10 Homestay Terbaik Berdekatan MiCoST Melaka Featured Image

10 Homestay Terbaik Berdekatan MiCoST Melaka

By Hani - May 23, 2019 (Last Updated Nov 11, 2019)

MiCoST atau nama penuhnya Melaka International College of Science and Technology merupakan sebuah kolej di Melaka yang dimiliki sepenuhnya oleh Yayasan Melaka di bawah YM Mediascience Sdn Bhd. MiCoST terletak di tingkat 6 bangunan Graha Maju, Jalan Hang Tuah, Melaka. Di sekeliling MiCoST ini mempunyai hotel-hotel yang menarik, apa kata kalau anda lihat 10 homestay terbaik berdekatan MiCoST Melaka.


MiCoST mula beroperasi sejak tahun 2009 dan menawarkan program Diploma Farmasi. Dan dari tahun 2011, MiCoST menambah lagi kos pembelajaran seperti Diploma in Human Resource Management, Diploma in Office Management, Diploma in Business Management, Diploma of Accountancy dan Diploma in Public Administration. Dan pada tahun 2014, MiCoST menubuhkan fakulti terbaru iaitu Fakulti IT dan Multimedia yang menawarkan kos Diploma in Game Design, Diploma in Graphic Design, Diploma in Interactive Media, Diploma in Digital Animation dan Diploma Sains Komputer.


Sekiranya anda perlu datang ke MiCoST untuk mendaftar anak anda, menghadiri majlis konvokesyen atau menghadiri kursus atas urusan kerja dan mencari tempat untuk menginap, jangan risau. Di bawah ni kami dah siap-siap senaraikan di bawah ni 10 homestay terbaik berdekatan MiCoST Melaka.


Jonker Walk KSB Homestay

Jonker Walk KSB Homestay menawarkan homestay 3 tingkat rumah teres dengan 7 bilik tidur yang selesa untuk 18 orang tetamu, sama ada anda datang dengan kumpulan besar keluarga atau kawan-kawan. Homestay ini mempunyai wifi percuma, 6 tandas, 7 katil bersaiz double, 4 katil single, penghawa dingin, TV dengan Hypp TV dan Astro, barangan mandi, mandian panas, peti sejuk dan penapis air. Lokasi homestay ini berhampiran dengan pusat komersil terbaru di Melaka, Kota Syahbandar, 5 minit ke Jonker Walk, Mahkota Parade, Hatten Square dan Dataran Pahlawan, dan hanya 11 minutes memandu dari MiCoST Melaka.


Alamat: 22, Jalan KSB20, Taman Kota Syahbandar, Kota Laksamana, 75200 Melaka.

Jumlah Tetamu: 18

Harga: Bermula dari RM858 / malam


Tempah Sekarang Dari RM858!  



Shaiwase Home D9 Atlantis By Q Holiday Home

Shaiwase Home D9 Atlantis By Q Holiday Home merupakan sebuah homestay kondominium dengan tema Japanese tatami yang selesa seperti berada di rumah sendiri. Homestay ini terletak hanya 5 minit saja dari Jonker Street, Melaka River Cruise dan 10 minit dari MiCoST Melaka. Terdapat 2 bilik di sini di mana bilik pertama dihiasi dengan 2 katil Double dan 1 tilam manakala bilik 2 pula 2 katil Double dan 2 katil Single.


Alamat: D9-7, Tower D, Jalan KSB 11A, Pangsapuri Atlantis Kota Syahbandar, 75200 Melaka, Malaysia.

Jumlah Tetamu: 12

Harga: Bermula dari RM292 / malam


Tempah Sekarang Dari RM292!  



Traders Villa


Traders Villa adalah homestay yang memberikan feel kampung. Homestay ini terletak di Kampung Morten, berhampiran dengan Jonker Street dan Menara Taming Sari. Homestay ini mempunyai beberapa jenis bilik untuk anda sewa jika anda ingin menyewa bilik atau seluruh rumah ini. Traders Villa mempunyai microwave, sterika dan mandian panas. Homestay ini juga terletak bersebelahan dengan Sungai Melaka, jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk menaiki river cruise untuk melihat keindahan Bandar Melaka.


Alamat: 41,42, Lorong Tun Mamat, 3 Kampung Morten, 75300, Melaka.

Jumlah Tetamu: 28

Harga: Bermula dari RM180 / malam


Tempah Sekarang Dari RM180!  


Dapatkan promosi hebat ketika anda menempah dengan LetsGoHoliday.my sekarang!

MYR 60.00 /night


Heritage City @ Malacca Atlantis

Heritage City @ Malacca Atlantis merupakan sebuah apartment berstatus 4 bintang yang moden dan urban dengan ruang tamu, sebuah bilik dan dapur yang lengkap dengan kelengkapan asas. Homestay ini sesuai untuk 6 orang tetamu dan terletak 10 minit dari Jonker Street, Hard Rock Cafe, A'Famosa, Stadthuys, Menara Jam, dan 9 minit dari MiCoST Melaka.


Alamat: Jalan KSB 11A, Pangsapuri Atlantis Kota Syahbandar Melaka, Taman Mutiara Melaka, 75200 Melaka.

Jumlah Tetamu: 6

Harga: Bermula dari RM250 / malam


Tempah Sekarang Dari RM250!  



Ginger's Homestay Malacca

Ginger's Homestay Melaka merupakan apartment 3 bilik yang mempunyai kemudahan gimnasium, kolam renang, mini golf, dan taman permainan kanak-kanak. Homestay ini sesuai untuk 12 orang tetamu dengan 4 katil Queen, 2 katil Single dan 1 katil Queen sofa serta 5 tilam disediakan. Apartment ini terletak di Ujong Pasir dan sangat berhampiran dengan Portuguese Settlement dan 17 minit untuk ke MiCoST Melaka.


Alamat: Straits Court Condominium, Jalan Ujong Pasir, Taman Aman, 75050 Melaka.

Jumlah Tetamu: 12

Harga: Bermula dari RM498 / malam


Tempah Sekarang Dari RM498!  


Inginkan lebih banyak lagi pilihan penginapan di Melaka untuk percutian anda? Kami mempunyai senarai hotel dan homestay terbaik di seluruh Melaka yang boleh anda pilih. Klik saja pada gambar di bawah untuk mendapatkan pilihan yang menarik dan berbaloi. 



Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

0 (0 VOTE)