5 Homestay Jasin Untuk Anda - Terbaik Dan Murah Featured Image

5 Homestay Jasin Untuk Anda - Terbaik Dan Murah

By [email protected] - Nov 14, 2018 (Last Updated Nov 16, 2018)

Jasin ialah sebuah daerah di Melaka, Malaysia. Sejarah awal pembukaan bandar Jasin bermula pada tahun 1918 di kawasan Kesang, Pajak. Selepas terjadinya satu kejadian kebakaran, kedudukannya telah berubah ke sebuah pekan kecil. Kemudian datangnya seorang pendatang Bugis bernama Mat Yasin yang telah membangunkan semula kawasan itu pada tahun 1928. Usaha beliau ditambah dengan bantuan dari pihak Inggeris telah menyumbang kepada pembangunan semula kawasan. Bandar Jasin (mengikut sebutan orang Inggeris) dinamakan sempena nama Yasin. Sejak dari hari itu, bandar Jasin mula berkembang hinggalah ke hari ini.

Daerah Jasin ini macam kecil je tempat dia, tapi ada juga aktiviti yang boleh anda lakukan. Kami mencadangkan tempat-tempat seperti Mini Malaysia dan ASEAN Cultural Park, Skytrex Adventure Melaka, Taman Burung Melaka, dan Muzium Magic Art 3D. Ada satu lagi tempat yang direkomenkan iaitu Jasin Hot Spring ataupun Kolam Air Panas Jasin. Terletak di kawasan Bemban dan dekat dengan Plaza Tol Simpang Ampat, lokasinya mudah dicari. Bolehlah berendam air panas tanpa risau anda atau anak-anak akan kesejukan. Air panas dikatakan dapat menyihatkan badan kita seperti meningkatkan pengaliran darah, mengurangkan sakit otot dan sendi, dan dapat tidur lebih lena.

Memang best duduk di Malaysia ini, macam-macam makanan ada untuk selera kita yang berlainan. Tidak kurang juga makanan sedap di Jasin.  Boleh menjamu selera di Restoran Din Corner, Asam Pedas Jasin, Pizza N Burger Shack, Restoran Nasi Kukus Sallimna, dan Restoran Sajian Kelubi Damai. Anda boleh menikmati makanan yang bermacam-macam dari masakan kampung hinggalah ke makanan segera. Teringin pencuci mulut manis? Singgahlah di Cendol Jasin untuk cendolnya yang popular.

Tertarik dan ingin ke Jasin? Apa kata tinggal di homestay Jasin? Dapatlah betul-betul enjoy tempat-tempat menarik dan makanan sedap di Jasin. Tetapi Daerah Jasin ini macam susah saja nak cari homestay. Kami faham kerisauan anda jadi kami telah menyediakan Senarai Homestay Di Jasin! Senang untuk anda lihat, pilih dan tempah.


Mari lihat Senarai Homestay Jasin Yang Terbaik Dan Murah di bawah!


Gunalah promo kod untuk harga istimewa!


Teringin melawat Melaka Bandar Bersejarah tetapi tidak tahu nak tinggal di kawasan mana? Kami sedia membantu dengan artikel-artikel mengenai homestay/hotel Melaka di bawah.


Jom lihat artikel di bawah!


Homestay Dekat Melaka Wonderland

Melaka Wonderland ini taman tema air yang sesuai untuk kanak-kanak. Bolehlah buat family outing di sini. Sesuai juga untuk mereka yang ingin bermain air bersama kawan-kawan kerana ada water slides yang amat menyeronokkan di sini. Terletak di Tasik Utama, Ayer Keroh, bolehlah dijadikan salah satu destinasi anda jika ke Melaka. Untuk Homestay Dekat Melaka Wonderland, bolehlah rujuk artikel di atas.      


Homestay Melaka Ada Swimming Pool

Jika anda lebih suka ada swimming pool di homestay, boleh sahaja pilih dari senarai Homestay Melaka Ada Swimming Pool. Dapatlah berenang dalam private space sendiri. Biasanya ramai akan cuba cari untuk homestay yang ada kolam renang sebab special sikit, alang-alang nak bercuti ni apa salahnya tinggal di tempat yang berlainan sikit. Bolehlah klilk artikel di atas sekiranya ingin pilih homestay Melaka dengan swimming pool.  


Homestay Muslim Untuk Family Day Di Melaka

Nak adakan family day di Melaka dan mencari homestay yang selesa dan sesuai untuk Muslim? Tidak perlu rimas nak cari susah-susah, sini kami senaraikan Homestay Muslim Untuk Family Day Di Melaka. Pasti ada homestay yang anda berminat kerana homestay yang disenaraikan selesa didiami dan murah. Usah ragu-ragu hendak lihat artikel di atas.    


Hotel Berdekatan Melaka River Cruise

Melaka River Cruise di mana anda boleh menaiki bot dan melihat pemandangan indah sepanjang Sungai Melaka, terutamanya pada waktu malam. Pengalaman ini amatlah manarik dan harus anda cuba apabila di Melaka. River Cruise ini salah satu tarikan pelancong di Melaka, jadi ada hotel berdekatan tempat ini. Klik sahaja artikel Hotel Berdekatan Melaka River Cruise dan pilihlah daripada hotel yang disenaraikan.      


10 Hotel Bawah RM100 Di Melaka

Jangan disangka Melaka hanya ada homestay, kini banyak juga hotel yang boleh anda cari di Melaka. Terlalu banyak pilihan pun susah juga nak pilih kan? Untuk mudahkan anda, klik sahaja artikel 10 Hotel Bawah RM100 Di Melaka. Dapat tinggal di Hotel dengan harga bawah RM100, amat susah nak percaya. Jangan lepaskan peluang ini dan buatlah tempahan.        


Lihat juga:

10 EXPOs In MITC Melaka 2018 You Wouldn't Want To Miss!

Menaiki Kereta Lembu Di Tambak Bugis Melaka






Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

4 (5 VOTES)