10 Homestay Terbaik Berdekatan Philiphine Market Featured Image

10 Homestay Terbaik Berdekatan Philiphine Market

By Hani - May 07, 2019 (Last Updated May 14, 2019)

Kalau anda berpeluang untuk jalan-jalan ke Kota Kinabalu, Sabah, anda jangan lepaskan peluang untuk ke Philiphine Market. Tapi, anda jangan sangka Philiphine Market ni macam pasaraya besar pulak ya, pasar ini menjual hasil keluaran tempatan dan merupakan salah satu tempat wajib dan menarik di Kota Kinabalu Sabah dan sambil tu, jangan lupa untuk bermalam di 10 homestay terbaik berhampiran Philiphine Market.


Nama pasar ini diperoleh kerana rata-rata penjual di Philiphine Market ini berbangsa Filipina. Anda akan berasa seperti di Manila tau! Namun, anda tidak perlu berasa takut dan was-was untuk berbelanja di sini kerana anda boleh mendapatkan barangan kraftangan, perhiasan diri, hasil laut, makanan laut yang lazat dan enak serta buah-buahan yang segar.


Antara barangan yang paling laris di Philiphine Market ini adalah mutiara. Di sini terdapat dua jenis mutiara yang dijual sebagai keronsang, rantai dan gelang, iaitu mutiara jenis air tawar dan air masin. Kalau anda tak berminat dengan mutiara, jangan risau, anda juga boleh mendapatkan cenderamata lain seperti barangan rotan dan kayu untuk dibawa pulang.


Seperti yang kami maklumkan awal-awal, Philiphine Market ini terkenal dengan hasil laut yang segar seperti ikan bilis, sotong kering dan makanan tempatan. Anda juga boleh menjamu selera pada sebelah malam, ketika gerai-gerai makanan laut dibuka. Harga di sini murah dan anda siap boleh tawar-menawar lagi tau!


Sedikit sebanyak info mengenai Philiphine Market:


Alamat: Jalan Tun Fuad Stephen, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu, Sabah.

Waktu Operasi: 9 pagi hingga 10 malam

Peta:



Dah penat berjalan cuci mata di Philiphine Market di sebelah siang dan di malamnya pula dah puas melantak, sudah semestinya anda berasa keletihan dan mencari homestay yang terbaik kan? Jangan risau, seperti yang kami janjikan di atas, di bawah ni kami dah siap-siap senaraikan 10 homestay terbaik berdekatan Philiphine Market khas untuk anda!




Mark Marina Condominium Kota Kinabalu

Mark Marina Condominium Kota Kinabalu terletak di tengah-tengah Bandaraya Kota Kinabalu, di mana terletaknya Philipine Market, Warisan Square, CentrePoint Shopping Mall, Anjung Selera, pasaraya, restoren dan banyak lagi. Homestay ini mempunyai 3 bilik tidur, sesuai untuk 8 hingga 10 orang.

Antara kemudahan yang disediakan seperti perkhidmatan pembersihan setiap hari, kemudahan memasak, mesin basuh, peti sejuk, TV dengan Astro, penghawa dingin, bilik mandi lengkap dengan tab mandi dan air panas, kawalan keselamatan 24 jam, gimnasium, taman permainan kanak-kanak, kolam renang, wifi dan ruang parkir percuma. Namun, kereta sewa dan kemudahan airport transfer juga disediakan oleh tuan rumah.


Alamat: Mark Marina Condo, Lorong Api-Api 2, 88000, Kota Kinabalu, Sabah. 

Jumlah Tetamu: 10

Harga:  Bermula dari RM250 / malam


Tempah Sekarang Dari RM250!  



Sabah Homestay


Sabah Homestay mempunyai 3 unit homestay yang terletak di KK Sky Suites, Kota Kinabalu. Anda boleh memilih antara Studio Suites (1 bilik), 2 Bedroom Apartment 6 pax atau 2 Bedroom Apartment 8 Pax. Setiap unit ini berhawa dingin, mempunyai TV, perkakas memasak, sterika, wifi, sabun dan syampu serta tuala.


Alamat: 16, Floor 10, Lorong Ikan Juara 3, KK Sky Suite, Karamunsing, 88000, Kota Kinabalu, Sabah.

Jumlah Tetamu: 8

Harga:  Bermula dari RM200 / malam


Tempah Sekarang Dari RM200!  



Studio Cozy Apartment Block 5

Studio Cozy Apartment Block 5 mempunyai 2 bilik dan 1 tandas sesuai untuk 4 orang tetamu pada suatu masa. Homestay ini menyediakan tuala, TV, penghawa dingin di setiap bilik tidur dan ruang tamu serta mesin basuh untuk digunakan. Selain berhampiran dari Philipine Market, homestay ini juga berhampiran dengan Tanjung Aru, Hospital Queen Elizabeth dan Imago Mall.


Alamat: 5-R3-24, Api-Api Centre, Lorong Api-Api 1, Lebuhraya Pantai Baru, 88000, Kota Kinabalu, Sabah.

Jumlah Tetamu: 4

Harga:  Bermula dari RM150 / malam


Tempah Sekarang Dari RM150!  


Dapatkan diskaun hebat ketikan anda menempah penginapan di Kota Kinabalu sekarang!


Oakley Homestay 1 @ Marina Court

Oakley Homestay 1 @ Marina Court merupakan sebuah kondominium yang terletak di tengah-tengah Bandaraya Kota Kinabalu, yang terletaknya Philipines Market yang terkenal.

Antara kemudahan yang tersedia di homestay 3 bilik ini seperti wifi percuma, TV dengan Astro, penghawa dingin, tandas dengan tab mandi dan air panas, perkhidmatan pembersihan setiap hari, kemudahan memasak, peti sejuk, mesin basuh, kawalan keselamatan 24 jam, taman permainan kanak-kanak, gimnasium dan kolam renang.


Alamat: Marina Court Resort Condominium, API API Centre, 87000 Kota Kinabalu, Sabah.

Jumlah Tetamu: 6

Harga:  Bermula dari RM250 / malam


Tempah Sekarang Dari RM250!  



VH Homestay, Imago Shopping Mall 

VH Homestay menawarkan tempah tinggal seperti berada di rumah sendiri. Homestay ini berhampiran dengan KK Times Square, Gleneagles Medical Centre, Philiphine Market, Evening Seafood Market dan pelbagai pusat membeli-belah. Homestay ini mempunyai kolam renang, gimnasium, spa dan sauna, lorong jogging dan berbasikal. Di dalam rumah pula terdapat penghawa dingin, tuala, perkakas memasak dan mesin basuh.


Alamat: C-6-18, The Loft C, KKTS 2, Jalan Coastal, 88100 Kota Kinabalu, Sabah.

Jumlah Tetamu: 6

Harga:  Bermula dari RM400 / malam


Tempah Sekarang Dari RM400!  



Masih tercari-cari penginapan yang sesuai untuk percutian anda di Kota Kinabalu? Kami mempunya banyak lagi senarai penginapan menarik dan berbaloi di sekita Kota Kinabalu yang boleh anda pilih. Klik gambar di bawah untuk melihat senarai penuh. 

Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

0 (0 VOTE)