5 Tempat Menarik di Kota Kinabalu Featured Image

5 Tempat Menarik di Kota Kinabalu

By Demo Andrew Homestay - Oct 19, 2018 (Last Updated Jan 01, 2020)

Kota Kinabalu adalah sebuah pusat pelancongan popular yang terletak di kepulauan Borneo Sabah, Malaysia. Faktor muka bumi yang pelbagai menjadikan Kota Kinabalu salah satu destinasi menarik untuk dikunjungi! Di sini anda dapat melihat gabungan alam semulajadi dan tarikan buatan manusia. 

Para pelancong dari Semenanjung Malaysia dan juga seluruh dunia boleh mengunjungi Kota Kinabalu menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu yang terletak lebih kurang 8 km dari pusat bandar.

Terdapat banyak tempat untuk dikunjungi disini, tetapi terdapat lima tempat menarik yang paling utama kami fikir anda wajib lihat!


1. Borneo Ant House


Borneo Ant House merupakan tarikan baharu di Sabah. Mula beroperasi pada 1 Julai 2017, ia merupakan taman tema yang berkonsepkan replika rumah semut. 

Borneo Ant House ini terletak di Tuaran, lebih kurang 41km dari bandar raya Kota Kinabalu. Ia merupakan galeri ukiran semut bawah tanah yang pertama dan terbesar di Malaysia!

Bagi penggemar aktiviti riadah, disini terdapat canopy walk yang anda boleh cuba sambil menikmati kehijauan taman. Borneo Ant House juga menyediakan banyak arca dan informasi yang berguna mengenai semut. Selain itu, terdapat galeri warisan dan kebudayaan Malaysia serta pameran pedang-pedang Borneo. Sangat sesuai untuk dikunjungi bersama anak-anak kecil!


Waktu Operasi : Setiap hari kecuali Jumaat (8.00am - 5.30pm)

Lokasi : Highway Tuaran- Tenghilan, 89207 Kg Kindu, Tuaran, SABAH Kg.Kindu , Tuaran, 89207 Tuaran, Sabah

Telefon : +6011-26271373

Harga Tiket : Dewasa RM18/ Kanak-kanak RM9



2. Kipandi Butterfly Park


Kipandi Butterfly Park adalah taman rama-rama yang menarik untuk dikunjungi seisi keluarga. Terletak kira-kira 36 km jarak dari bandar, ia mengambil masa lebih kurang 40 minit perjalanan kereta dari Kota Kinabalu untuk sampai ke Kipandi Butterfly Park. 

Taman rama-rama ini mempunyai lebih 100 spesis rama-rama, lebih 3000 jenis kumbang, dan kira-kira 500 jenis orkid yang pasti akan memukau pandangan anda!

Ia juga mempunyai pelbagai jenis pokok bunga dan tumbuh-tumbuhan yang sangat sesuai untuk dikunjungi oleh para pencinta alam semulajadi.


Waktu Operasi : Setiap hari kecuali Jumaat (9.00am – 4.00pm)

Lokasi : Kampung Kipandi, Moyog ,Kota Kinabalu

Harga Tiket : 

Warga Asing - Dewasa RM30/ Kanak-kanak RM15

Warga Tempatan - Dewasa RM10/ Kanak-kanak RM5



3. Taman Tunku Abdul Rahman



Buat pencinta laut, ini adalah tempat yang ideal untuk anda! Taman Tunku Abdul Rahman merupakan taman marin yang terdiri daripada 5 buah pulau yang sangat popular di kalangan para penyelam di seluruh dunia. Pulau-pulau itu adalah terdiri daripada Pulau Gaya, Pulau Sapi, Pulau Manukan, Pulau Mamutik dan terakhir ialah Pulau Sulug. Untuk pengetahuan anda, taman marin ini juga telah diisytiharkan sebagai kawasan perlindungan hidupan liar oleh kerajaan Malaysia. 

Terdapat pelbagai pakej yuran yang ditawarkan untuk masuk ke taman ini. Harga bermula serendah RM23 untuk dewasa dan RM18 bagi kanak-kanak untuk melawat satu pulau. Pastinya lawatan anda ke setiap pulau yang berbeza adalah sangat berbaloi dengan bayaran berpatutan. Pulau-pulau di Taman Negara Tunku Abdul Rahman ini memang sangat cantik!


Waktu Operasi :  Isnin-Ahad (8.30am - 5.00pm)



4. Atkinson Clock Tower



Lawatan ke Kota Kinabalu anda pasti tidak lengkap tanpa melawat ke Atkinson Clock Tower. Menara jam setinggi 15meter ini mempunyai sejarah yang menarik, ia dibina sempena memperingati Pegawai Daerah Jesselton pada ketika itu, Francis George Atkinson yang meninggal dunia pada usia 28 tahun disebabkan oleh "Borneo Fever" atau lebih dikenali sebagai demam Malaria.

Tiada bayaran masuk dikenakan untuk melawat menara jam ini. Jadi mari kita datang melawat tempat bersejarah ini secara percuma!



5. Jesselton Point Waterfront



Jesselton Point Waterfront merupakan sebuah terminal feri yang terletak di utara pusat bandar Kota Kinabalu, Sabah. Ia menjadi salah satu tarikan utama di Kota Kinabalu. 

Tempat ini menawarkan servis feri ke Labuan dan bot ke 5 Taman Tunku Abdul Rahman. Jadual feri ke Labuan hanya mempunyai dua perjalanan masa sahaja iaitu pada jam 8 pagi dan 1.30 petang dari Kota Kinabalu. Dari terminal ini juga anda boleh melakukan "island hopping" ke pulau lain seperti Manukan, Mamutik, Sapi, Sulug dan Pulau Gaya.

Untuk peminat kaki pancing pula, anda sangat dialukan untuk menghabiskan masa memancing di jeti yang terdapat disini dengan bayaran serendah RM10 sahaja.


Waktu Operasi : Setiap hari (6.00am - 5.00pm)

Lokasi : Kota Kinabalu, 88200 Kota Kinabalu, Sabah

Telefon : +6088-235787


Demikian 5 tempat menarik di Kota Kinabalu yang mesti anda kunjungi. Semoga perkongsian ini bermanfaat dan memberikan pengalaman menarik untuk percutian anda!


Mencari tempat penginapan terbaik semasa kunjungan anda ke Kota Kinabalu? LetsGoHoliday.my mempunyai pelbagai jenis penginapan (homestay dan hostel) untuk kemudahan anda!



Rate this post

3.33 (3 VOTES)