Senarai Homestay Terbaik Berdekatan Melaka River Cruise Featured Image

Senarai Homestay Terbaik Berdekatan Melaka River Cruise

By Hani - May 16, 2019

Adakah anda merancang untuk bercuti di Melaka pada cuti sekolah yang akan datang? Pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk melawat Melaka River Cruise yang merupakan salah satu tarikan pelancong yang menakjubkan di negeri penuh dengan sejarah. Sambil itu, jom lihat senarai homestay terbaik berdekatan Melaka River Cruise yang kami senaraikan di bawah ini.


Mana taknya, Melaka kan diberi jolokan nama Venice Malaysia. Bayangkan anda menyusuri Sungai Melaka di atas bot river cruise, disajikan dengan pemandangan historik dan monumen bersejarah termasuk Bangunan Merah, jambatan-jambatan menarik yang dibina pada ke-16 hingga abad ke-18, Kampung Morten (kampung yang tertua di Malaysia tau!) dan banyak lagi.


Melancong di Melaka sangat unik tau kerana tempat-tempat tarikan pelancong di Bandar Melaka ini terletak berdekatan antara satu sama lain, hanya dalam 5-7 km saja. Jadi, sangat senang untuk anda ke satu tarikan ke tarikan yang lain dengan berjalan kaki dan anda dapat elakkan diri dari menempuh jem di Bandar Melaka. Tapi, kalau nak lagi mudah, anda boleh bermalam di homestay yang berhampiran dengan Melaka River Cruise. Seperti yang kami katakan di atas, di bawah ni kami dah siap-siap senaraikan homestay terbaik berdekatan Melaka River Cruise khas untuk anda. Jom kita lihat dan tempah!



Traders Villa

Kalau anda nakkan penginapan dengan sedikit kelainan, kami syorkan anda untuk bermalam di homestay di Kampung Morten, sebuah perkampungan Melayu yang masih dipelihara dan dijaga dengan rapi bersebelahan dengan Sungai Melaka. Traders Villa merupakan sebuah homestay 5 bilik dan setiap bilik dilengkapi dengan tandas.

Menariknya Traders Villa ini adalah ianya sebuah rumah kampung yang cantik. Tapi, jangan ingat rumah kampung tidak lengkap dengan kelengkapan ya. Homestay ini mempunyai microwave, sterika, mandian panas dan banyak lagi kemudahan yang disediakan. 


Alamat: 41, 42, Lorong Tun Mamat, 3 Kampung Morten, 75300 Melaka.

Jumlah Tetamu: 28

Harga: Bermula dari RM180 / malam


Tempah Sekarang Dari RM1099!  



Kota150N

Beralih kepada Kota150N, sebuah homestay bertemakan stail industrial. Homestay ini terletak di Kota Laksamana berhampiran dengan Melaka River Cruise, Jonker Street, Sungai Melaka, Stadhuys dan banyak lagi. Rumah ini selesa didiami oleh 11 orang tetamu dengan 3 bilik tidur (5 katil Queen dan 1 katil Single) dan 2 tandas.

Homestay ini dilengkapi dengan penghawa dingin, Unifi, CCTV, pintu elektronik, pemadam api, mesin basuh, peti sejuk, sterika, barangan mandi dan microwave.


Alamat: 150N, Jalan Laksamana 7, Taman Kota Laksamana, 75200 Melaka.

Jumlah Tetamu: 11

Harga: Bermula dari RM530 / malam


Tempah Sekarang Dari RM530!  



Shaiwase Home D9 Atlantis By Q Holiday Home

Shaiwase Home D9 Atlantis By Q Holiday Home merupakan sebuah homestay kondominium dengan tema Japanese tatami yang selesa seperti berada di rumah sendiri. Homestay ini terletak hanya 5 minit saja dari Jonker Street, Melaka River Cruise dan 2 minit dari Encore Melaka. Terdapat 2 bilik di sini di mana bilik pertama dihiasi dengan 2 katil Double dan 1 tilam manakala bilik 2 pula 2 katil Double dan 2 katil Single.


Alamat: D9-7, Tower D, Jalan KSB 11A, Pangsapuri Atlantis Kota Syahbandar, 75200 Melaka, Malaysia.

Jumlah Tetamu: 12

Harga: Bermula dari RM292 / malam


Tempah Sekarang Dari RM292!  


MYR 60.00 /night

Dapatkan promosi hebat yang berlangsung di LetsGoHoliday.my sekarang!

MYR 460.00 /night


Mahkota Private Apartment


Mahkota Private Apartment terletak berhampiran dengan Mahkota Parade, Dataran Pahlawan dan kira-kira 5 minit untuk tiba ke Melaka River Cruise. Homestay ini mempunyai TV, dapur yang dilengkapi peti ais, tandas dengan tab mandi. Di dalam kawasan apartment ini juga anda boleh menggunakan sauna, kolam renang dan gimnasium. 


Alamat: 16, Jln Syed Abd Aziz 2058, Wing 2, Level 5, Bandar Hilir 75000, Melaka.

Jumlah Tetamu: 5

Harga: Bermula dari RM300 / malam


Tempah Sekarang Dari RM300!  



The Blue Malacca


The Blue Malacca adalah homestay dengan 8 bilik tidur di mana anda boleh menempah bilik berasingan jika anda tidak mahu menempah keseluruhan rumah. 4 bilik tidur dengan katil Queen dan 4 bilik Family yang sesuai untuk 4 hingga 6 orang tetamu. Namun demikian, tandas di homestay ini berada di luar bilik dan mempunyai 10 buah tandas keseluruhannya.

The Blue Malacca berhampiran dengan Encore Melaka, Melaka River Cruise, Jonker Walk, Mahkota Parade dan Dataran Pahlawan.


Alamat: 2-1, 2-2, Jalan KLJ 4, Taman Kota Laksaman, 75200 Melaka.

Jumlah Tetamu: 6

Harga: Bermula dari RM60 / malam


Tempah Sekarang Dari RM60!  



Inginkan lebih banyak lagi pilihan penginapan di Melaka untuk percutian anda? Kami mempunyai senarai hotel dan homestay terbaik di seluruh Melaka yang boleh anda pilih. Klik saja pada gambar di bawah untuk mendapatkan pilihan yang menarik dan berbaloi. 

Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

4 (1 VOTES)