10 Homestay Terbaik Berdekatan Manipal Melaka Featured Image

10 Homestay Terbaik Berdekatan Manipal Melaka

By Hani - May 24, 2019 (Last Updated Aug 03, 2020)

Adakah anak anda atau kenalan anda belajar di Manipal Melaka? Sambil anda datang melawat anak atau rakan anda, apa kata kalau anda bermalam di 10 homestay terbaik berdekatan Manipal Melaka, sambil-sambil tu makan angin di Melaka.


Tahukah anda Manipal Melaka ditubuhkan pada tahun 1997 dan merupakan pembekal pendidikan perubatan terkemuka di Malaysia? Manipal Melaka teguh dan komited untuk menyediakan akses kepada pelbagai kursus perubatan yang selari dengan Universiti Manipal yang terkenal di India. 


Manipal Melaka terletak di persekitaran yang aman dan tenang di Bukit Baru, Melaka. Kampus berkeluasan 22 hektar ini berhampiran dengan bandar Melaka dan menawarkan kemudahan pembelajaran serta rekreasi yang kondusif dan canggih dari ruang makmal, kelas, padang bola sepak, dewan sukan, dan kolam renang. 


Hebat bukan Manipal Melaka ni? Bukan calang-calang universiti perubatan dari India ini. Jika anda perlu menghantar anak anda atau ingin melawat kenalan anda yang belajar di Manipal Melaka, apa kata anda bermalam sehari dua di 10 homestay terbaik berdekatan Manipal Melaka. Macam kami katakan di atas tadi, sambil-sambil tu jom lah makan angin di Melaka ni. Best tau, bukan selalu dapat melawat sambil bercuti kan!




Dennis 8 Homestay


Dennis 8 Homestay merupakan rumah teres dua tingkat yang selesa untuk didiami 14 orang tetamu dalam satu masa. Homestay ini dilengkapi dengan penghawa dingin, air panas, rekaan dan perabot moden dan bersih, wifi percuma, TV dengan Astro, ketuhar, peti sejuk dan ruang parking. Homestay ini mempunyai 4 bilik tidur dengan 1 katil King, 3 katil Queen dan 2 katil Single. 


Alamat: No. 8 Jalan AKP 2, Taman Ayer Keroh Permai, 75450 Melaka.

Jumlah Tetamu: 14

Harga: Bermula dari RM350 / malam


Tempah Sekarang Dari RM350!  



The Snail Homestay

The Snail Homestay terletak di Taman Ayer Keroh Heights. Homestay rumah teres setingkat ini mempunyai 3 bilik tidur dan menawarkan kemudahan seperti penghawa dingin, ruang parkir yang memuatkan 2 buah kereta, kemudahan memasak, wifi percuma dan keyless door lock di pintu. Homestay ini terletak 12 minit sahaja dari Manipal Melaka.


Alamat: 216, Lorong Setia 5, Taman Ayer Keroh Heights, 75450 Ayer Keroh, Melaka.

Jumlah Tetamu: 8

Harga: Bermula dari RM360 / malam


Tempah Sekarang Dari RM360!  



Homestay Bandar Melaka Homestay LER

Homestay LER Melaka merupakan rumah teres corner lot dua tingkat yang tersergam indah di Taman Bukit Piatu Mutiara, Melaka. Homestay ini luas dan selesa sehingga 15 orang tetamu dengan 3 bilik tidur yang kesemuanya dilengkapi dengan penghawa dingin dan 1 bilik tidur di tingkat bawah dengan kipas. Susun atur katil di bilik utama mempunyai 2 katil Queen, 1 katil Queen di bilik ke-2, ke-3 dan ke-4. Homestay ini terletak 6 minit dari Manipal Melaka.


Alamat: Jalan BPM 9, Taman Bukit Piatu Mutiara, 75150 Melaka.

Jumlah Tetamu: 15

Harga: Bermula dari RM280/ malam


Tempah Sekarang Dari RM280!  


Dapatkan promosi hebat ketika menempah homestay bersama LetsGoHoliday.my sekarang!


Najad Bungalow

Najad Bungalow adalah rumah banglo corner lot setingkat yang terletak di Taman Kenangan Seksyen 3, Melaka. Ianya sangat berhampiran dengan Bandar Melaka dan kawasan tarikan pelancong sekitarnya. Homestay ini sangat luas dan selesa, sesuai untuk keluarga besar sehingga 25 orang tetamu. Antara kemudahan yang tersedia adalah katil Queen, katil Single, toto tambahan, penghawa dingin microwave, ruang parkir yang luas, dan kelengkapan BBQ yang boleh digunakan di malam hari bersama-sama dengan keluarga atau rakan-rakan.


Alamat: Jalan Kenanga 3/26, Taman Kenanga SS3, 75200 Melaka.

Jumlah Tetamu: 20

Harga: Bermula dari RM460 / malam


Tempah Sekarang Dari RM460!  



Gazebo Homestay Melaka


Gazebo Homestay Melaka adalah homestay yang selesa untuk 10 orang tetamu yang terletak di Ayer Keroh, selesa dengan penghawa dingin 4 bilik tidur. Homestay ini mempunyai mandian panas, ruang parkir, dan pondok gazebo berhadapan homestay yang sesuai untuk aktiviti BBQ. Homestay apartment ini hanya 10 minit saja dari Manipal Melaka.


Alamat: 10, Jln TAKH 14/1, Tmn Ayer Keroh Heights 1, 75450 Ayer Keroh Melaka

Jumlah Tetamu: 10

Harga: Bermula dari RM230 / malam


Tempah Sekarang Dari RM230!


Inginkan lebih banyak lagi pilihan penginapan di Melaka untuk percutian anda? Kami mempunyai senarai hotel dan homestay terbaik di seluruh Melaka yang boleh anda pilih. Klik saja pada gambar di bawah untuk mendapatkan pilihan yang menarik dan berbaloi. 



Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

3.33 (3 VOTES)