8 Restoran Western Food Halal di Kuantan, Pahang Featured Image

8 Restoran Western Food Halal di Kuantan, Pahang

By [email protected] - Oct 25, 2017 (Last Updated Jan 11, 2021)

Kuantan, ibu negeri kepada Pahang, merupakan sebuah bandar yang besar di Semenanjung Malaysia. Antara tempat-tempat menarik di Kuantan termasuk Teluk Cempedak, Tasik Chini, Sungai Pandan, Taman Gelora dan sebagainya. Selain daripada tempat menarik, Kuantan juga mempunyai restoran halal yang terkenal dalam kalangan penduduk tempatan terutamanya, restoran western.


Brotherhood Western & Grill

Mungkin pada pandangan yang pertama, menunya akan kelihatan biasa tetapi apa yang unik sangat adalah cara masakan chef Brotherhood Western & Grill yang kreatif dan menjadikan hidangannya bagaikan kualiti hidangan hotel 5 bintang.

(Sumber: Facebook)

Selain itu, pilihan yang pelbagai jenis akan membuatkan anda rambang mata dengan kepelbagaian jenis makanan Barat seperti Chicken Chop, Stik, Piza, Burger dan pasta. Tambahan pula, hidangan makanan semua besar sekali dengan harga yang amat perpatutan. 

(Sumber: Facebook)

Lokasi: A 73 Lorong IM15/19, Bandar Indera Mahkota 15, 25200 Kuantan, Pahang, Malaysia (Google Maps)

Waktu operasi: 4:00PM – 12:00PM

No. telefon: +60 12-916 7483


Bay Leaf Steak House

Kepada peminat-peminat makanan barat, inilah restoran yang tidak boleh anda terlepas apabila kunjungi Kuantan. Tak kira anda peminat daging ataupun peminat makanan laut, semuanya didapati di restoran ini.


(Sumber: Facebook)

Jika anda mengunjungi restoran Bay Leaf di Kuantan, jangan lupa mencuba Lamb Shank dan Cod Fish yang sering menerima sambutan hangat daripada pelanggan-pelanggan restoran.

(Gambar diputik dari Facebook)

Lokasi: B25, Lorong Seri Kuantan 55, Taman Intan, 25250 Kuantan, Pahang, Malaysia (Google Maps)

Waktu operasi: 12:30PM – 3:30PM | 6:30PM – 10:15PM

No. telefon: +60 9-566 9812


La Casa Kuantan

Ini merupakan sebuah restoran yang dikendalikan oleh sebuah keluarga, Thomas. Biasanya restoran ini menyediakan hidangan yang sesuai untuk makanan malam, catering kepada majlis syarikat atau keluarga.

(Sumber: Facebook)

Menu La Casa Kuantan dipengaruhi oleh masakan Mediterranean dan terdiri daripada Tapas, Piza, Stik, Salad, Seafood (makanan laut) dan Dessert (pencuci mulut). Untuk memastikan kualiti makanan yang segar, mereka mengutamakan penggunaan bahan tempatan dengan sebanyak mungkin seperti sayur-sayuran, ikan, ayam dan telur.

(Sumber: Facebook)

Lokasi: A-1820, Jalan Telok Cempedak, 25050 Kuantan, Pahang, Malaysia (Google Maps)

Waktu operasi: 6:00PM – 12:00AM (tutup pada hari Ahad)

No. telefon: +60 9-568 9921


Papa Zolla Western Food

Restoran ini mempunyai franchise di Kuantan dan Puchong. Walaupun suasana restoran in bagaikan ‘café hipster’, menunya amat menarik. Terutamanya Lamb Chop dengan ‘cheese topping’.

(Sumber: Facebook)

Walaupun pilihan menunya kelihatan terhad berbanding dengan restoran western biasa, tetapi ia masih akan membuatkan anda rambang mata sebab semua makanan dalam menunya kelihatan lazat dan special.

Antara menunya termasuk:

- Grilled Chicken Chop with Jalapeno Cheese Wedges
- Grilled Chicken Chop with Cheese
- Grill Chicken Chop
- Lamb Chop
- Sirloin Steak
- Fried Chicken Chop with Cheese
- Fish & Chip
- Sausage Set


(Sumber: Facebook)

Lokasi: 421, Lorong Seri Teruntum 99, East Coast Garden, 25100 Kuantan, Pahang, Malaysia (Google Maps)

Waktu operasi: 11:00AM – 4:00PM | 5:30PM – 1:00AM

No. telefon: +60 19-239 7600


East Grill Steak House

East Grill Steak House merupakan salah sebuah restoran makanan Western yang paling popular dalam kalangan penduduk tempatan Kuantan. 

Ia bukan sahaja popular dalam kalangan penduduk tempatan, restoran ini juga sering dikunjungi oleh penduduk pelbagai kaum dan bangsa dari seluruh Malaysia.

(Sumber: Facebook)

Antara menu yang disyorkan ialah Baked Salmon, Deep-Fried Chicken & Fish Fillet, Mixed Grill dan Stik. Selain itu, restoran ini juga sesuai mengadakan sambutan hari lahir (birthday party).

(Sumber: Facebook)

Lokasi: B62 Jalan Air Putih, 25300, Kuantan, Pahang, Taman Berserah, 25300 Kuantan, Pahang, Malaysia (Google Maps)

Waktu operasi: 12:00PM – 3:15PM | 6:30PM – 10:30PM

No. telefon: +60 9-567 6190

Fryerzone Western Food

Dengan harga RM9.80, anda sudah boleh menikmati Chicken Chop Black Pepper Sauce dengan segelas jus buah-buahan.

Harganya sangat sesuai untuk yang tidak ada bajet besar tetapi masih ingin menikmati hidangan western food.

(Sumber: Facebook)

Selain daripada Chicken Chop, anda boleh menikmati makanan barat yang lain seperti Salmon, Mix Grill, Meatballs, Pasta, Grilled BBQ Chicken Burger dan sebagainya. Sesuai untuk sesi makan malam bersama keluarga.

(Sumber: Facebook)

Lokasi: Pusat Jaja Indera Sempurna, Perkampungan Indera Sempurna, 26060 Kuantan, Pahang, Malaysia (Google Maps)

Waktu operasi: 6:45PM – 12:00AM (tutup pada Hari Ahad)

No. telefon: +60 9-567 6190


Crocodile Rock Pizza & Grill

Berhampiran dengan Pantai Teluk Cempedak, restoran ini menghidangkan pelbagai makanan barat yang akan merangsangkan citarasa anda.

(Sumber: Facebook)

Oleh sebab terletak di pinggir bandar, suasana di restoran ini lebih klasik dan senyap. Antara menunya terdiri daripada Grilled Salmon, Pizza, Grilled Chicken Chop, Scallop with cream, Burger, Kebab, Pasta dan sebagainya.

(Sumber:Facebook)

Lokasi: 4360, Lorong Dato Mahmud 1, Off Jalan Telok Sisek, 25250, Kuantan, Pahang, Taman Kingdom, 25250 Kuantan, Pahang, Malaysia (Google Maps)

Waktu operasi: 5:00PM – 12:00AM (tutup pada Hari Isnin)

No. telefon: +60 9-567 5707


burgerak™

Kedai burger ini mengamalkan konsep ‘street burger’ dengan sos buatan istimewa. 

Selain daripada burger, burgerak™ juga mempunyai makanan seperti Pasta, Fish & Chips, Burrito, Grilled Chicken, Lamb of Gore dan sebagainya.

(Sumber: Facebook)

Apa yang paling unik mengenai jenama burgerak™ ini ialah konsep perniagaan mereka. 

Selain daripada mempunyai kedai biasa, burgerak™ juga menjalankan perniagaan secara ‘food stall’ dan ‘food truck’ konsep.

(Sumber: Facebook)

Lokasi: B1927 Jalan Beserah, Taman Marina, 25300 Kuantan, Pahang, Malaysia (Google Maps)

Waktu operasi: 7:00AM – 4:00PM | 5:00PM – 12:00AM

No. telefon: +60 16-348 4578


Jika anda ingin melawat Kuantan untuk mencuba makanan-makanan di atas, klik di bawah untuk mencari penginapan sesuai di Kuantan.


Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

4.23 (13 VOTES)