Hotel Terbaik Berdekatan UTeM Melaka Featured Image

Hotel Terbaik Berdekatan UTeM Melaka

By Hani - Apr 30, 2019 (Last Updated May 07, 2019)

UTeM Melaka, atau University Teknikal Malaysia Melaka, merupakan sebuah universiti awam yang terletak di Durian Tunggal, Alor Gajah, Melaka. Universiti ini ditubuhkan pada 1 Disember 2000 dan merupakan universiti awam tempatan yang ke-14. Apa yang membuatkan UTeM Melaka lain dari universiti yang lain adalah metodologi dan sistem pembelajaran teknikal yang diberi nama "Practice and Application Oriented". 


Jika anda perlu menghantar anak anda untuk belajar di UTeM Melaka, menghadiri majlis konvokesyen, melawat rakan atau ahli keluarga yang belajar di universiti ini atau anda perlu menghadiri kursus di sini dan mencari tempat untuk bermalam, anda boleh lihat senarai hotel terbaik berdekatan UTeM Melaka yang kami senaraikan satu persatu di bawah ini sekarang!


Hotel Seri Malaysia Melaka

Hotel Seri Malaysia Melaka mengambil masa 7 minit untuk sampai ke UTeM Melaka. Antara kemudahan yang tersedia di hotel ini termasuk surat khabar percuma di lobi hotel, servis dobi, permainan pool, tempahan lawatan dan tiket tempat tarikan di Melaka, rooftop terrace, penyimpanan bagasi, restoran, peti simpanan keselamatan besi di front desk, servis shuttle dan kolam renang kanak-kanak dan dewasa.

Selain itu, hotel ini terletak berhampiran dengan kawasan-kawasan tarikan pelancong di Melaka seperti Zoo Melaka, Taman Buaya, Taman Mini Asean, Taman Rama-Rama, Muzium Lebah dan Hutan Rekreasi Ayer Keroh.


Alamat: PT12332, Lebuh Ayer Keroh, 75450 Ayer Keroh, Melaka.

Harga:  Bermula dari RM180 / malam


Tempah Sekarang Dari RM180!  



Hotel MetraSquare

Hotel MetraSquare ni memang tak sabar-sabar menanti anda dengan tangan terbuka. Hotel ini cuma 8 minit saja dari UTeM Melaka, sangat sesuai untuk seisi keluarga, urusan kerja, mesyuarat, kursus, dan di samping itu, hotel ini juga boleh membantu untuk menyambut majlis hari jadi dan sambutan majlis konvokesyen. Selain itu, hotel ini terletak berhampiran dengan Zoo Melaka, Melaka Wonderland dan Ayer Keroh. Cubalah untuk bermalam di hotel ini dan rasai sendiri servisnya yang tip top!


Alamat: Jalan PKAK 1 & PKAK 2, Pusat Komersial Ayer Keroh, 75450 Ayer Keroh, Melaka.

Harga:  Bermula dari RM98 / malam


Tempah Sekarang Dari RM98!  



World Youth Hotel

World Youth Hotel terletak dalam 8 minit dari UTeM Melaka. Hotel ini menawarkan wifi percuma, mempunyai kafe yang menghidangkan masakan halal dan lazat, biliknya berhawa dingin lengkap dengan TV flat-screen, almari, peti simpanan besi, cerek elektrik dan minibar. Selain itu, hotel ini mempunyai khidmat room service 24 jam sedia untuk menjawab segala permintaan anda. Hotel ini juga berhampiran dengan Melaka Wonderland dan hanya 20 minit saja untuk ke Jonker Walk dan bandar Melaka.


Alamat: PT 18708, Mukim Bukit Katil, Daerah Melaka Tengah, 75450 Melaka.

Harga:  Bermula dari RM120 / malam


Tempah Sekarang Dari RM120!  


MYR 120.00 /night

MYR 230.00 /night

Jom lihat promosi hebat yang ditawarkan di LetsGoHoliday.my sekarang!


The Mudzaffar Hotel Melaka

The Mudzaffar Hotel ini mendapat namanya hasil inspirasi dari Sultan Mudzaffar Shah, salah seorang sultan yang mentadbir ketika zaman kegemilangan Melaka suatu masa dulu. Hotel ini memang se-gah namanya, dengan seni bina yang mengagumkan seperti berada di zaman kesultanan Melayu Melaka, di samping servisnya yang bertaraf antarabangsa.

Hotel ini berjarak 12 minit saja dari UTeM Melaka, dan terletak berhampiran Zoo Melaka, Taman Buaya, Taman Rama-Rama, Mini Malaysia dan Taman Asean, Melaka Planetarium dan Taman Burung jika anda nak mengambil kesempatan untuk bersiar-siar di kawasan tarikan pelancong berhampiran kawasan hotel.


Alamat: 5509, Jalan Wisma Persekutuan, MITC Ayer Keroh, 75450 Melaka.

Harga:  Bermula dari RM250 / malam


Tempah Sekarang Dari RM250!  



Hotel Kobemas Melaka

Hotel Kobemas Melaka terletak 13 minit saja dari UTeM Melaka, dan sangat sesuai untuk penginapan santai dengan keluarga mahupun atas urusan kerja. Hotel ini menawarkan keselesaan maksimum seperti berada di rumah sendiri, maklumlah seperti yang semua tahu, Melaka kan terkenal dengan jem nya terutama sekali bila anda datang pada hujung minggu. Jadi, anda boleh menginap di hotel ini dan lupakan segala hiruk-pikuk dan kesesakan jalan raya terutamanya bila anda nak masuk bandar.

Tapi, di sekitar hotel ini juga terdapat pelbagai tarikan seperti Kota Fesyen (ini khas untuk mak-mak), MITC, Pasar Raya Mydin, Masjid Al Alma, pusat bowling, bank dan pejabat-pejabat kerajaan jika anda nak keluar berjalan-jalan.


Alamat: Jalan MITC, Prima 1, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka.

Harga:  Bermula dari RM80 / malam


Tempah Sekarang Dari RM80!  



Terdapat banyak lagi pilihan penginapan di sekitar Ayer Keroh yang boleh anda jadikan pilihan. Klik saja pada gambar di bawah untuk melihat senarai penuh tersebut. 


Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

3.6 (5 VOTES)