak senarai di bawah dan pilih yang mana berkenan di hati. Namun, anda juga perlu cepat-cepat buat keputusan dan tempah lebih awal sebelum penginapan yang anda pilih ditempah orang lain. 


Sepanjang percutian, pastinya anda menginginkan percutian dan pengalaman yang indah. Selain dari berkunjung ke Pantai, mungkin anda tertanya-tanya tempat makan apa yang best di Port Dickson ini? Maklumlah, tambah lagi jika pergi bercuti, pastinya anda ingin cuti masak dan gantung kuali juga kan! 


Terdapat banyak tempat makan best di Port Dickson yang pastinya tidak akan mengecewakan perut anda. Salah satunya ialah King's Char Kuey Teow. Terletak di Jalan Pantai, tempat makan di sini sangat luas dan selesa. Uniknya di sini, selain dari menu char kuey teow yang menjadi pujaan ramai, terdapat lebih dari 9 menu kambing dan ada live band pada waktu malam. Pasti tidak membosankan!


Tidak lengkap percutian jika tidak merasai keenakan makanan laut di Port Dickson. Jika anda seorang penggemar makanan laut, terdapat banyak Restoran Seafood yang halal di Port Dickson untuk anda cuba. Antara restoran yang terkenal dan menjadi buah mulut orang ramai adalah Medan Ikan Bakar Port Dickson dan Embok Village Steamboat & Seafood. Kedua-duanya menjanjikan menu yang menyelerakan serta pemandangan pantai yang tenang dan cantik. 



Dah pilih tarikh dan bersedia untuk rancang percutian lebih awal? Jangan tunggu lama-lama, kerana Port Dickson merupakan tempat yang wajib anda kunjungi. 


Pilihlah penginapan yang sesuai untuk anda. Jika anda datang bersama keluarga yang besar, kami menyarankan untuk anda menginap di homestay mahupun villa bagi menampung bilangan tetamu yang ramai dan menjamin keselesaan anda. 


Jika anda bercuti di Port Dickson dengan pasangan anda, pasti nya hotel merupakan pilihan yang paling tepat bagi merasai suasana bulan madu yang indah dan romantik.


5 Hotel Berdekatan Pantai Port Dickson 


Di sini kami senaraikan 5 hotel di Port Dickson yang boleh anda jadikan pilihan percutian bersama pasangan! Hotel yang menawarkan harga yang berpatutan, kemudahan yang selesa dan berdekatan dengan pantai untuk anda mendapatkan pemandangan yang indah lagi romantik. 


Pastikan anda rancang percutian dengan teliti dan selamat bercuti!

Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

3.71 (28 VOTES)