27 Homestay Murah Di Bukit Katil Melaka Featured Image

27 Homestay Murah Di Bukit Katil Melaka

Nov 14, 2018

Kalau ada cuti je, nak pergi mana? Inilah dilema yang biasa dihadapi jika anda ingin enjoy masa cuti tetapi tidak ada idea hendak ke mana. Kami cadangkan untuk melawat Melaka, bandar bersejarah ini. Banyak sahaja tempat dan aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Melaka ini. Salah satu kawasan yang boleh dilawati adalah Bukit Katil, Melaka. 


Anda mesti pelik dengan nama Bukit Katil ini, adakah bukit tersebut ada katil? Mari kita baca sikit tentang sejarah penamaan tempat ini. Ceritanya begini, dikatakan penduduk terdahulu menemui sebuah batil emas (bekas simpanan air) yang berbentuk labu sayong. Yang menariknya batil emas ini dijumpai terletak di atas batu berbentuk seakan katil di atas puncak bukit (merujuk kepada bukit bersebelahan Sekolah Rendah Kebangsaan Dato' Demang Hussin). Jadi, name Bukit Katil adalah gabungan antara bukit dan batu yang berbentuk katil itu.


Dari Bukit Katil ke Bandaraya Melaka mengambil masa 15 minit dan ke Ayer Keroh mengambil masa 10 minit. So, ada apa je kat Bukit Katil ini? Anda boleh pergi ke Muzium Magic Art 3D, Toy Muzium, Wildlife Theatre Melaka, Air Terjun Bukit Sebukor, Tiara Melaka Golf & Country Club, dan Taman Botanikal Melaka. Jika ingin melawat tempat-tempat warisan, boleh ke Perigi Hang Tuah, Muzium Hang Tuah, Masjid Selat Melaka, dan Masjid Terapung Selat Melaka.


Bab seterusnya adalah mengenai makanan! Negara Malaysia memang terkenal dengan variasi makanannya yang sedap, tidak kurang juga makanan sedap di Melaka! Antara tempat-tempat makanan yang direkomenkan adalah Asam Pedas Hajah Rahmah, Restoran Seri Bukit Katil & Tomyam, Captain Burger Cheese, Mee Bandung Bilal, dan Mee Racun Qasreena. 


Bila dah baca semua ni, rasa teringin sangat untuk ke Bukit Katil, Melaka. Tempat menarik ada, makanan sedap pun ada. Yang kurang cuma tempat tinggal sahaja. Usah risau, untuk mudahkan anda mencari homestay di Bukit Katil, kami telah senaraikan Homestay Di Bukit Katil. Cuma perlu skrol ke bawah dan pilih mana yang berkenan.


Lihatlah senarai homestay Bukit Katil yang paling best dengan harga murah di bawah!

Tahun 2019 adalah tahun melawat Melaka! Klik di sini untuk mendapatkan tawaran istimewa percutian anda.


Ingin mencari lebih tempat menarik di Melaka? Lihat sahaja artikel-artikel di bawah. Pasti boleh mendapatkan idea untuk percutian anda ke Melaka yang seterusnya.


Jom lihat artikel di bawah!


5 Tempat Menarik Berdekatan Pantai Di Melaka


Pasti pernah dengar tentang Pantai Klebang di Melaka kan? Kebiasaannya, apabila menyebut Pantai Klebang, ramai akan terfikir tentang Coconut Shake Klebang. Isi kelapa yang dikisar bersama aiskrim, rasanya memang sedap sekali! Tetapi, ada juga tempat lain yang boleh dilawati berdekatan dengan pantai di Melaka. Ingin tahu? Kliklah artikel di atas kerana kami telah senaraikan 5 Tempat Menarik Berdekatan Pantai Di Melaka.    


10 Hotel Bawah RM100 Di Melaka


Melaka pun ada hotel juga, murah pula tu. Bagi mereka yang selalu tinggal di homestay, apa kata anda memilih untuk tinggal di hotel pula? Bilik hotel walaupun tidak seluas homestay, namun ia juga selesa dan dilengkapi dengan kemudahan asas. Anda juga boleh menikmati suasana yang lebih tenteram dan merehatkan diri secukupnya. Pilihlah dari senarai 10 Hotel Bawah RM100 Di Melaka dan membuat tempahan!


10 Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Di Melaka



Melaka walaupun dikenali sebagai Bandar Bersejarah, ada juga aktiviti menarik yang boleh dilakukan. Jadi jika anda hendak ke Melaka, tidaklah setakat melawat tourist attraction dan merasa makanan sedap sahaja. Anda boleh melihat senarai 10 Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Di Melaka untuk memenuhi jadual perjalanan anda. Lagipun, jika anda melancong bersama keluarga atau rakan-rakan, melakukan aktiviti bersama boleh eratkan hubungan dan mencipta memori yang indah.      


Homestay Muslim Untuk Family Day Di Melaka


Sudah lama tidak meluangkan masa berkualiti bersama keluarga tersayang? Apa kata merancang trip ke Melaka untuk Family Day? Setiap orang ada kemahuan yang lain, jadi di sini kami telah senaraikan Homestay Muslim Untuk Family Day Di Melaka. Homestay ini amat berbaloi, dengan harga yang berpatutan beserta kediaman yang selesa. Amat sesuai untuk penginapan anda bersama keluarga tersayang.        


Homestay Melaka Ada Swimming Pool


Jika anda seorang yang gemar berenang, inilah homestay untuk anda pertimbangkan! Lengkap dengan kolam renang, homestay di Melaka ini harus anda cuba ketika bercuti di Melaka. Untuk mereka yang tidak tahu berenang, boleh sahaja bersantai di tepi kolam renang atau ke kawasan yang cetek. Dengan Homestay Melaka Ada Swimming Pool ini, pasti menambahkan kesenorokan anda apabila bercuti di Melaka!       


Lihat juga:

Hotel Berdekatan Zoo Melaka

Where To Find Best Nyonya Laksa In Melaka

Kereta Kuda - Satu Tarikan Baru Di Melaka




Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

0 (0 VOTE)