5 Homestay Terbaik Berdekatan Hospital Angkatan Tentera Wilayah Kota Kinabalu Featured Image

5 Homestay Terbaik Berdekatan Hospital Angkatan Tentera Wilayah Kota Kinabalu

By Hani - Apr 22, 2019 (Last Updated May 03, 2019)

Adakah anda perlu ke Hospital Angkatan Tentera Wilayah Kota Kinabalu Sabah sama ada untuk temu janji dengan doktor atau untuk melawat orang yang tersayang? Namun, anda gusar dan gelisah kerana rumah anda jauh dari hospital terbabit dan anda memerlukan komitmen yang lebih jika anda ingin ke hospital tersebut?


Jangan risau. Apa kata kalau anda bermalam saja di mana-mana homestay berhampiran dengan Hospital Angkatan Tentera Wilayah Kota Kinabalu? Kami dah mudahkan lagi pencarian anda kerana di bawah ini, kami dah siap-siap senaraikan 5 homestay terbaik berdekatan Hospital Angkatan Tentera Wilayan Kota Kinabalu. Jom, lihat dan pilih homestay-homestay di bawah ini sekarang!


RZ Guest House 


RZ Guest House merupakan homestay 3 bilik dengan katil King di bilik utama, katil Queen di bilik kedua dan 2 katil dua tingkat di bilik ketiga. Homestay ini juga mempunyai 2 tandas, TV, peti ais, mesin basuh, meja makan dan alatan asas memasak disamping kesemua bilik berhawa dingin dan sesuai untuk didiami oleh 12 orang tetamu.

Homestay ini juga berhampiran dengan UITM, pusat membeli-belah Indah Permai, klinik, Sulaiman Sentral, UMS, dan sekolah-sekolah selain berhampiran dengan Hospital Angkatan Tentera Wilayah Kota Kinabalu.


Alamat: 35, Lorong Seri Indah 6, Taman Seri Indah, Kuala Menggatal, 88400 Kota Kinabalu, Sabah.

Jumlah Tetamu: 12

Harga:  Bermula dari RM280 / malam


Tempah Dari RM280!  



Condominium By Josie

Anda juga boleh mempertimbangkan untuk bermalam di Condominium by Josie. Homestay ini mempunyai 2 bilik tidur, sebuah ruang tamu dengan TV dan dapur yang lengkap dengan perkakas asas, wifi, gimnasium dan kolam renang. Selain itu, homestay ini strategik kerana ianya terletak berhampiran dengan kawasan tarikan pelancong seperti Filipino Market, Masjid Likas, Gaya Street, pusat membeli-belah dan banyak lagi.


Alamat: A13-05, Tower A, 1 Borneo, Jalan Sulaman, 88450, Kota Kinabalu, Sabah.

Jumlah Tetamu: 6

Harga:  Bermula dari RM160 / malam


Tempah Dari RM160!  



5-Bedroom Sulaman Kinabalu Homestay

Namun, jika anda datang dengan jumlah yang ramai, jangan risau kerana anda boleh menempah 5-bedroom Sulaman Kinabalu Homestay yang terletak di salah satu kawasan perumahan yang bukan calang-calang, iaitu Taman Kingfisher Sulaman.

Homestay rumah teres 3 tingkat ini mempunyai 5 bilik tidur yang dilengkapi dengan penghawa dingin, 4 tandas dengan mandian air panas, ruang tamu, ruang tamu kedua di tingkat atas, TV beserta set Hypp TV, Unifi, mesin air Coway, mesin basuh dan banyak lagi. Selesa untuk didiami 20 orang tetamu dalam satu masa.


Alamat: Lorong Kingfisher Sulaman 2, Taman Kingfisher Sulaman, 88450, Kota Kinabalu, Sabah.

Jumlah Tetamu: 20

Harga:  Bermula dari RM500 / malam


Tempah Dari RM500!  


Jangan risau dengan harga homestay bila anda menempah dengan LetsGoHoliday.my kerana kami menawarkan harga tidak masuk akal di sini!


Izz Homestay Kota Kinabalu

Izz Homestay Kota Kinabalu merupakan apartment 3 bilik yang sesuai untuk didiami oleh 10 orang tetamu. Homestay ini mempunyai 2 tandas, sofa, TV, rak kasut, mesin basuh, peti sejuk, sterika, sejadah, dan banyak lagi.

Kesemua bilik tidur dan ruang tamu dilengkapi dengan penghawa dingin. Selain itu, anda juga boleh menggunakan kemudahan di apartment ini seperti kolam renang, taman permainan kanak-kanak, ruang parkir dan apartment ini juga dikawal 24 jam oleh sekuriti, jadi anda tidak perlu risau jika anda pulang lewat dari hospital terutamanya apabila anda pulang melawat keluarga atau rakan anda yang sakit.


Alamat: Blok P-2-1, University Condo Apartment 2 (UCA 1), Jalan Menggatal, Kg Dambai, 88400 Kota Kinabalu, Sabah.

Jumlah Tetamu: 10

Harga:  Bermula dari RM500 / malam


Tempah Dari RM500!  



Universiti Apartment 1

Universiti Apartment 1 merupakan sebuah lagi homestay apartment yang terletak di aras bawah yang sesuai untuk warga emas dan OKU. Homestay ini mempunyai 3 bilik yang selesa untuk 8 orang tetamu dengan 2 katil Queen, 2 katil Twin Single dan 2 tilam tambahan. Selain itu, homestay ini mempunyai 2 tandas, TV dan Astro, mesin basih, peti sejuk, tuala, cerek elektrik, pemasak nasi, alatan memasak, CCTV, taman permainan kanak-kanak dan kolam renang.

Homestay ini terletak 20 minit dari Hospital Angkatan Tentera Wilayah Kota Kinabalu, 10 minit ke 1 Borneo dan UMS dan 30 minit untuk ke KKIA.


Alamat: UA1-N-Grd Floor, Universiti Apartment 1, Jalan Sulaman, 88200 Kota Kinabalu, Sabah.

Jumlah Tetamu: 8

Harga:  Bermula dari RM160 / malam


Tempah Dari RM160!  



Anda mungkin memerlukan lebih banyak lagi pilihan penginapan di Kota Kinabalu. Mungkin hotel, atau mungkin juga homestay? Sebelum buat pilihan, jom lihat senarai penuh penginapan menarik di Kota Kinabalu!


Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

0 (0 VOTE)