10 Homestay Terbaik Berdekatan UTeM Melaka Featured Image

10 Homestay Terbaik Berdekatan UTeM Melaka

By Hani - May 01, 2019 (Last Updated Jul 14, 2020)

UTeM Melaka, atau Universiti Teknikal Malaysia Melaka, merupakan sebuah universiti awam yang terletak di Durian Tunggal, Alor Gajah, Melaka. Universiti ini ditubuhkan pada 1 Disember 2000 dan merupakan universiti awam tempatan yang ke-14. Apa yang membuatkan UTeM Melaka lain dari universiti yang lain adalah metodologi dan sistem pembelajaran teknikal yang diberi nama "Practice and Application Oriented". 


Jika anda perlu menghantar anak anda untuk belajar di UTeM Melaka, menghadiri majlis konvokesyen, melawat rakan atau ahli keluarga yang belajar di universiti ini atau anda perlu menghadiri kursus di sini dan mencari tempat untuk bermalam, anda boleh lihat senarai homestay terbaik berdekatan UTeM Melaka yang kami senaraikan satu persatu.


Lagi selesa dan jimat kalau anda yang datang ramai-ramai tu bermalam di homestay kan, nak-nak kemudahan yang homestay berikan sekarang ni hampir setanding dengan hotel! Kalau anda tak percaya, anda boleh lihat senarai 10 homestay terbaik berdekatan UTeM Melaka yang best ni.


The SNAIL Homestay Melaka

The SNAIL Homestay Melaka terletak di Taman Ayer Keroh Heights, kira-kira 12 minit dari UTeM Melaka. Rumah teres setingkat 3 bilik ini berada di dalam kawasan perumahan yang aman damai dilengkapi dengan wifi, pintu yang dikunci menggunakan kod sekuriti, ruang parkir yang luas yang mampu memuatkan 2 buah kereta, kelengkapan dapur asas dan rumah yang lengkap berhawa dingin dari ruang tamu, ruang makan ke kesemua bilik tidur.


Alamat: 216, Lorong Setia 5, Taman Ayer Keroh Heights, 75450 Ayer Keroh, Melaka.

Jumlah Tetamu: 8

Harga:  Bermula dari RM360 / malam


Tempah Sekarang Dari RM360!  



Dennis 8 Homestay

Dennis 8 Homestay merupakan rumah teres dua tingkat yang mempunyai 4 bilik, sesuai untuk anda yang datang dengan 10 orang tetamu. Homestay ini hanya 15 minit dari UTeM Melaka, sangat selesa dengan kelengkapan seperti penghawa dingin di setiap bilik, water heater di tandas, wifi, TV dengan Astro, peti sejuk, ketuhar dan ruang parkir.


Alamat: No 8, Jalan AKP 2, Taman Ayer Keroh Permai, 75450 Melaka.

Jumlah Tetamu: 14

Harga:  Bermula dari RM350 / malam


Tempah Sekarang Dari RM350!  



Tea Hill Homestay Melaka

Haa, homestay ni pula kalau anda nak feeling-feeling bercuti sikit. Tea HIll Homestay Melaka ini terletak di Tehel dalam 20 minit dari UTeM Melaka, 10 minit dari tol Ayer Keroh dan 15 minit saja untuk ke Bandar Melaka. Homestay ini mempunyai 4 jenis bilik untuk anda pilih, kafe, kolam renang, gelanggang futsal, kolam memancing dan kelengkapan BBQ. Kemudahan yang disediakan dalam bilik pula adalah 1 katil Queen, tandas, TV dengan Astro, penghawa dingin, water heater dan peti sejuk.


Alamat: 2036 Lorong Azizi 2, Kg. Solok Serompong, Tehel 77000 Jasin, Melaka.

Jumlah Tetamu: 4

Harga:  Bermula dari RM240 / malam


Tempah Sekarang Dari RM240!  


Dapatkan promosi hebat ketika anda menempah homestay bersama LetsGoHoliday.my sekarang!


Hadyanie Resthouse Melaka

Hadyanie Resthouse Melaka hanya 13 minit saja dari UTeM Melaka, merupakan sebuah rumah teres dua tingkat dengan 4 bilik, lengkap dengan penghawa dingin, tandas dengan water heater. Setiap bilik mempunyai katil Queen atau katil Single. Homestay ini juga telah siap disediakan dengan sterika, TV dengan Astro dan kelengkapan dapur asas untuk memasak.


Alamat: 39, Jalan TU59, Taman Tasek Utama Ayer Keroh, 75450 Melaka.

Jumlah Tetamu: 18

Harga:  Bermula dari RM300 / malam


Tempah Sekarang Dari RM300!  



Gazebo Homestay Melaka



Kalau anda rasa nak menyewa homestay rumah dalam kawasan perumahan terlalu besar, anda boleh bermalam di Gazebo Homestay yang terletak 15 minit dari UTeM Melaka. Kondo ini menawarkan kemudahan seperti pondok gazebo yang sesuai untuk aktiviti BBQ. Selain itu, kawasan ini merupakan sebuah lokasi yang strategik dikelilingi dengan kedai-kedai makan yang lazat. Kalau anda pening kepala dan keliru nak makan kedai makan mana yang best dan sedap, tuan rumah homestay ni sedia membantu anda.


Alamat: 10, Jln TAKH 14/1, Tmn Ayer Keroh Heights 1, 75450 Ayer Keroh Melaka.

Jumlah Tetamu: 10

Harga:  Bermula dari RM230 / malam


Tempah Sekarang Dari RM230! 


Kalau nak diikutkan, Melaka ni kecil je. Jadi tak semestinya anda harus menyewa dalam kawasan Ayer Keroh sahaja untuk berada berdekatan UTeM. Jika anda nak berjalan-jalan juga di bandar Melaka, boleh juga menginap di homestay atau hotel di bandar, tidak sampai sejam pun jarak ke UTeM. 


Klik sahaja pada imej di bawah untuk melihat senarai penuh penginapan di Melaka bersama LetsGoHoliday!


Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

3.71 (7 VOTES)